TENTANG PCE

3.1K 166 30
                                    

Assalamualaikum, since ramai jugak yang minta kisah Zharif dan Evelyne ni, here we go. Sis publish balik dalam versi belum edit.

Selamat membaca.

SINOPSIS

Zharif, Evelyne. Sekali pandang, disangkakan pasangan kekasih. Ke mana-mana sahaja mereka pergi, pasti ramai yang akan menyangka mereka merupakan pasangan kekasih yang bakal menuju ke jinjang pelamin.

Berkali pandang, tetap juga mereka dikatakan sebagai satu pasangan yang cukup serasi untuk bersama. Namun, segalanya berubah apabila kedua-duanya membuka mulut.

"Bercinta? Dengan dia? Memang taklah sebab.." - Evelyne Roola Amanda

"Sebab dia ni anak majikan saya. Saya ni driver dia". - Khairul Zharif

Setiap hari, pasti ada sahaja benda yang akan membuatkan mereka berdua bergaduh. Evelyne dengan sikap angkuhnya, manakala Zharif pula dengan sikapnya yang suka membalas kata-kata Evelyne.

"Kau ni memang tak sedar diri ke? Kau tu driver je. Jangan berlagak macam kau tu anak papa aku!" - Evelyne Roola Amanda

"Eleh. Nak suruh orang sedar diri. Cik tu yang kena sedar diri. Dahlah 'Pembaris', ada hati nak menyamar jadi manusia". - Khairul Zharif

Rasa benci Evelyne terhadap Zharif semakin menjadi-jadi apabila papanya sentiasa menangkan pemuda itu dalam segala hal. Yelah, dah muka pun suci dalam debu, pijak semut pun tak mati, siapa yang nak percaya kalau lelaki itu seringkali membulinya?

"Papa takkan tukar driver baru. Zharif ni elok je papa tengok. Muka handsome, badan pun macam model. Kalau Lyne putus dengan Ayrill nanti, bolehlah Zharif jadi pengganti". - Dato' Kamal Audrey

Semakin galak Evelyne ingin singkirkan Zharif dan Zharif ingin jauhkan diri daripada Evelyne, semakin kuat takdir mendekatkan mereka berdua apabila mereka dipaksa kahwin dengan alasan perjanjian lampau.

"Kau jangan ingat aku akan terima kau dengan mudah. Aku akan buat kau tak betah beristerikan aku". – Evelyne

"Macamlah orang nak sangat kahwin dengan dia". – Zharif

Sedang Evelyne sentiasa berusaha untuk hapuskan Zharif, tanpa sengaja rahsia lampau sedikit demi sedikit mulai terbongkar. Dan apabila terbongkar sepenuhnya, tika itu hatinya sudah terpaut kasih pada Zharif membuatkan dia keliru untuk memilih antara hati dan maruah keluarga.

"K-kau siapa sebenarnya ni?" – Evelyne

Rahsia apakah yang tersimpan sekian lama? Dan adakah rahsia itu bakal memusnahkan rumahtangga yang baru dibina? Atau rahsia itu bakal menyatukan mereka berdua?

Pemandu Cik EvelyneWhere stories live. Discover now