PART 25 🍑

2.5K 54 0
                                    

Esakan tangisan Thalia Henderson kedengaran memecah kesunyian KPJ Healthcare selain daripada bunyi tangisan ahli keluarga Tengku Malique sendiri

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Esakan tangisan Thalia Henderson kedengaran memecah kesunyian KPJ Healthcare selain daripada bunyi tangisan ahli keluarga Tengku Malique sendiri.

     Sebelum Tengku Malique ditolak masuk ke bilik pembedahan ada satu perkara yang membuatkan fikiran Thalia Henderson terganggu.

     "Thalia " Panggil Tengku Malique perlahan dan tersekat-sekat dalam kesakitan namun dia masih berusaha ingin menyebut nama Thalia Henderson.

     Thalia Henderson membalas pandangan Tengku Malique dengan esakan yang masih kedengaran.

     "Ya Malique, ini Thalia " Balas Thalia Henderson perlahan sambil mengenggam tangan Tengku Malique dengan kuat seakan dia tidak mahu melepaskan tangan lelaki itu.

     "Thalia " Pujuk Rhea Ilmelda yang berada di belakang Thalia Henderson mengusap perlahan bahu milik Thalia Henderson.

     Rhea Ilmelda bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang, apabila terima panggilan dari Tengku Azry Mateen yang menyuruhnya menjemput Thalia Henderson di Famous Bridal kerana Tengku Malique mengalami kemalangan dan Thalia Henderson pula sedang berada dalam keadaan terkejut yang menyebabkan Rhea Ilmelda harus menjemput wanita itu.

     Rhea Ilmelda memandang sekilas pada Tengku Azry Mateen yang kelihatan sungguh kusut sekarang.

     Hati Thalia Henderson menjadi tak keruan dan hiba melihat tubuh Tengku Malique yang sasa dilumuri dengan darah merah dan baju kemeja berwarna putih yang dipakai oleh Tengku Malique ketika bertemu dengannya tadi masih tersarung elok di tubuh lelaki itu tetapi baju kemeja itu sudah terkoyak.

     Malah, Tengku Malique yang selama ini bertenaga juga sudah terlantar lemah di katil hospital amat menyedihkan bagi Thalia Henderson.

     Jika boleh diputarkan waktu mahu saja dia menghalang kepergian Tengku Malique dari butiknya kerana tak ingin melihat Tengku Malique dalam keadaan seperti ini.

     Namun semuanya terlambat dan dia tak habis-habis menyalahkan dirinya sendiri sebagai penyebab kemalangan Tengku Malique walaupun ditegah oleh Tengku Zara dan Puan Tengku Sabrina iaitu ibu kepada Tengku Malique .

     Tengku Malique memandang sekilas Tengku Zara, dan Tengku Zara tersenyum lemah dan mengangguk sambil menyembunyikan perasaan sedihnya ketika melihat satu-satunya adik lelaki yang dia ada sedang berada dalam kesakitan.

     Tengku Malique kembali memandang Thalia Henderson.

     "Thalia, would you stay by my side for the rest of my life ?" Perlahan sekali kedengaran suara Tengku Malique ketika melafazkan perkataan itu.

     Sungguh payah bagi Tengku Malique untuk melafazkan perkataan itu tapi dia gembira kerana akhirnya niat di hatinya sudah diluahkan kepada Thalia Henderson.

Once again ? ( COMPLETED )Donde viven las historias. Descúbrelo ahora