BAB 2

1.6K 182 38
                                    

Do vote and comment guys 😊 Ini POV Evelyne ya semua. Jangan salah faham 🙏🏻

 Jangan salah faham 🙏🏻

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZHARIF💍EVELYNE

"KALAU dah balik nanti aku call," arahku setelah kaki melangkah keluar dari kereta.

"Hmm". Zharif menjawab malas lalu masuk semula ke dalam kereta. Dari raut wajah dia pun aku dah tahu yang dia mengantuk dan malas nak gaduh dengan aku. Tapi baguslah tu, tak adalah aku asyik darah tinggi sebab bergaduh dengan dia.

Kemudian, langkahku diatur menuju ke arah kawan-kawanku yang berada di tempat kereta di seberang sana. Sempat aku menoleh ke belakang, nampaknya tekaan aku benar. Memang mamat tu ambil keputusan untuk tidur sebab aku nampak seat pemandu diturunkan dan kakinya diletakkan di atas stereng. Huh, mesti dia bayangkan diri dia tu macam boss sekarang.

Setibanya di tempat kawan-kawan aku, terus tanganku dipegang oleh Sarah dengan matanya yang membulat dan bercahaya. Dah kenapa pulak minah ni?

Bila aku tengok Tiara pula, dia asyik-asyik terjenguk di tempat kereta aku diletakkan membuatkan dahi aku terasa berkerut seribu.

"Korang dah kenapa?" Soalku pelik melihat tingkah dua orang sahabatku itu.

"Kau bercinta dengan siapa sebenarnya? Ayrill ke lelaki tu?" Soal Sarah sambil bibir merah yang bersalut gincu Dior itu memuncung ke arah kereta yang aku naiki tadi. Pegangan tangannya padaku terasa semakin erat.

Hampir-hampir aku tersedak mendengar soalan Sarah. Terus aku cubit lengannya sebaik sahaja dia menyoal seperti itu.

"Aku? Bercinta dengan dia? Kot ya pun nak tanya aku, tanyalah benda logik sikit. Memang taklah aku bercinta dengan dia. Dia tu driver papa aku je kot," jawabku sambil menjulingkan mata ke atas.

Mengarut, macam mana dia boleh terfikir mamat miskin tu adalah boyfriend aku? Kalau nak bandingkan dia dengan Ayrill, sangat jauh panggang dari api. Terutama dari segi kekayaan. Hanya Ayrill sahaja yang setaraf denganku. Nak bercinta dengan Zharif, entah esok lusa dia bawak aku pergi kedai mamak saja agaknya kot.

Semenjak aku kenal dengan Zharif, salah satu perangai lelaki itu yang aku tiru tanpa sengaja ialah menjulingkan mata ke atas. Padahal sebelum ini kalau aku malas melayan pun, aku hanya menyindir terus.

"Driver? Kau biar betul?" memang jelas wajah Sarah macam tak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar. Aku yang tengok reaksi dia macam tu, semakin bertambah perasaan pelik. Yelah, sekali tengok pun dah tahu Zharif tu memang keturunan miskin-miskin.

Sarah baru kenal Zharif sebab dia baru balik dari Australia, tinggal di sana. Dia ke Malaysia ini pun sebab nak handle syarikat mereka di sini.

Berbalik kepada Zharif, aku masih tak habis fikir macam mana Sarah boleh cop mamat tu sebagai boyfriend aku? Tak, masalahnya, tak perlu tengok lain, tengok sahaja penampilannya yang dah macam homeless dah aku tengok. Rambut serabai. Cuma satu jelah, kulit dia bolehlah dikatakan cerah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pemandu Cik EvelyneWhere stories live. Discover now