bab 4

4.2K 156 3
                                    

Jannah baring di atas katil selepas solat isyak. Fikirannya kembali teringat kejadian tengah hari tadi. Tak sangka dia rupa-rupanya Rayyan seorang yang 'istimewa'. Jadi bakal suami dia seorang yang istimewa? Jannah tersenyum sendiri.

Dulang berisi teko dan beberapa biji cawan diletakkan di atas meja. Kemudian Jannah menuang air kopi ke dalam cawan. Dihulurkan cawan tersebut kepada mama, abah, Puan Rozana dan Rayyan. Kemudian Jannah duduk di sebelah Puan Jamilah.

"Umur Jannah tahun ni kalau tak silap aunty 21 kan?" Kini tumpuan semua beralih kepada Jannah.

Jannah mengangguk menjawab pertanyaan Puan Rozana.

"Rayyan pula umur dia tahun ni 25. Jadi beza umur kamu berdua tak adalah jauh sangat. Sesuailah tu kan Milah." Ketawa mereka bersambung. Tak tahu mana lawaknya, Jannah ikut sama ketawa. Sesekali matanya memandang Rayyan. Seriusnya muka dia ni.

"Sekarang Jannah buat apa?" Puan Rozana bertanya lagi.

"Jannah sekarang tak buat apa-apa pun. Duduk rumah je." Jawab Jannah sopan.

"Dia ni orang dah suruh banyak kali pergi cari kerja. Dia yang tak nak. Bagi alasan nak berehat dululah kononnya." Puan Jamilah menyampuk. Jannah menyiku lengan mamanya. Malu dia bila Puan Jamilah cakap macam tu.

"Jannah, aunty nak tanya ni. Jannah setuju ke nak kahwin dengan Rayyan?" Suasana menjadi senyap.

Jannah menarik nafas perlahan sebelum mengangguk.

"Saya setuju kalau ini dapat membuatkan mama dengan abah saya gembira." Jawab Jannah jujur.

Puan Rozana tersenyum. Kemudian dia memandang Puan Jamilah dan Encik Razak. Matanya dikenyitkan menghantar isyarat. Puan Jamilah dan suaminya mengangguk. Masing-masing menyembunyikan senyum tak mahu dikesan oleh Jannah.

"Betul ni Jannah setuju?" Tanya Puan Rozana sekali lagi.

Jannah mengangguk dengan yakin. Renungan Rayyan di depannya tidak diendahkan. Malu pasal kejadian di dapur tak hilang lagi.

"Walaupun Rayyan istimewa? Jannah sanggup kahwin dengan Rayyan."

Ha! Rayyan istimewa?

"Apa yang istimewa tu aunty?" Gugup Jannah bertanya.

Puan Rozana menarik nafas sebelum menjawab. "Macam ni Jannah. Sebenarnya anak aunty ni tak sempurna macam orang lain."

Jannah tak faham. "Apa maksud aunty. Jannah tengok anak aunty sama je macam orang lain."

"Jannah. Anak makcik ni sebenarnya tak boleh bercakap. Dia bisu."

Terbuntang mata Jannah. Bisu? Rayyan bisu? Bakal suami dia bisu? Patutlah dari tadi Rayyan diam saja. Ingatkan Rayyan jenis yang sombong.

Wajah Jannah dimaniskan. "Aunty, sebenarnya jujur Jannah tak kisah pun apa keadaan anak aunty. Yang penting anak aunty ikhlas terima saya sebagai isteri dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Itupun dah cukup." Jujur saja jawapan Jannah. Dia sebenarnya tak kisah apa pun keadaan bakal suaminya asalkan suaminya mampu membimbig dia ke syurga.

Puan Rozana tersenyum. Begitu juga Puan Jamilah dan Encik Razak. Rayyan senang hati mendengar jawapan Jannah. Tak sangka Jannah mampu terima dia walaupun dia serba 'kekurangan'.

**

"Rayyan, bila kamu nak bagitahu perkara yang sebenar dekat Jannah. Ibu tengok kesian dia tu percaya bulat-bulat yang kamu tu bisu."

Rayyan menggaru keningnya. "Ibu, Rayyan kalau boleh nak rahsiakan perkara ni sampai hari Rayyan dinikahkan dengan Jannah nanti."

Terbuntang mata Puan Rozana mendengaf jawapan anaknya. "Kamu biar betul Rayyan. Kesian Jannah tu ibu tengok dia."

"Ibu. Rayyan buat ni ada sebab. Rayyan nak tengok Jannah betul-betul terima dan ikhlas ke tak nak kahwin dengan Rayyan."

"Rayyan dengar sendiri kan jawapan Jannah tadi. Dia terima kamu tu seadanya. Cukuplah tu."

Rayyan menggeleng. "Tak cukup lagi ibu. Rayyan nak tengok macam mana pula dia nak berkomunikasi dengan Rayyan yang 'bisu' nanti." 'Mesti comel.' Bisik hati Rayyan.

"Ada-ada je lah kamu ni. Ikut suka hati kamulah. Tapi ingat kalau terkantoi lepastu Jannah marah dekat kamu. Itu ibu tak nak masuk campur. Pandai-pandai kamulah uruskan." Selesai berbicara, Puan Rozana bingkas bangun dan masuk ke dalam biliknya. Meninggalkan Rayyan seorang di ruang tamu.

[3]Cinta Jannah ✔Where stories live. Discover now