~25~

1.2K 95 11
                                    

Fiuh~! Setelah selesai cuba cari waktu terluang akhirnya akak temui juga!

Baiklah, tanpa basa-basi lagi ayuh kita teruskan~!! MODE HALIGEM ON

=====================

Di pagi yang lembap, embun-embun mengalir perlahan di hujung rimbunan daun pokok yang menghijau. Burung-burung terbang bebas mencari sumber rezeki untuk diisi perut yang lapar. Pagi berkabus yang menandakan hari ini cerah. Alhamdulillah.

Beberapa orang jejaka turun dari rumah bersuana kayu dan reka bentuk yang unik. Mereka membawa bersama beberapa buah beg dan disimpan di dalam bonet kereta masing-masing.

Gempa: Alhamdulillah semua sudah beres.

Gempa memberikan beg galas terkahir kepada suaminya koff! koff! a.k.a Halilintar dan tersenyum senang bersama Ais dan Thorn.

Tok Aba dari belakang sedang duduk di atas kerusi di atas beranda rumah. Dia memerhatikan cucunya bersama suami dan kawan-kawannya yang bakal berangkat ke luar kota untuk terus menjalankan hidup dan bekerja untuk menyara hidup. (Apekebenda aku tulis ni?)

Tok Aba: Ha, semua dah beres?

Gempa berpusing ke belakang dan memandang Tok Aba dengan senyumannya. Gempa angguk lalu menaiki tangga dan menghampiri Tok Aba yang masih sedari tadi sedang duduk.

Gempa: Dah tok. Ni...ada duit untuk atok. Terima kasih sudi menjaga makan minum Gempa dan kawan-kawan Gempa sepanjang bulan puasa hingga ke hari raya. InsyaAllah, kalau ada masa Gempa datang melawat lagi ya?

Tok Aba: Takkanlah melawat berdua saja. Nanti datang tu melawatlah ber-tiga.

Tok Aba melemparkan senyumannya sambil melirik ke arah Halilintar yang baru selesai menutup bonet kereta. Halilintar yang menengar perbualan Tok Aba bersama Gempa tadi terbatuk-batuk pelik. (Sebenarnya dia faham tu...)

Gempa: Heish! Atok ni...kitorang baru nikah semalam kot. /////

Tok Aba: Eh, mana tahu kamu berdua ada rezeki dapat awal?

Gempa tidak mampu membalas apa-apa ucapan lagi kepada atoknya. Sungguh waktu itu jantungnya berdebar macam nak meletup dan wajahnya panas. Mesti masak telur goreng kalau diletak.

Ais: Hmm...itu kena tunggu dahulu lah atok. Si Gempa ni bukannya mudah nak terbuka pada lelaki. Iyalah, dia dulu tidak sosial seperti kami.

Thorn: Betul! Betul!

Solar: Apa-apa pun Tok Aba, terima kasih sudi jaga makan minum kami. Ini dari saya dan Thorn.

Solar bersalaman dengan Tok Aba sambil menghulurkan wang kepada Tok Aba. Blaze juga tidak kurangnya bersalaman. Err..tapi dia ni lain macam sikit...

Blaze: Huwaaa~!! Kenapa kena balik~?? QAQ Baru nak tunggang kerbau tau? Bila lagi boleh dapat... ;;A;;

Halilintar dan Solar menepuk dahi serentak manakala Ais hanya mengeluh kesal. Aduh! Nak balik pun masih mahu berdrama sinetron tidak berbayar??

Tok Aba: Haih..budak bertuah ni. Nanti bila abang kamu nak balik, kamu baliklah. 

Blaze: Hmmm...yelah... T^T (bersalam dengan Tok Aba sambil memberikan wang kepadanya)

Tok Aba: Eh, kenapa kamu semua beri duit semua ni? Atok tak naklah duit ni semua.

Tok Aba cuba memberi semula wang kepada mereka tetapi Halilintar menolak lembut.

Hali: Tak mengapa Tok Aba. Kami ikhlas memberi. Atok simpanlah untuk kebaikan atok.

Gempa: Betul tu, tok. Kalau atok perlukan duit jangan lupa telefon Halilintar ya? Kami balik dulu, tok. Sampaikan salam Gempa pada Rin dan Ocho. Assalamualaikum.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now