Gempa: Dah mandi?

Hali: Hn.

Gempa: ....air wudhuk...?

Hali: ....ye.

Hali selesai mengeringkan rambutnya lalu disidai di kerusi berdekatan. Dia memandang Gempa yang masih tidak lekang memandangnya.

Hali: Tadi kata nak solat sekali.

Gempa: Oh...ok.

Hali: Cepat sikit.

Gempa tersenyum kecil. Dia bangun sambil mengambil kain tuala yang disidai di sebelah kain tuala Hali.

Gempa: Eh, awak. Kejap!

Hali terhenti dari mengambil kain untuk dia solat. Dia memandang ke arah isterinya yang sedang berjalan menghampiri dirinya sambil tersenyum.

Hali: Apehal?

Gempa: Takde apa...eh, ada sesuatu lah dekat pipi awak.

Hali menatap Gempa dengan pandangan hairan. Dan tanpa Hali sedari kedua tangan Gempa menyentuh kedua belah pipi Hali.

Sebaik sahaja Gempa menyentuhnya, Gempa terus melepaskan tangannya dari pipi Hali. Senyuman kembang di wajahnya.

Hali: Dah kenapa tersenyum je- eh kejap...kau sentuh pipi aku-

Gempa: Tehee~ batal air sembahyang~ X,P

Hali: APA-?! (shock)

Gempa: Eeeppp!! Larrii~!! X,D

Dengan cepat Gempa berlari masuk ke dalam bilik mandi lalu menutupnya cepat. Hali baru hendak mengejar Gempa namun terlambat. Urat geram timbul di wajahnya.

Hali: Ckh! Aarrghh!!

Frust Hali dibuatnya. Dia melempar kain yang berada di tangannya kuat. Terjerit geram dibuatnya. Penat dia mengambil air wudhuk tapi dengan mudah saja Gempa membatalkannya.

Hali: Nasib baik aku sayang kau, Gempa!
.
.
.
Jam 7.40 pagi kelihatan Halilintar dan Gempa sedang bersiap berpakaian kemas untuk keluar ke pejabat.

Gempa: Dah, jom?

Hali: Hmph...

Kelihatan Hali masih murung tentang hal tadi. Gempa tertawa kecil seakan memahaminya. Lalu Gempa menepuk-nepuk belakang Hali lembut.

Gempa: Merajuk ke~??

Hali: Tanya pulak....

Gempa: Sorrylah. Jangan marah-marah. Nanti tak hensem.

Hali menjeling Gempa. Kang ada juga orang kena cium lepasni.

Hali: Dah lah. Jom turun. Kang nanti sesak pula jalan tu.

Gempa hanya tersenyum sambil berjalan mengekori suaminya. Comel suami aku yang tengah merajuk ni.
.
.
.
Saat turun, Hali dan Gempa ternampak Ruby yang sedang menyediakan makanan manakala Farhan sedang menikmati kopi paginya sambil membaca surat khabar hari itu.

Gempa: Assalamualaikum. Selamat pagi Ummi dan Walid.

Ruby: Waalaikumussalam. Gempa dan Hali jomlah sarapan bersama.

Hali: Eh, takpelah Ummi. Kitorang breakfast dekat luar jelah.

Ruby: Lhaa...dah kenapa nak breakfast dekat luar? Lagipun korang tak lambat pun lagi. Awal lagi ni. Jomlah makan sekali.

Gempa merasakan tidak sedap hati kalau menolak pelawaan baik Ruby. Lalu dia menarik-narik lengan baju kemeja yang beralaskan kot hitam.

Gempa: Awak, jomlah sarapan bersama Ummi dan Walid. Tak sampai hatilah saya nak buat Ummi kecewa.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now