PART 15 🍑

2.5K 56 1
                                    

"Stephie sayang,mari sini " Gamit Puan Stella Martinez kepada satu-satunya anak gadisnya yang tinggal dengannya, Yelah, si kakak pula berada di London.

     Tengku Stephanie yang baru mahu memakai kasut tumitnya untuk ke KPJ Healthcare terus terhenti apabila dipanggil oleh mamanya, harap-harap bukan cerita pasal Tengku Sophia Hany lah dia sudah bosan setiap hari mesti ada saja cerita pasal Tengku Sophia Hany.

     "Ya, mama " Balas Tengku Stephanie.

     "Come here honey " Ujar Puan Stella Martinez sambil menepuk-nepuk sofa kosong di sebelahnya.

     Tengku Stephanie sudah tiada pilihan lain kecuali hanya mendengar apa yang hendak dikatakan oleh mamanya itu lalu Tengku Stephanie melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Stella Martinez.

     "Sebenarnya mama dengan daddy nak buat majlis untuk menyambut ulang tahun kelahiran Stephie bagi yang ke-24 tahun ini, Stephie panggilah Thalia dengan Rhea juga lagi ramai lagi meriah " Ujar Puan Stella Martinez sambil tersenyum memandang Tengku Stephanie.

     Tengku Stephanie mengerutkan muka.

     "Tak payahlah mama daddy, nak buat majlis bagai Stephie dah tua kalau tak buat majlis pun tak apa " Tolak Tengku Stephanie.

     "Apa pula cakap macam tu, walaupun Stephie makin tua tapi Stephie tetap anak mama dengan daddy and mama dengan daddy dah decide nak buat majlis tu " Bidas Puan Stella Martinez.

     "Betul cakap mama tu, walaupun anak daddy ni dah makin tua tapi daddy rasa Stephie masih Stephie yang kuat menangis lagi" Seloroh Tengku Rafael sambil ketawa bila mengingatkan Tengku Stephanie semasa kecil.

     Tengku Stephanie sudah melepaskan keluhan berat tapi jauh di sudut hatinya dia berasa terharu kerana mama dan daddynya masih ingat bila hari lahirnya. 

     "Yelah, mama daddy "

     "Ingat nanti jemput Talia dengan Riya " Ujar Puan Stella Martinez.

     Wait. Talia ? Riya ? Tengku Stephanie dan Tengku Rafael sudah melepaskan ketawa kecil.

     "Awak ni, nama budak tu Thalia dengan Rhea bukannya Talia dengan Riya " Tegur Tengku Rafael masih dalam sisa tawanya.

     Puan Stella Martinez menarik muka.

     "Awak ni, saya baru salah sikit dah awak nak cakap macam-macam, yang awak selalu salah tu ada saya cakap macam-macam" Bidas Puan Stella Martinez.

     "Nak merajuk lah tu" Usik Tengku Rafael sambil ketawa kecil.

     "Tak ingin saya nak merajuk, saya bukan macam awak dah tua-tua pun nak merajuk " Bidas Puan Stella Martinez sambil menepis tangan Tengku Rafeal yang ingin memegang lengannya.

     Buat seketika mereka sudah terlupa dengan topik mereka pada hari itu. Tengku Stephanie tersenyum melihat kemesraan antara mama dan daddynya tapi macam mana kalau Tengku Sophia Hany pulang nanti adakah keluarganya akan tetap mesra.

     Tengku Stephanie melepaskan keluhan.

     "Mama, daddy " Panggil Tengku Stephanie menyedarkan Puan Stella Martinez dan Tengku Rafael yang sedang berasmara dana di depannya.

     "Yes honey " Sahut Puan Stella Martinez sambil memandang wajah murung anak kesayangannya. Tapi kenapa ?

     "Stephie nak pergi Hospital ni kalau lambat nanti jalan jammed teruk, ada lagi ke yang mama nak bincang dengan Stephie ?"

     Bukannya dia tidak suka melihat kemesraan mama dan daddynya tapi dia takut dia tersekat di jalan raya, sudahlah hari ini dia ada banyak pesakit untuk dilawat.

Once again ? ( COMPLETED )Where stories live. Discover now