Dan di dalam pelukan, Gempa terdengar beberapa orang sedang membisikkan sesuatu berdekatan mereka bertiga.

???: Ish..ish..ish..kesian Tok Aba meninggal pada saat kerjayanya sudah maju.

???: Itulah pasal. Dan cucu dia pula macam tak dapat terima kenyataan yang dia sudah meninggal. Haih...kesiannya...

???: Tok Aba meninggal, mesti dia akan bagi syarikat pada cucunya kan?

???: Yelah kot. Tapi..boleh ke?

"Kenapa diorang asyik kata Tok Aba meninggal ni? Tok Aba ada lah!"

Gempa melepaskan pelukannya dan Thorn. Dia mencari kelibat Tok Aba yang mentalnya yakin atok kesangannya pasti ada di sekitarnya.

Namun nihil. Tiada. Gempa semakin panik. Jantungnya berdegup kencang. Entah kenapa fikirannya mula terbayangkan Tok Aba pergi meninggalkannya bersama Taufan.

Dan mata Gempa terhenti pada situasi orang sedang menguburi jasad tadi.

Gempa: Tak...kan...lah...

Ais: ..Gempa?

Gempa: Ais...jasad tu...Tok Aba ke...?

Ais terkejut apabila Gempa mula bertanya akan soalan yang amat ditakutinya. Gempa memandang Ais dengan penuh berharap agar Ais menidakkannya.

Ais: G-Gempa...jom balik?

Gempa: Tak nak...

Thorn: Gem...

Gempa: Tak jawab soalan aku...baik korang jawab...

Ais: K-kita cakap dekat luar?

Gempa: Tak faham ke?! Aku tak nak!

Terketar-ketar suara Gempa berkata-kata. Matanya juga kembali berkaca-kaca. Ais dan Thorn yang memandang pun sudah buntu harus berkata benar ataupun teruskan sahaja penipuan itu. Kerana mereka tahu, jika terus mengelak, Gempa akan tahu juga.

Dan jika Gempa tahu, mereka takut kalau perkara akan lebih serius.

Thorn: Macam mana ni Ais...? (bisik)

Ais: Ugh...takde pilihan lain. Thorn, jom bawa Gempa keluar.

Thorn: M-macam mana?

Ais: ....kita paksa dia.

Walaupun dia rasakan cara itu agak melampau dan berkemungkinan besar akan menarik perhatian orang ramai, tapi Ais tetap perlu kawal keadaan. Dia tidak mahu kalau-kalau Gempa hilang kawalan lalu lari mendapatkan jasad tadi.

Dan dalam perlahan-lahan, Ais dan Thorn mendekati Gempa. Lalu dengan cepat mereka memegang tangan Gempa kuat.

Gempa: (terkejut) A-APA NI?! LEPASKAN AKU!!

Ais: Shh! Gempa! Jom kita keluar dan aku akan ceritakan perkara yang sebenar!

Akibat dari sesi pergelutan itu, ramai yang memandang mereka bertiga. Dan salah seorangnya pula ialah Hali. Terkejut Hali dibuatnya apabila dia melihat sesi pergelutan antara Ais dan Thorn dengan Gempa.

Niat asalnya mahu segera ke sana sebelum dia sedar bahawa sekarang dia di dalam lubang kubur yang jauh dalamnya dan Solar menepuk bahunya untuk menghalang.

Solar: Tak perlu. Mungkin ada sebab kenapa diorang buat semua tu. Baik kita habiskan yang ni dulu.

Hali hanya diam memandang adik kembar bongsunya. Dan dia berfikir sekali dua sebelum dia teruskan sahaja aktiviti mengambus lubang kubur tersebut.
.
.
.
1 MINGGU KEMUDIAN

Hali masuk ke dalam bilik sebaik sahaja para penduduk kampung keluar dari rumah. Ya, malam itu merupakan malam terakhir solat hajat di rumah Tok Aba.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now