Hali: Aa...m-macam aku cakap. K-kau cinta pertama aku. Aku...dah lama suka dekat kau sampai...waktu bersama kakak kau pun aku masih fikirkan kau. Aku...suka kau Gempa. Dan sebab tulah...aku pilih kau. Kau ingat tak Rin?

Gempa menggangguk.

Hali: Aku tak pilih dia. Aku tak pilih orang lain. Aku pilih kau. Aku masih ada perasaan pada kau Gem. Dan apabila aku mendapat peluang untuk bersama kau kembali...aku buka kan hati aku seluasnya untuk terima kau kembali. Untuk suka pada kau kembali.

Aku mendekatkan wajah aku pada Gempa. Perlahan aku mencium dahi Gempa lembut. Aku tahu Gempa terkejut sedikit dengan tindakan aku tapi aku dapat rasakan...dia suka akan itu.

Gempa: Halilintar...adakah aku ni perampas?

Hali: No, Lyubov. Kau bukan perampas. Aku sudah lama suka kan kau dan kau tetap memiliki hati aku sejak dari dulu lagi. Dan...Gempa.

Gempa memandang ke arah aku. Wajahnya ternanti-nantikan kata-kata yang akan aku keluarkan tidak lama lagi. Ah...entah kenapa aku jadi luar dari diri aku yang sebenar. Tapi...kalau bukan sebab hal ni, aku takkan kata..

Hali: Thank you for accept my love, Gempa.

Aku melemparkan senyuman yang terbaik untuk Gempa. Isteri aku yang akan selamanya bersama aku. Hanya takdir yang akan memisahkan kita. Dan jika sampai waktu aku harus lepaskan Gempa, akan aku lepaskan. Tapi selagi saat ini ada, aku akan terus menjaganya.

Aku tengok muka Gempa. Merah. Matanya membulat tidak percaya. Uuhhh...mungkin aku over sangat? Yes aku tahu kadang aku di luar diri aku yang sebenar tapi...aku tahu dia tetap akan sayangkan aku.

Gempa: Aa...err..umm... ////// O-Okay...s-sama-sama...(max blush)

Hali's POV END

Hali tertawa melihat wajah merah Gempa. Sudahlah putih dan gebu wajahnya, ditambah pula merah-merah di pipinya.

Hali: Aku patut panggil kau Al-Humaira ni...

Gempa: K-kenapa pula..? //////

Hali: Sebab kau putih kemerah-merahan? Cute.

Hali mempamerkan smirknya yang bagi Gempa sangat sexy. Dan sudah tentu ia menambahkan lagi kemerahan pada wajah Gempa. Cepat-cepat Gempa mengalihkan wajahnya ke luar tingkap kerana malu. Dengan suami pun dah malu.

Hali: Ok dah. Jom ke mall.

Gempa: Eh? B-buat apa?

Hali: Ada lah. Nak beli barang sikit. Jom.

Gempa tidak membantah, lalu dia ikut keluar dari perut kereta bersama Hali. Sebaik sahaja memastikan pintu sudah dikunci, Hali terus menarik dan memegang erat tangan isterinya sehingga mereka masuk ke dalam mall.
.
.
.
DI DALAM MALL

Gempa hanya mengikut Hali membawanya ke setiap kedai. Sambil-sambil itu matanya melilau melihat keadaan sekeliling. Banyak promosi~♡♡♡♡

Gempa: Awak tahu ke hari ni ada promosi?

Hali: Hah? Tak pun. Mungkin kebetulan hari ni banyak kedai nak buat promosi kot? Suka hatilah..

Hali mempedulikan sahaja setiap tanda promosi di setiap kedai yang menarik. Gempa mengembungkan pipi nya tanda geram dan cuba menahan diri dari meluru masuk ke dalam kedai yang penuh promosi itu. Ada diskaun lagi. Siapa tak geram?
.
.
.
Gempa: Sudah 30 minit kita jalan ni. Awak cari apa sebenarnya?

Hali berpura-pura tidak dengar apa yang ditanya Gempa. Gempa menghela nafas kecewa sebelum dirinya ditarik oleh Hali dan mereka meluru masuk ke dalan sebuah kedai yang menjual barang elektronik termasuk laptop, komputer, alatan elektronik dapur, telefon pintar dan banyak lagi.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now