bab 6

4.1K 141 0
                                    

Husna bergolek di atas katil sambil matanya memandang Jannah yang dari tadi ke hulu ke hilir bersama sepasang baju kurung di tangannya. Baju kurungnya yang sudah berkedut tidak dihiraukan.

"Kau buat apa lagi tu Jannah? Pakailah cepat. Aku dah lapar ni." Husna ubah posisi kepada duduk menghadap Jannah. Perutnya yang berbunyi dipegang. Hari ini mereka mahu ke kenduri kahwin kakak Hafiy. Husna yang sudah siap perlu menunggu Jannah yang masih lagi tiada tanda-tanda mahu bersiap.

"Aku pening la Hus. Nak pergi ke tak nak?" Jannah berpeluk tubuh.

"Kau jangan nak buat perangai pula Jannah. Kita dah janji dengan Hafiy kan nak pergi kenduri kahwin kakak dia. Nanti kalau kau tak pergi kecil hati kawan kita tu nanti."

Jannah diam. Dia sebenarnya mahu mengelak daripada berjumpa dengan Hafiy. Takut rasa suka dia kepada Hafiy muncul semula.

Husna seperti dapat mengagak sebab Jannah. "Cepatlah pakai baju tu. Kau ajak je mak kau ikut sekali. Apa susah."

Jannah hanya mengangguk. "Dah la. Pusing belakang aku nak tukar baju ni. Jangan mengintai pula."

"Tak ada makna aku nak mengintai kau. Ingat aku ada selera dekat kau? Dah la badan pun keping je."

Tuala kecil di sebelah Jannah lemparkan ke kepala Husna. Suka hati je nak kutuk badan orang.

**

Sampai saja di majlis kenduri, Jannah dan Husna pergi ke tempat mengambil makanan. Mata mereka terbuka luas melihat pelbagai jenis lauk kampung yang terhidang. Puan Jamilah tak jadi ikut. Sakit kepala pula katanya.

Sesudah mengambil makanan, mereka mencari meja yang kosong. Terus saja mereka duduk di salah sebuah meja yang kosong.

"Jannah. Nampak Hafiy tak?"

Jannah menggeleng. "Dia sibuk la tu. Ni kan majlis kakak dia."

"Hurmm ye la." Mereka meneruskan suapan.

Tiba-tiba kerusi di hadapan mereka ditarik seseorang. "Ha datang pun kau orang!" Hafiy duduk di hadapan Jannah dan Husna. Peluh yang meleleh di dahi dilap dengan belakang tangan. Penat dia dari majlis mula berlangsung sampai sekarang, dia tidak henti-henti membuat kerja.

"Eh Hafiy. Tadi aku try cari kau tak jumpa pun. Mana pengantin?" Husna bertanya. Jannah disebelahnya dipandang. Tunduk saja dia dari tadi.

"Aku sibuk la. Pengantin ada dekat dalam rumah. Nanti lepas makan pergilah tengok kakak aku." Hafiy memandang kedua orang sahabatnya.

"Okaylah korang makan dulu. Aku nak pergi sambung buat kerja. Karang mak aku bising pula tengok aku hilang." Hafiy bangun lalu menuju ke sekelompok lelaki yang sedang mencuci pinggan.

Majlis kahwin ini dibuat secara bergotong-royong dengan penduduk kampung. Atas permintaan mak Hafiy. Katanya boleh merapatkan hubungan sesama jiran dan meriahkan lagi suasana majlis.

**

"Husna, kau nampak tak tadi macam mana Hafiy pandang aku?" Jannah menyoal sebaik saja televisyen dipasang. Mereka sudah pun balik dari majlis kenduri kahwin.

"Nampak. Macam biasalah dia pandang kau macam sebelum ni. Kenapa?" Husna mengopek kulit kuaci.

"Itu maknanya dia betul-betul tak ada perasaan dekat aku lah kan?" Jannah ingin mendapatkan kepastian.

"Jannah, kau masih berharap dekat Hafiy ke? Kau kena ingat Jannah yang kau tu nak kahwin dah tak lama lagi." Husna mengingatkan Jannah.

"Aku tahu. Mungkin betul kata kau yang Hafiy tu bukan jodoh aku dan jodoh aku Allah akan bagi yang terbaik." Jannah cuba menyedapkan hatinya. Hatinya mula belajar membuang Hafiy jauh-jauh.

Sekarang ni bakal suami kau Rayyan bukan Hafiy! Ingat tu Jannah!

[3]Cinta Jannah ✔Where stories live. Discover now