PART 12 🍑

2.4K 57 0
                                    

Sesampai sahaja di depan rumah Nanny Maria, Rhea Ilmelda terus keluar dari kereta dan meluru dengan laju ke arah Nanny Maria yang sedang menunggu kepulangan mereka di depan pintu

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

Sesampai sahaja di depan rumah Nanny Maria, Rhea Ilmelda terus keluar dari kereta dan meluru dengan laju ke arah Nanny Maria yang sedang menunggu kepulangan mereka di depan pintu.

     "Nanny !" Jerit Rhea Ilmelda terus meluru dan memeluk tubuh tua Nanny Maria.

     Nanny Maria membalas pelukan Rhea Ilmelda sambil mengusap lembut rambut Rhea Ilmelda. Risau hati tuanya menunggu daripada siang tadi tapi baru tengah malam Rhea Ilmelda menunjukkan muka. Rasanya baru sebulan yang lepas cucunya ini berjumpa dengannya dan kali ini cucunya itu balik lagi dan katanya Rhea Ilmelda akan menetap di California selama beberapa bulan sehingga kerjanya di Itali selesai.

     "Dear darling ! Rhea dah makan ? Nanny ada masakkan favourite Rhea " Ujar Nanny Maria sambil menarik tangan cucunya itu dan dia juga terlupa kehadiran Twan Sebastian dan Juanpa.

     "Nanny, Twan dengan Juanpa pun ada dekat sini juga Nanny janganlah lupa dengan kita orang ni mentang-mentanglah cucu kesayangan dia balik sampai Twan dengan Juanpa pun Nanny tak jemput masuk rumah " Ujar Twan Sebastian membuat suara sedih.

     Juanpa dan Rhea Ilmelda hanya ketawa kecil. Twan Sebastian memang suka kenakan Nanny Maria begitu tapi disebabkan perangai Twan Sebastian yang suka mengenakan orang menyebabkan dia mudah disenangi malah Twan Sebastian adalah cucu kesayangan Nanny Maria juga.

     Nanny Maria menjeling sekilas.

     "Twan Sebastian masuklah rumah jangan malu-malu, Nanny dah masakkan makanan kegemaran Twan " Perli Nanny Maria sambil mencubit lembut lengan Twan Sebastian.

     Rhea Ilmelda dan Juanpa sekali lagi ketawa kecil apabila melihat wajah Twan Sebastian yang berkerut menahan sakit akibat dicubit Nanny Maria.

     "Macam nilah baru betul Nanny, Nanny kenalah layan tetamu dengan mesra " Balas Twan Sebastian lalu ketawa sambil mengusap-usap lengannya yang dicubit Nanny Maria.

     "Mengada, selama ni elok je tak payah berjemput masuk dah tercongok depan TV tapi hari ni mengada-ngada pula " Bebel Nanny Maria panjang, bukan dia tidak kenal dengan perangai Twan Sebastian yang tidak habis-habis mengusiknya.

     Twan Sebastian dan Rhea Ilmelda terus masuk menuju ke dapur.

     "Juanpa bila lagi nak masuk ? Dah lewat malam ni " Tanya Nanny Maria apabila melihat Juanpa yang masih lagi tidak bergerak masuk ke dalam rumah dan hanya tercongok di halaman rumahnya.

     "Ingat ke Nanny dah lupa nak jemput tadi " Ujar Juanpa lalu melangkah masuk.

     "Tak payah jemput Juanpa tu Nanny, suruh dia balik rumah dia " Jerit Twan Sebastian dari dalam.

     Rhea Ilmelda terpaku melihat pelbagai jenis juadah yang amat memikat seleranya. Walaupun masakan Nanny Maria ringkas dan mudah tapi rasanya amat sedap maklumlah orang berpengalaman dalam bidang masakan.

Once again ? ( COMPLETED )Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum