bab 5

4.2K 136 0
                                    

Seminggu kemudian...

Hari ini, Jannah mengikut Rayyan untuk membeli cincin nikah mereka. Berat hati Jannah mahu keluar berdua bersama Rayyan kerana sebelum ini dia belum pernah keluar berdua dengan mana-mana lelaki.

Sampai saja di hadapan kedai emas, Rayyan keluar meninggalkan Jannah di dalam kereta. Kalut Jannah menanggalkan tali pinggang. "Hish dia ni. Sampai hati keluar tak cakap. Eh dia mana boleh cakap. Ah lantaklah. Boleh je kan bagi isyarat nak keluar." Bebel Jannah.

Jannah berdiri di hadapan kaunter yang menempatkan pelbagai jenis cincin emas. Rambang mata Jannah melihat kerana semuanya cantik. Kalau ikutkan hati mahu saja dia borong semua. Itupun kalau Encik Razak bagilah dia jual geran rumah dia. Hehehe.

Rayyan mengetuk meja cermin menyentakkan lamunan Jannah. Jannah menoleh memandang Rayyan.

"Kenapa?" Tanya Jannah.

Rayyan mengangkat kening sebelah. Ewah budak kecil ni. Pilihlah cincin cepat. Rayyan menunjuk ke arah cincin dan membuat gaya mahu pilih yang mana.

Sabarlah Rayyan. Kau yang pilih nak berlakon jadi bisu. Siapa suruh.

Jannah memandang semula cincin-cincin di hadapannya. Naik juling matanya mahu memilih. Sampailah Jannah tertarik dengan sebentuk cincin yang sangat cantik pada pandangan matanya. Tidak terlalu sarat dan nampak manis jika disarungkan ke jari manisnya.

Jannah meminta kepada seorang wanita yang setia menunggunya untuk keluarkan cincin yang dipilih

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Jannah meminta kepada seorang wanita yang setia menunggunya untuk keluarkan cincin yang dipilih.

"Saya nak yang ini boleh?" Jannah menunjukkan cincin di hadapan muka Rayyan.

Rayyan mengambil cincin itu. Diteleknya sekilas kemudian menyerahkan semula. Dia mengangguk tanda boleh.

"Yeay. Saya nak ni." Jannah menyerahkan semula cincin itu kepada wanita tadi.

"Terima kasih awak." Ucap Jannah sebaik masuk ke dalam kereta. Rayyan hanya mengangguk.

'Sama-sama kasih.' Ucapan itu sekadar dijawab di dalam hati.

**

Keesokkan harinya, Rayyan membawa Jannah untuk mencari baju pengantin pula.

Sebuah butik pengantin milik kenalan Puan Rozana dipilih. Rayyan dan Jannah membuka kasut sebelum masuk ke dalam.

"Ha Rayyan dah sampai pun. Aunty ingat Rayyan tak datang dah." Sapa Puan Julia, pemilik butik pengantin ini.

Rayyan hanya senyum manakala Jannah pula bersalaman dengan Puan Julia.

"Jannah kan? Cantiknya Jannah. Comel je orangnya macam budak sekolah. Pandai Rayyan pilih calon isteri comel-comel ye." Puan Julia mencubit pipi Jannah persis mencubit pipi bayi.

Rayyan menutup mulutnya dengan tangan menahan daripada ketawanya lepas. Ye dia mengaku Jannah memang comel. Sebab tu semasa Puan Rozana mahu jodohkan dia dengan Jannah, Rayyan terus saja setuju.

"Okay, so untuk baju pengantin ni kau orang nak warna apa? Style macam mana?" Tanya Puan Julia.

Teragak-agak Jannah mahu bercakap. Soalnya dia sendiri tak tahu style yang macam mana yang dia mahukan untuk baju pengantinnya nanti.

Rayyan sudah berpeluh. Dia terlupa untuk bagitahu Puan Julia tentang lakonannya. 'Aduh janganlah aunty Julia tanya aku macam-macam. Awal lagi nak terkantoi ni.'

Rayyan cepat-cepat mengeluarkan telefonnya dan menaip sesuatu kemudian disend. Sekarang, telefon Puan Julia pula berbunyi. Puan Julia membaca whatsapp yang diterimanya. Terbuntang matanya membaca ayat yang diterimanya daripada Rayyan.

Wajah Rayyan dipandang. Rayyan hanya senyum meminta dia untuk bekerjasama. Kemudian dia memandang Jannah pula yang terkebil-kebil. Haihh kesian Jannah.

Puan Julia berdehem membetulkan suaranya. "Okay Jannah ni aunty ada beberapa jenis koleksi busana pengantin yang aunty rasa sesuai dengan Jannah. Comel dalam masa yang sama nampak anggun dan elegent. Jannah pilih je lepastu bagitahu nak warna apa. Okay? Aunty nak ke belakang sekejap ada kerja sikit nak buat."

Sebaik kelibat Puan Julia hilang dari pandangan, Jannah mencuit lengan Rayyan dengan hujung jarinya. Rayyan yang sibuk membelek telefonnya tersentak.

"Jom lah pilih sama-sama. Takut nanti taste awak tak sama pula dengan yang saya pilih." Pinta Jannah. Beberapa helai kertas yang ada gambar baju pengantin dihulurkan di depan Rayyan. Kemudian mereka mula memilih.

"Yang ni comel kan." Jannah menunjuk kepada baju pengantin yang ada riben besar di bahagian perut.

Rayyan menggeleng. Dia tunjuk kepada riben tu. Besar sangat. Rayyan membuat isyarat besar. Harap Jannah fahamlah.

"Ha yang ni." Kali ini gaun kembang pula menjadi pilihan Jannah. Lagi sekali Rayyan menggeleng. Kembang-kembang nak pergi mana? Nak terbang?

"Yang ni?"

Geleng.

"Yang ni pula? Ada kelip-kelip."

Geleng.

"Awak ni semua yang saya tunjuk semua awak tak setuju. Kalau macam tu awak pilih lah sendiri." Jannah berpeluk tubuh. Penat dia nak layan perangai Rayyan. Baru dia tahu Rayyan seorang yang cerewet.

Rayyan membelek koleksi yang lain pula. Matanya jatuh pada sepasang baju pengantin berwarna putih yang sangat cantik. Kemudian dia memandang Jannah. Cuba membayangkan yang Jannah menyarung pakaian itu.

Comel! Rayyan sudah berminat. Gambar itu dihulurkan kepada Jannah yang dari tadi diam. Mungkin merajuk kerana semua pilihannya ditolak.

Dengan malas Jannah menarik juga gambar yang dihulur.

Satu saat...

Dua saat...

Tiga saat...

"Ya Allah cantiknya baju ni! Pandai awak pilih. Saya nak yang ni lah. Boleh kan? Nak warna putih juga." Ujar Jannah dengan gembira. Tak sangka pilihan Rayyan mempunyai kelas yang tersendiri. Berbeza dengan yang dia pilih tadi. Patut Rayyan tak nak.

"Macam mana? Dah pilih?" Puan Julia kembali duduk di hadapan mereka.

"Sudah. Saya dan Rayyan pilih yang ini." Jannah menghulur dua helai gambar kepada Puan Julia. Satu baju pengantin perempuan dan satu lagi baju pengantik lelaki.

 Satu baju pengantin perempuan dan satu lagi baju pengantik lelaki

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Puan Julia mengangguk. "Cantik. Pandai Jannah dan Rayyan pilih. Okay sekarang jom kita ukur badan pula."

Jannah mengangguk. Dia segera bangun membuntuti langkah Puan Julia masuk ke ruangan mengukur. Tak sabar rasanya dia nak menyarung baju pengantin. Boleh feeling princess.














--------------------------------------------------------

Maaflah saya tak ada pengalaman pilih baju pengantin hahaha😅

[3]Cinta Jannah ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant