bab 10 (final)

7K 198 13
                                    

"Abang..." Jannah mengusap kepala Rayyan yang masih nyenyak tidur.

"Abang bangunlah. Nak sembahyang subuh sama-sama."

Rayyan menggosok-gosok matanya. Muka Jannah di hadapannya sebaik dia membuka mata.

"Assalammualaikum abang."

"Waalaikummusalam sayang." Rayyan bangun dari berbaring.

"Dah pergi bersihkan diri. Subuh dah nak masuk dah ni." Jannah mengurut lembut kaki Rayyan.

"Awalnya sayang bangun?"

"Sayang terjaga tadi sebab baby tendang. Hehe." Jannah mengusap-ngusap perutnya yang nampak macam dah nak meletup.

Rayyan tunduk mendekati perut Jannah. "Anak daddy buli mummy ke? Kesian mummy tau tak cukup tidur. Nakal anak daddy ni."

Jannah ketawa melihat suaminya bercakap dengan perutnya.

"Dah abang pergi mandi cepat. Jangan lupa tengah hari nanti ibu ajak kita makan-makan dekat rumah ibu."

"Iye abang tak lupa." Rayyan cepat-cepat lari masuk ke dalam bilik air selepas dia sengaja curi-curi mencium pipi Jannah.

"Abang!" Jannah menjerit. Kemudian dia ketawa. Perangai Rayyan tak berubah langsung.

**

"Ha sampai pun anak kesayangan ibu ni." Puan Rozana mencium pipi Jannah di kiri dan kanan. Rindu sangat dia kepada menantunya kerana sudah lama tidak berjumpa.

Jannah ditarik masuk ke dalam meninggalkan Rayyan di luar.

"Ibu sampai hati tinggal Rayyan dekat luar." Rayyan memuncungkan mulutnya.

"Hish buruk lah. Dah nak jadi bapak orang pun nak merajuk lagi. Dah pergi hidang makanan tu. Ibu nak bersembang kejap dengan Jannah. Shuhh.."

Puan Rozana menghiraukan Rayyan. Tergelak Jannah melihat muka masam Rayyan. Nak tak nak Rayyan pergi juga ke dapur untuk menghidangkan lauk.

Bunyi kelentung kelentang dari dapur dengar sampai ke ruang tamu. Tahulah mereka yang Rayyan memang betul-betul merajuk.

"Ibu, Jannah pergi tengok abang Rayyan sekejap." Jannah bangun menuju ke dapur. Kesian kepada suaminya kerana dibuli oleh ibu.

"Abang..." Jannah berdiri di sebelah Rayyan.

"Hurmmm..."

Jannah senyum. "Abang merajuk eh?"

"Hurmmm..."

"Abang janganlah macam ni. Meh sayang tolong abang." Jannah mengambil mangkuk di tangan Rayyan. Lauk asam pedas ikan pari di dalam periuk dia cedok masuk ke dalam mangkuk.

Rayyan pula beralih mengambil pinggan dan susun di atas meja.

Puan Rozana yang dari tadi melihat gelagat anak dan menantunya itu tersenyum senang. Dia bersyukur kerana keputusan dia untuk mengahwinkan Rayyan dan Jannah adalah tepat.

Selesai makan, Jannah membantu Puan Rozana mencuci pinggan. Rayyan pula sudah goyang kaki di ruang tamu sambil makan kuaci.

"Jannah bila nak bersalin?"

"Doktor cakap minggu depan dah due." Jannah senyum. Tak sabar dia nak tengok muka anak yang dikandungnya.

"Ha tak lama lagi la tu. Alhamdulillah. Tak sabar ibu nak tengok cucu ibu. Tapi ibu peliklah Jannah."

Jannah sudah mengangkat kening melihat ibunya. "Apa yang pelik ibu?"

"Ibu tengok perut Jannah ni besar semacam la. Macam mengandung kembar." Puan Rozana memegang perut Jannah.

[3]Cinta Jannah ✔Where stories live. Discover now