bab 1

8.2K 159 1
                                    

"Jannah sini sekejap duduk sebelah mama." Puan Jamilah memanggil anaknya yang baru keluar dari dapur.

Jannah duduk di sebelah mamanya. "Kenapa mama?"

"Mama dan abah ada sesuatu nak bagitahu dekat Jannah." Kata Puan Jamilah.

Dia memandang suaminya sebentar sebelum menyambung bicara. "Jannah kenal kan dengan aunty Rozana?"

Jannah mengangguk. Aunty Rozana kawan mamanya sejak zaman sekolah. Mereka pernah beberapa kali ke rumah aunty Rozana.

"Kenapa dengan aunty, mama?"

"Jannah, sebenarnya haritu aunty Rozana ada melamar Jannah untuk anak lelakinya, Rayyan."

Jantung Jannah sudah berdegup sakan.

"Dan kami terima lamaran tu."

Terbuntang mata Jannah. "Apa mama? Mama terima lamaran daripada aunty Rozana? Jadi maknanya Jannah kena kahwin dengan anak lelaki aunty Rozana la?"

Puan Jamilah dan Encik Razak mengangguk serentak.

"Mama, abah. Kenapa tak tanya Jannah dulu?" Suara Jannah mula kendur.

"Jannah, mama dan abah buat ni untuk masa depan Jannah. Mama kenal anak aunty Rozana tu. Baik orangnya, hormat orang tua, ada kerja tetap. Jannah mesti berkenan bila dah tengok dia depan-depan nanti. Kacak orangnya." Bersungguh suara Puan Jamilah. Jannah segan mahu membantah. Dia takut akan kecewakan perasaan orang tuanya.

"Jannah okay tak?" Encik Razak pula menyoal anak perempuannya.

Perlahan Jannah angguk.

"Alhamdulillah." Ujar Puan Jamilah dan Encik Razak sebentar. Mereka yakin pilihan mereka tak salah.

Jannah turut tersenyum walaupun terpaksa. Jika dengan cara ini mampu menggembirakan hati orang yang paling dia sayang, dia sanggup.

**

"Hello, ha Jannah kenapa call aku malam-malam ni?" Kedengaran suara Husna di hujung talian.

"Hus aku ada benda nak bagitahu kau." Jannah berdiri di tepi tingkap. Matanya menatap langit yang dipenuhi bintang.

"Kau nak bagitahu apa? Macam penting je." Kalau tak penting, Jannah boleh je whatsapp macam biasa.

"Sebenarnya tadi mama dan abah aku cakap. Ada orang datang melamar aku dan dia orang dah pun terima."

Husna di hujung talian sudah menjerit. "Betul ke ni Jannah? Kau nak kahwin?"

Jannah mengangguk walaupun dia tahu Husna takkan nampak. Dia cuma dah malas mahu bercakap. Mood dia malam ini sudah ke laut.

"Tapi kenapa aku dapat rasakan kau macam tak happy je?" Husna bertanya perlahan. Setelah agak lama Jannah tak bersuara. Dia seperti dapat agak jawapannya.

"Ni mesti sebab Hafiy kan?" Tebak Husna.

"Emm." Jannah mengelap air matanya di pipi. Eh dia menangis?

"Jannah. Kau pun tahu kan Hafiy anggap kau tak lebih daripada seorang kawan. Dia pun dah pernah berterus terang dengan kau yang dia ikhlas berkawan dengan kau. Dia tak nak kau mengharap lebih daripada itu." Husna memikirkan ayat yang sesuai.

"Kau kena redha. Mungkin jodoh kau dah tertulis bukan dengan Hafiy. Tapi dengan lelaki lain yang lebih baik lagi."

"Aku pun tak tau nak cakap macam mana Hus. Memang aku dah anggap Hafiy tak lebih daripada seorang kawan. Tapi aku tak tahu aku boleh lepaskan Hafiy daripada hati aku macam tu je."

Jannah kembali teringat kepada Hafiy. Jannah, Husna dan Hafiy merupakan kawan baik sejak dari zaman sekolah sampailah sekarang. Dia sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Hafiy. Tetapi Hafiy tak mahu mereka lebih daripada itu. Hafiy tak mahu hubungan persahabatan mereka akan terputus gara-gara mereka bercinta.

"Apa kata kau buat solat istikharah. Mungkin kau akan dapat petunjuk." Husna memberi cadangan.

Jannah hanya mengiakan. Selepas panggilan ditamatkan, Jannah berlalu ke bilik air untuk berwudhuk. Malam ini dia mahu meminta petunjuk daripada Dia. Hatinya yang kusut juga perlu dilapangkan.












------------
Assalammualaikum. Selamat berpuasa 😉❤

[3]Cinta Jannah ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon