PART 47 🍑

3.2K 53 0
                                    

"Selamat pulang Tuan besar " Ucap Mak Ya dan bibik-bibik yang lain semasa Tengku Zafran baru pulang ke rumah banglo itu bayangkanlah masuk hari kedua Tengku Azry Mateen dan Rhea Ilmelda di rumah itu baru hari ini Tengku Zafran pulang ke rumah.

     Tengku Zafran mencari kelibat Tengku Azry Mateen dan menantunya Rhea Ilmelda namun tidak kelihatan di ruang tamu rumah itu.

     "Mateen dengan Rhea mana ?"

     "Tuan muda dengan Puan muda masih diatas Tuan " Balas Mak Ya.

     "Masih tidur lagi ? Mak Ya, tolong masakkan nasi lemak sambal kerang hari ini " Pinta Tengku Zafran, tiba-tiba-tiba teringin pula dia nak makan nasi lemak sambal kerang yang dimasak oleh Mak Ya.

     "Baru balik papa ?" Tegur Tengku Azry Mateen tiba-tiba muncul di tangga sambil memimpin tangan Rhea Ilmelda dengan perlahan-lahan mereka menuruni tangga.

     Rhea Ilmelda memang degil ada LIF tapi tangga juga yang mahu digunakannya kalau guna LIF kan senang, tapi Rhea Ilmelda kata dia mahu melakukan senaman lagipun kata orang tua-tua kalau banyak berjalan semasa mengandung masa nak melahirkan nant...

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

     Rhea Ilmelda memang degil ada LIF tapi tangga juga yang mahu digunakannya kalau guna LIF kan senang, tapi Rhea Ilmelda kata dia mahu melakukan senaman lagipun kata orang tua-tua kalau banyak berjalan semasa mengandung masa nak melahirkan nanti senang.

     "Assalamualaikum papa " Ucap Rhea Ilmelda sambil menyelam tangan Tengku Zafran kemudian diikuti dengan Tengku Azry Mateen.

     "Waalaikumsalam, bila due ni papa tengok macam dah sarat sangat ni ?" Tengku Zafran bertanya kepada Rhea Ilmelda.

     "Bulan depan baru due papa " Balas Rhea Ilmelda.

     "Mateen macam mana dengan company ?"

     "Itulah papa, dari dulu sampai sekarang asyik ingat company saja "

     Senyap.

     Rhea Ilmelda tersentak lalu mencuit paha Tengku Azry Mateen, baginya kelakuan suaminya itu agak kurang sopan.

     "Papa ada kerja dekat Selangor semalam that why I can't make it " Balas Tengku Zafran.

     Padahal semalam Tengku Zafran ke tanah perkuburan bekas isterinya Puan Maisara dan dia sempat menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Puan Maisara.

     Penipulah kalau Tengku Zafran langsung tidak ada perasaan sayang kepada bekas isterinya, sebelum Tengku Azry Mateen dilahirkan dia sudah jatuh sayang kepada wanita itu tapi Maria iaitu personal assistantnya telah meracuni fikirannya supaya membenci Puan Maisara.

     Dan tentang itu tiada siapa yang tahu termasuklah Tengku Azry Mateen mahupun Mak Ya.

     "Tuan besar, Tuan muda, Puan muda silalah makan sarapan dah siap " Jemput Mak Ya.

🍑

🍑

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
Once again ? ( COMPLETED )Donde viven las historias. Descúbrelo ahora