bab 3

4.3K 157 0
                                    

Bunyi hon dari luar rumah mengejutkan tiga beranak yang sedang menonton televisyen. Selesai memasak dan menghidangkan makanan di atas meja, Puan Jamilah, Encik Razak dan Jannah duduk berehat di ruang tamu sementata menunggu kedatangan tetamu mereka.

Puan Jamilah dan Encik Razak menyambut tetamu mereka manakala Jannah pula berlalu ke dapur.

"Assalammualaikum Jamilah, Razak. Maaflah lambat datang. Tak sempat nak bantu apa yang patut." Puan Rozana bersalaman dengan Puan Jamilah manakala Rayyan bersalaman dengan Encik Razak.

"Eh tak apalah. Lagi pun kami yang ajak kamu berdua makan dekat sini. Tak payah tolong pun. Jannah ada boleh tolong masak." Puan Jamilah menarik tangan rakannya untuk duduk sebentar di ruang tamu.

Rayyan memanjangkan lehernya untuk mencari Jannah. Kemudian dia memandang ibunya sambil mengenyitkan mata. Mahu mengingatkan rancangannya tadi.

Seakan mengerti, Puan Rozana mengangguk kemudian dia menggamit Puan Jamilah dan Encik Razak.

"Zana, Razak. Aku ada benda sikit nak bagitahu dekat kamu berdua. Ini rancangan anak aku. Jangan bagitahu Jannah tau." Puan Rozana berbisik perlahan. Bimbang Jannah akan dengar.

Puan Jamilah dan Encik Razak memandang sesama sendiri kemudian kening diangkat. "Rancangan apa?" Tanya mereka serentak.

"Macam ni........."

Tersenyum-senyum mereka mendengar rancangan tak masuk akal. Habis saja Puan Rozana menerangkan rancangan tersebut. Puan Jamilah dan Encik Razak mengangguk faham.

"Makcik dan pakcik jangan bagitahu dekat Jannah ye." Rayyan mengingatkan.

"Jangan risaulah. Pakcik dan makcik akan rahsiakan daripada dia." Kata Encik Razak.

**

Jannah sedang menyusun beberapa biji gelas di atas meja. Matanya melilau ke arah ruang tamu. 'Mana pula yang lain ni? Tak nak makan ke.'

Bunyi gelak ketawa yang semakin dekat membuatkan Jannah kecut perut tiba-tiba. Lebih-lebih lagi bila dia ternampak Rayyan yang sedang berjalan di belakang Puan Rozana.

"Ha Jannah. Rindunya aunty dekat Jannah." Jannah menyambut huluran tangan Puan Rozana. Kemudian pipinya dicium di kiri dan kanan.

Kemudian mereka semua masing-masing mengambil tempat di meja makan. Jannah duduk berhadapan dengan Rayyan. Sesekali dia menjeling memandang Rayyan yang sedang makan tanpa bersuara.

'Diam je mamat ni. Memang jenis sombong ke?'

Sedang ralit memandang Rayyan, tiba-tiba mata Rayyan juga memandang ke arahnya. Tersedak Jannah yang ketika itu baru mahu menelan nasi.

"Ya Allah budak ni. Makan macam mana sampai boleh tersedak ni." Puan Jamilah menepuk-nepuk belakang badan anaknya.

"Minta maaf. Jannah tak sengaja." Jannah minum sedikit air bagi membersihkan tekaknya.

Rayyan dari tadi cuba tahan tawanya. Sebenarnya dia perasan dari tadi yang Jannah selalu curi-curi memandangnya tapi saja dia buat tak hirau.

Selesai makan, Puan Jamilah, Encik Razak dan Puan Rozana duduk bersantai di ruang tamu. Jannah ditugaskan untuk mencuci pinggan-pinggan kotor.

Jannah perasan seperti ada orang sedang berdiri di belakangnya. Dia menoleh untuk melihat. Rupa-rupanya Rayyan yang sedang merenung ke arahnya.

Liur ditelan. "Awak nak apa-apa ke?"

Rayyan diam tidak membalas.

Jannah mengelap tangannya pada kain bersih. "Awak nak air ke? Saya boleh buatkan."

Diam...

'Hish dia ni orang tanya tak jawab pula."

Rayyan menapak ke depan. Makin lama makin dekat dengan Jannah. Jannah jadi tidak senang duduk dibuatnya. Rayyan yang semakin dekat dengannya membuatkan Jannah terpaksa mendongak sedikit untuk memandang muka Rayyan.

'Ya Allah apa yang dia nak buat ni?' Tangan Jannah sudah berpeluh.

Rayyan mengangkat tangannya ke Jannah. Makin lama makin dekat.

Jannah sudah menutup mata. 'Apa kau nak buat ni Jannah? Jerit Jannah bagi abah dengar.' Bagai tak terkeluar pula suara Jannah.

Jannah membuka mata perlahan-lahan. Aik dah hilang. Kemudian dia memandang Rayyan yang sedang minum air. Jannah menoleh ke belakang. 'La dia ambil cawan ke tadi.' Jannah kesal sendiri. Dari tadi dia berdiri di depan rak yang tersusun cawan. Ingatkan Rayyan nak buat benda tak elok tadi. Nasib baik kau tak jerit Jannah. Malu pula dia bila fikir yang bukan-bukan.

[3]Cinta Jannah ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin