"Boys, aku nak mandi ni," kata Aminah Safawiyah dengan kain tuala di bahunya.

"Ya," balas dua remaja lelaki itu acuh tak acuh.

"Jangan intai!" amar gadis itu.

"Ya."

Aminah Safawiyah memasuki bilik mandi. Dua lelaki itu menjalankan tugas mereka menyembelih rusa dan memasak.

Satu jam kemudian, Aminah Safawiyah melangkah keluar dari bilik mandi dengan tubuh badan diselimuti kain mandi. Dia melihat hidangan yang masih tersisa di atas meja makan lalu mendekati hidangan untuknya itu.

"Man! Zul! Semua ini untuk aku ke?" ujar Aminah Safawiyah.

"Ya," balas Luthman Harith.

Aminah Safawiyah berjalan ke bilik tidur. Dari muka pintu, dia melihat dua sahabatnya bermain konsol PlayStation 2 dengan permainan video Grand Theft Auto: San Andreas.

"Haih, zaman sekarang ada juga main PS2 walaupun sekarang dah zaman PS5," monolog Aminah Safawiyah sebelum melangkah masuk ke dalam bilik.

Sementara Aminah Safawiyah memakai baju, dua lelaki itu khusyuk bermain permainan.

"Shortcut belah kanan," pesan Luthman Harith sebagai homie.

"Okey. Belah kiri ada orang tu," balas Azizul Rahman sebagai pemandu, bekerjasama.

"Ya."

Mereka bertiga sahaja tinggal di rumah itu. Luthman Harith bekerja sebagai samseng seperti bapa angkatnya. Aminah Safawiyah meneruskan pembelajaran ke peringkat diploma di UniKL (Universiti Kuala Lumpur). Azizul Rahman pula bekerja di bengkel kereta Samantha Lee, kawan kepada Arif Hakimi.

Aminah Safawiyah berjalan keluar dari bilik tidur dengan rambutnya diikat tocang.

"Minah, tolong pakai tudung kat rumah kami," pesan Luthman Harith dengan matanya tertumpu pada skrin televisyen.

Aminah Safawiyah mengeluh kecil. "Yelah."

Gadis itu kembali memasuki bilik tidur.

"Macam tu ka hang tegoq makwa hang?" kata Azizul Rahman selamba dengan mata tertumpu pada TV.

"Hang diamlah," balas Luthman Harith.

Tiba-tiba, Aminah Safawiyah muncul di depan mereka, menghalang pandangan mereka terhadap skrin televisyen. Dia bertudung kali ini tetapi singkat.

"Minah, tepilah sikit," tegur Luthman Harith dingin sambil mencari ruang melihat skrin TV.

"Kami tak nampak ni," tegur Azizul Rahman pula.

Aminah Safawiyah serta-merta mencabut plag konsol PlayStation 2 dan televisyen.

"Alaaaaaaaaaaaaaaa..." jerit dua lelaki itu kecewa.

"Dah solat ke belum?" soal Aminah Safawiyah sedikit tegas.

"Belum..." jawab dua lelaki itu, segan.

"Pergi solat dulu."

"Ya la..." Dua lelaki itu bangun dari duduk.

Aminah Safawiyah melihat mereka meluru ke bilik mandi untuk berwudhuk. Dia menyambung plag semula lalu mengambil alih kusyen depan televisyen. Dia bermain konsol PlayStation 3 pula. Permainan video Lollipop Chainsaw dimainkan. Gadis remaja itu bermain permainan dengan rancak sekali. Luthman Harith dan Azizul Rahman muncul di belakangnya sambil kagum melihat sahabat perempuannya bermain.

"Padu, beb," puji Azizul Rahman.

Tidak semana-mana, mesin gergaji diacu ke belakang dengan tangan kiri Aminah Safawiyah. Gadis itu bermain dengan sebelah tangan sahaja.

All-InWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu