Gempa: Gempa ok sajalah. Tunggu Gempa ke sana, ya?

Rin: Ok. Assalamualaikum.

Gempa: Waalaikumussalam.

Sebaik sahaja panggilan berakhir, Gempa menyimpan telefonnya lalu beralih memandang ke arah Hali.

Gempa: Halilintar saya- ...awak buat apa?

Hali: Kau nak pergi rumah Rin, kan? Jom, aku hantar.

Gempa: Eh, takpelah. Kot-kot awak nak packing barang? Saya akan pergi jalan kaki saja.

Hali: Tak boleh. Biar aku hantar. Takut kau pengsan saja.

Gempa: Hmmh...kata macam saya ni ada penyakit teruk je..?

Hali: Taklah...aku cuma...(bisik) risaukan kau saja...

Gempa: Awak kata apa tadi?

Hali: Tak. Takde apa...apa pun. Aku hantar kau. Tiada bantahan.

Gempa: Uuhh..ok. Kejap nak ambil tudung.
.

.

.
RUMAH RIN

Kelihatan Ermin sedang berjalan keluar dari biliknya dan Rin. Dia ternampak Rin sedang membaca 1 dokumen dengan wajah yang serius manakala Ochobot ada bersamanya di hadapan meja sedang bermain mainan.

Ermin berjalan mendekati Rin dan menegur isterinya.

Ermin: Baca apa?

Rin: ..dokumen tentang peninggalan arwah Tok Aba.

Ermin: Eh? Macam mana boleh ada dengan Rin?

Rin: Tok Aba sempat berikannya pada Rin. Lepasni Gempa datang dan Rin nak berikannya pada Gempa.

Ermin: Eloklah. Gempa ada hak tentang peningglan atoknya.

Rin menangguk faham. Tersenyum dia memandang suaminya.

Rin: Nak ke mana?

Ermin: Keluar.

Rin hanya ber-oh faham sebelum tumpuannya kembali ke arah dokumen dan sambung baca dokumen tersebut.
.
.
.
Di luar rumah Rin, kelihatan sebuah kereta yang mewah berwarna merah berkilat masuk di dalam perkarangan rumah dan berhenti di hadapan rumah Rin. Ermin memandang orang yang keluar dari kereta tersebut.

Ermin: Gempa?

Gempa: Ermin? Baru nak keluar?

Ermin: (angguk) Ha'a. Rin ada dekat dalam. Kau dah sihat?

Gempa menangguk sambil tersenyum ke arah Ermin. Dan belum sempat dia terus berbual dengan Ermin, dia sudah ditarik oleh Hali.

Gempa: (kena tarik) Eh? H-Halilintar! E-Ermin, saya masuk dulu ya?

Ermin hanya menanggukkan kepalanya sebelum dia menyarungkan kasutnya. Tersenyum geli dia apabila dia sempat menjeling Hali yang memberikan pandangan jangan-kau-berani-sentuh-isteri-aku pada Ermin.
.
.
.
Gempa: Rin?

Rin: Gempa! Sini, duduk sini.

Rin menepuk kawasan kosong di atas sofa di sebelahnya. Mempelawa Gempa untuk duduk di sebelah.

Gempa tanpa banyak cakap terus duduk dan melihat beberapa helaian kertas dan fail sedang tersusun dan sedikit bersepah di atas meja di hadapannya.

Gempa: Kenapa ni?

Rin: Gem, ini dokumen yang ditinggalkan oleh arwah Tok Aba. Dia amanatkan Rin untuk berikannya kepada Gempa.

Gempa: Eh?

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now