PART 11 🍑

2.6K 57 1
                                    

Setelah pulang daripada Hans Holdings (HH), Rhea Ilmelda tidak pulang ke rumah ibu bapanya malah dia terus menuju ke rumahnya sendiri.

     Rumah banglo moden dua tingkat itu merupakan rumah yang dibelinya sendiri dengan menggunakan titik peluhnya sendiri.

     Pada mulanya sebelum Rhea Ilmelda mempunyai rumah sendiri, Puan Sri Nur Jasmine telah membantah keras untuk Rhea Ilmelda berpindah tetapi Rhea Ilmelda tetap keras kepala untuk berpindah dan sejak Rhea Ilmelda mempunyai rumah sendiri dia sudah jarang pulang ke rumah ibu bapanya kerana dia lebih suka tinggal sendirian.

     Setelah mendapat tahu daripada Tuan Mikael yang Tengku Azry Mateen telah pulang ke Malaysia dari Arab Saudi, Rhea Ilmelda terus menghantar pesanan kepada lelaki itu untuk berjumpa dengannya.

     Rhea Ilmelda menyiapkan dirinya, sebentar lagi dia akan keluar makan malam dengan Tengku Azry Mateen. Itu pun kerana Rhea Ilmelda harus berbincang sesuatu dengan Tengku Azry Mateen berkaitan dengan projek pembinaan Lapangan Terbang di Itali.

     Sehelai gaun labuh berwarna hitam diambil daripada bilik pakaian walk innya lalu dikenakan sedikit make up ke atas wajah supaya tidak kelihatan pucat. Kalau bukan disebabkan oleh projek itu sudah pasti Rhea Ilmelda tidak akan mengaturkan pertemuan pada malam ini dan dia lebih berminat untuk meluangkan masa bersama keluarganya dan Eunice Elaia.

     Apabila Rhea Ilmelda teringatkan dengan si kecil itu terasa rindu pula kerana beberapa hari kebelakangan ini Rhea Ilmelda terlalu sibuk dengan masalah projek di Itali sehinggakan tidak mempunyai masa untuk keluarga dan hari ini dia akan berbincang dengan Tengku Azry Mateen projek yang menelan harga bilion ringgit.

     Tiba-tiba Rhea Ilmelda berasa tidak sedap hati dengan pertemuannya pada malam ini.

     Rhea Ilmelda menunggu Tengku Azry Mateen di tempat yang agak tersembunyi di restoren makanan laut yang menjadi pilihan Rhea Ilmelda.

     Dari jauh Tengku Azry Mateen sudah dapat melihat Rhea Ilmelda yang duduk seorang diri di bahagian yang agak  tersembunyi sambil menunggunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     Dari jauh Tengku Azry Mateen sudah dapat melihat Rhea Ilmelda yang duduk seorang diri di bahagian yang agak  tersembunyi sambil menunggunya.

     "Rhea, sorry I lambat " Sapa Tengku Azry Mateen sambil menarik kerusi kosong di depan Rhea Ilmelda.

     Rhea Ilmelda melempar senyuman manis kepada Tengku Azry Mateen.

     "It's okay, I pun baru je sampai " Balas Rhea Ilmelda.

     Tengku Azry Mateen memandang tepat ke arah wajah Rhea Ilmelda. Sebenarnya apabila kali pertama dia memandang wajah itu tadi dia sudah terpegun dengan kecantikkan yang dimiliki oleh Rhea Ilmelda.

     "Kenapa you tiba-tiba nak jumpa I ni ? Selalunya I yang ajak you tapi hari ni lain pula " Ujar Tengku Azry Mateen.

     Keadaan di restoren makanan laut yang dipilih oleh Rhea Ilmelda agak sedikit suram kerana pada waktu petang itu tidak ramai yang datang ke restoren tersebut dan akan ramai pelanggan pada waktu malam. Makanan yang telah dipesan oleh Rhea Ilmelda telah sampai.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now