Kebetulan Namjoon ternampak susuk tubuh Yoonji yang sedang memerhati mereka dari jauh.

"Yoonji." panggil Namjoon.

Yoonji berdecit sedikit sebelum langkah diheret ke arah pasangan suami isteri itu. Yoonji serba salah.

Bukan. Dia rasa dia terlalu bersalah.

Kalaulah dia tidak memasuki bilik Yurin tanpa kebenaran. Kalaulah dia tidak menyoal prihal Yaomin, mungkin semua ini takkan terjadi. Pasti Yurin takkan jadi macam ini. Apa yang harus dia lakukan?

"Y-yoonji minta m-maaf. Hiks.." tubir mata Yoonji mula mengeluarkan cecair jernih.

Dia betul-betul tidak menyangka hal sebegini boleh terjadi. Soojin menghelakan nafas. Dia memang marahkan Yoonji kerana mengungkit kisah lampau namun bukan salah Yoonji juga kerana Yoonji tidak tahu apa-apa.

"Sudahlah Yoonji. Benda dah jadi." ucap Soojin lemah. Tiada sedikit pun tenaga untuknya bercakap sekarang. Keutamaannya kini cuma Yurin.

Namjoon mencapai kedua-kedua tangan isteri dan anaknya lalu dia mengajak mereka untuk duduk.

"Yoonji nak tahu pasal Yaomin?" tanya Namjoon.

Soojin sekadar mendiamkan diri. Ada baiknya jika dia membiarkan Namjoon untuk menceritakan segalanya pada Yoonji. Sebabnya Soojin tak mampu. Dia tak mampu, setiap kali dia teringatkan Yao, setiap kali itulah hati ibunya terusik. Cukup menyakitkan.

"Yaomin tu kembar Yurin. Anak sulung kami." kata Namjoon.

Yoonji tidak terlalu terkejut kerana dalam gambar yang dia lihat tempoh hari itu jelas menunjukkan yang mereka berdua ialah adik-beradik.

"Yao dan Yurin sangat rapat. Kemana pun mereka pasti bersama. Mereka berdua dan Jimin merupakan kawan baik sejak kecil memandangkan ibu bapa Jimin sudah lama tinggal bersama kita." sambung Namjoon. Yoonji masih setia mendengar.

"Tetapi Yao bukanlah seperti kanak-kanak yang lain. Yao disahkan menghidap kanser pada usia yang masih kecil. Yao mudah jatuh sakit. Bila Yao sakit, Yurin pun akan sakit. Yao banyak habiskan masa dengan Yurin biarpun bila dia berada di dalam wad sebab dia takut itu kali terakhir dia bersama Yurin. Kanser jahat tu.. penyebab—" Namjoon menitiskan airmatanya. Pilu hatinya tatkala terkenang senyuman indah satu-satunya anak lelaki mereka. Walaupun datangnya dari bibir yang pucat.

"Penyebab kami hilang satu-satunya anak lelaki kami. Harta kami yang berharga." Namjoon mengelap mata kedua matanya dengan pantas. Dia harus kuat! Dia tidak boleh terlihat lemah lebih-lebih lagi di hadapan Soojin.

Dalam diam Soojin turut mengeluarkan airmata. Dia masih ingat wajah Yaomin yang mengerang kesakitan tiap kali sakit menyerang. Airmata Yao yang jatuh tiap kali dadanya sesak dan ketika disuntik oleh doktor. Mustahil untuk Soojin dan Namjoon lupakan peristiwa yang meragut nyawa buah hati mereka itu.

"Sebab tu juga Yurin trauma. Dia tak dapat terima kematian abang kesayangannya. Lelaki yang dia cintai sepenuh hati. Sejak Yao tiada, Yurin kemurungan. Dia tidak bercakap, sering jatuh sakit dan kadang kala mengamuk sehingga mencederakan diri. Dari dulu, entah berapa kali dia cuba membunuh diri sendiri sehinggakan mummy dan daddy terpaksa menghantarnya ke wad tahanan." Soojin berkata dalam tangisnya.

"Yoonji memang tak kenal Yao sebab dulu kami hantar Yoonji pada pengasuh di Busan. Itu pun kerana terpaksa. Kami perlu fokus pada kedua kembar itu." wajah Yoonji disentuhnya lembut.

Yoonji baru teringat. Memang betul yang dahulu dia dijaga oleh Nek Suoh. Setelah beberapa tahun, baru lah mereka mengambilnya kembali. Patutlah dia langsung tidak tahu-menahu tentang Yaomin. Apabila dia di sana, Yurin sudah sembuh walaupun tidak sepenuhnya namun itu sudah cukup bagi Namjoon dan Soojin.

"Mummy dan daddy minta maaf sebab hantar kamu jauh dari kami. Kami tiada niat pun untuk sisihkan kamu kecuali untuk sembuhkan mereka berdua." tambah Namjoon pula. Dahinya bercantum dengan dahi Yoonji manakala pipi kiri Yoonji sudah dikucup oleh Soojin.

"Mummy dan daddy tak salah. Yoonji yang bersalah sebab mengungkit kisah lama. Maafkan Yoonji." Soojin menggeleng perlahan, menyangkal pernyataan itu.

"Sekarang kita kena berdoa supaya Yurin cepat sembuh. Semoga dia kuat untuk melawan sakitnya dan dapat menerima kenyataan biarpun perit." ujar Namjoon sambil tersenyum. Soojin dan Yoonji mengangguk setuju.

Itu doa semua orang yang berada di sekeliling Yurin. Mereka berharap yang mereka dapat melihat senyuman dari wajah itu yang sudah lama menghilang.

Tanpa sedar Jimin mendengar semua percakapan mereka sekeluarga di balik dinding. Jimin tersandar lemah pada dinding tersebut.

Apa yang patut dia lakukan supaya Yurin dapat sembuh? Andai perlu bergadai nyawa sekalipun, Jimin sanggup!

Kerana Yurin ialah orang yang dia cintai. Dari dulu, kini malah selamanya.

A/n: Panjang chapter ni XD Sebenarnya saya dah bagi hint pasal Yaomin pada chapter 22 hahaha😜 Btw readers sihat ke? Baju raya dah beli?

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now