~36~

1.1K 87 11
                                    

Hali: HAH?! NAK KAHWIN?!!!

Terkejut Gempa sebaik sahaja mendengar jeritan Hali sampai tersedak air yang diminumnya.

Gempa memandang Hali yang mempamerkan wajah terkejutnya sambil mendengar suara di hujung taliannya.

Hali: Kau ni biar betul??

Blaze: Betul bang. Ingat Aze main-main ke benda ni?

Hali: Kau tu dah aku kenal jenis yang suka main-main...haih. Kau dekat mana sekarang?

Blaze: Dekat luar. Ni ada dengan Ais. Solar pun ada dengan Thorn.

Hali: Haihh...macam nilah. Kita jumpa dekat rumah. Kau dan Solar bawa Ais dan Thorn ke rumah kita. Kita bincang dekat sana.

Blaze: Wokeyh, bang.

Hali mematikan talian selepas memberi salam. Dia kemudian menyimpan semula telefonnya di dalam poket seluar.

Gempa yang sedari tadi diamkan diri mula bersuara bertanya.

Gempa: Kenapa?

Hali: Hmm...si budak nak naik kerusi pelamin.

Berkerut dahi Gempa apabila Hali menggunakan bahasa asing yang hanya Hali yang faham. Entah belajar dekat mana tak tahulah.

Hali menjeling Gempa yang berada di depannya. Wajah Gempa polos menunjukkan dia tak faham.

Hali: Haahh...Blaze dan Solar nak kahwin.

Gempa: Hah?! Biar betul?

Hali menggangguk mengiyakan pertanyaan Gempa. Dia kemudian menghabiskan makanan dan minumannya.

Hali: Dah, habiskan makan. Kita akan balik terus.

Gempa: Uuh...pejabat?

Hali: ...cuti. Aku tak nak kau hadap muka 3 orang tu buat masa ni.

Gempa hanya diam mengetap bibirnya. Mungkin kali ini dia setuju dengan keputusan Hali walaupun hatinya ingin menjalankan tugasan tapi...tak salah kan pentingkan diri sekali-sekala?
.
.
.
DI SITUASI BLAZE, AIS, SOLAR DAN THORN

Blaze: Abang Hali kata kita kena balik rumah. Jom.

Solar: Balik rumah mana?

Blaze: Rumah Mama dan Papa dulu. Abang Hali kan dah duduk situ dengan Kak Gempa.

Ais: Amboi, dah panggil kakak ya?

Dengan sinis Ais menjeling Gempa sambil tertawa kecil. Susah nak dengar Blaze menggunakan panggilan hormat dekat orang lain.

Waktu di sekolah dulu tak pernah Blaze menggunakan perkataan 'kakak/akak dan abang' kepada mana-mana seniornya. Selain Hali, semua orang dia panggil pakai nama sahaja.

Blaze: Ckh! Dah Kak Gempa kahwin dengan Abang Hali, mestilah panggil kakak kan!?

Ais: Hmm...yelah tu. Cakap saja kau takut Hali marah kan?

Blaze: Hah?! Bila masa?! Aku tak takutlah dekat Hali!

Solar: Hmm...eh? Hali. Bila sampai?

Blaze: Hah?! Mana abang Hali?!

Krik..krik..

Ais: Tak takut konon.

Solar dan Thorn tertawa kecil memandang Blaze yang sudah termalu-malu dalam lakonan sendiri. Ceh, terkena kali ni.

Blaze: Hhmmmh..! Dah, jom gerak!

Thorn: Nak pergi mana?

Solar: Ke rumah kitorang. Jom. Korang join sekali.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now