~28~

1K 84 16
                                    

Usai sarapan pagi bersama, Blaze membawa Ais ke rumah Ais untuk menghantar pakaian dan juga bagasi mereka sebelum mereka masuk pejabat. Manakala Solar menghantar Thorn ke tempat kerjanya dan terus straight ke rumah untuk cuti. Terlalu penat katanya untuk masuk pejabat. Hmm..untunglah jadi bos.

Halilintar pula membawa Gempa dengan pacuan empat rodanya yang bergaya dan berkilauan merahnya menuju ke bangunan pejabatnya.

Di dalam perjalanan, hati Gempa entah kenapa berdebar-debar dan merasakan tidak selesa untuk masuk ke pejabat. Entah kenapa rasa lain macam pula hati ni. Minta lebih baik tak payah pergi ke tempat kerja Hali. 

Gempa: Ya Allah...walau apa pun dugaan yang menimpa, aku harap kau kuatkan semangat aku Ya Allah...

Dengan nada yang berbisik Gempa memejamkan matanya sambil berdoa. Entah kenapa dia merasa takut untuk berhadapan dengan semua ini.

Hali: Kau bisik apa tadi tu?

Lamunan Gempa terhenti apabila dia mendengar pertanyaan Halilintar. Dia kembali membuka matanya dan menoleh ke arah Hali, sang suami yang sedang fokus memandu kereta.

Gempa: Err...takde apa. Cuma...rasa gementar sikit.

Hali tersembur ketawa mendengar jawapan daripada Gempa. Entah kenapa rasa lawak pula bila dengar apa yang Gempa katakan. Dia sempat menoleh dengan pandangan tidak faham dengan kata-kata Gempa.

Hali: Pffft...!! Apa yang kau mengarut ni? Tak pernah kena interview ke?

Gempa menggeleng kepala menjawab pertanyaan Hali. Hali hanya menggangguk sebelum dia kembali memandang ke arah jalan raya. 

Oh, lupa pula. Sebaik sahaja Gempa pulang ke tanah air, dia sibuk melayan arwah yang macam-macam celoteh manjanya bersama adik kembar kesayangannya. Hmm...patutlah. Nasiblah ada kakak manja macam tu.

Hali: Bertenang jelah. Aku ada untuk back up kau.

Gempa: T-tapi...nanti apa pula diorang kata? Diorang tahu tak yang kita dah kahwin? Entah-entah nanti ada rusuhan pula kata bos diorang berat sebelah.

Hali diam sejenak apabila Gempa menyuarakan topik yang mereka sudah bernikah. Betul juga sebenarnya. Semenjak kejadian kemalangan bulan lepas, tiada siapa yang tahu bahawa Taufan sudah meninggal dan Hali akhirnya berkahwin dengan adik kembarnya iaitu Gempa.

Macam mana kalau anak-anak buah dia tahu nanti? Kang lain pula cerita dia.

Hali: ....abaikan sajalah. Diorang siapa nak tahu sebab apa aku buat macam tu semua? Kuli baik ikut kata-kata bos je. Tak payah nak sibuk ambil tahu. Aku juga yang bayar gaji.

Gempa melirik ke arah wajah Hali. Entah kenapa Hali bertukar serius wajahnya dari tadi yang tersenyum sumbing tergelakkan Gempa. Gempa hanya mendiamkan diri sebelum menghela nafas dan berdoa banyak-banyak supaya hari pertama dia ke pejabat tidak berlaku apa-apa yang tidak dijangkakan.

.

.

.

Bunyi tayar kereta berhenti kedengaran dan diikuti dengan tarikan brek kereta dari dalam pacuan empat roda Hali. Hali menghela nafas sebelum dia membuka tali pinggang keledarnya. Aktiviti itu juga diikuti dengan Gempa. Walaupun wajah dia tenang sahaja, namun di dalam fikirannya sudah maca-macam difikirkannya.

Hali: Ok dah. Dah start waktu perjabat ni. Nanti kau lunch dengan aku.

Gempa: Err...k-kalau saya masuk setengah hari saja tak boleh?

Hali: Banyak alasan pula. Dah! Cepat!

Mendengar suara tegas Hali terus tersentak badan Gempa. Cepat-cepat dia membuka pintu kereta lalu keluar dari perut kereta tersebut. Beg setia disandang di atas bahu. Gempa menutup pintu lalu berjalan menunggu di hadapan kereta tersebut.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now