PROLOG

2.4K 218 14
                                    

Bismillahirrahmanirrahim. Do vote and comment guys ❤️

ZHARIF💍EVELYNE

DATO' Audrey, pereka fesyen terkenal seluruh dunia sedang mencari kelibat puteri tunggalnya. Dalam ramaian orang begini, agak sukar dia mahu kenalpasti di mana gadis comel itu berada.

Sedang diri dicari, Evelyne pula sedang sibuk mengkaji ruangan dewan hotel yang sangat mewah ini. Di usia tujuh tahun begini, dia memang sudah bisa membaca. Di dinding dewan ini terukir tulisan NA Hotel. Dan di usia ini juga, dia hairan kenapa ramai sangat orang begitu bangga kalau sudah pernah menginap di hotel ini.

"Boringnya. Papa lama lagi ke ni?" dia menjungkit sedikit membuatkan beberapa pasang mata memandang ke arahnya.

"Kenapa dik? Cari papa ke?" tanya salah seorang tetamu yang hadir. Evelyne geleng kepala sambil menguap panjang.

"Kalau papa saya cari, bagitau papa yang saya pergi tandas," pesannya, lagak seperti seorang gadis dewasa.

Tanpa menunggu jawapan daripada lelaki itu, dia pun terus berlalu sambil menarik hujung gaun labuhnya yang dirasa agak membataskan pergerakannya.

Di pintu utama, dia dapat melihat ada dua orang pengawal yang menjaga. Jadi, cepat-cepat dia berlari mendapatkan salah seorangnya.

"Uncle, uncle. Please open the door," pintanya sambil menarik hujung kot salah seorang pengawal tersebut. Dek rasa terganggu, pengawal itu pun menunduk dan gelengkan kepala sebab majlis akan bermula sebentar lagi.

"No, adik tak boleh keluar dari sini kalau tak diteman mak ayah".

Jawapan daripada pengawal itu membuatkan Evelyne rasa tercabar.

"Kalau uncle tak bukak pintu ni, saya jerit kuat-kuat!" ugutnya sambil memandang tajam ke arah pengawal beriak beku itu.

Pengawal tersebut memandang kawannya sambil memberikan isyarat mata. Kawannya pula hanya anggukkan kepala lantas pintu utama terbuka membuatkan yang lain mula memandang ke belakang. Setelah mengetahui apa yang terjadi, mereka kembali fokus menanti kesemua tetamu hadir pada majlis malam tersebut.

Beberapa orang tetamu masuk, Evelyne pula keluar. Disebabkan tetamu yang hadir agak ramai, sedikit demi sedikit dia mula tersasar. Ruangan hotel ini sangat luas dan dia berusaha untuk cari kawasan yang jauh daripada orang ramai sehingga dia tak sedar yang dia semakin jauh daripada dewan hotel.

Tangga demi tangga didaki, tidak cukup itu, dia masuk dalam lif dan tekan semua nombor yang ada tanpa mengetahui destinasi yang ingin dituju.

Setelah cahaya pada butang lif sudah di angka yang terakhir, barulah anak kecik itu keluar daripada lif.

Apabila dia sudah sedar yang sekarang dia berada di kawasan yang agak asing baginya, kaki kecil itu pun melangkah mencari jalan. "Papa... Lyne kat mana ni?" suara Evelyne bergetar dengan mata yang sudah berkaca. Dengan tubuh kecilnya ini, seluruh kawasan ini kelihatan sangat besar dan luas.

Macam mana dia nak cari dewan di kawasan seperti ini. Masuk lorong itu, bilik hotel. Lorong ini, bilik hotel. Tiada satu pun yang menunjukkan kawasan dewan dan ramaian orang seperti tadi.

Dia berlari ke sana sini, sehingga akhirnya bertemu lif. Apabila jari kecil itu ingin menekan punat tersebut, tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang dari belakang dan tanpa sedar, dia terikut langkah orang tersebut.

"Awak nak bawak saya pergi mana?" soal Evelyne cemas apabila melihat seorang budak lelaki sedang berlari dan menarik tangannya. Dan apabila mereka sudah berselindung di sebalik dinding, cepat-cepat budak lelaki itu menekup mulutnya.

"Kau nak buat apa? Kau gila ke? Dekat sini ada orang jahatlah!" marah budak lelaki itu sambil jengukkan kepala, memandang ke kawasan lif.

Evelyne memandang sahaja wajah budak lelaki yang comel pada pandangannya. Walaupun wajahnya gusar, tapi kelihatan dia agak comel. Macam patung dekat rumahnya.

"Ada orang tak keluar dari lif tu?" tanyanya lagi sambil lepaskan tekupan tangannya pada mulut Evelyne. Evelyne pula hanya menggeleng sambil keluarkan sapu tangan dari kocek gaunnya.

Tanpa disuruh, cermat sahaja tangan kecilnya mengesat peluh pada dahi budak lelaki tersebut. "Awak buat apa sampai peluh macam ni?" tanyanya ramah. Dia bukanlah seorang yang peramah, lagi-lagi dengan budak lelaki. Tetapi dengan lelaki ini, entah kenapa dia dapat rasa yang lelaki ini seperti abangnya.

Walaupun dia anak tunggal.

Budak lelaki itu mengeluh. "Aku nak tangkap orang jahat. Kau pulak, buat apa kat sini?"

"Tadi saya keluar kejap, tapi tak lama lepas tu saya sesat. Tak tahu jalan mana nak balik dewan hotel," adunya sambil bersandar pada dinding.

Kepala dijengukkan ke arah lif dan kemudian tangga kecemasan. Masih belum ada sesiapa di situ. Bencinya dia jadi budak, tiada siapapun yang percaya bahawa malam ini akan ada sekurang-kurangnya satu nyawa yang akan terkorban.

Punyalah dia bersungguh cakap ada pembunuhan akan berlaku malam ini, tapi malang. Kata-katanya hanya dibalas dengan gelak tawa.

"Jauhnya kau pergi. Macam mana boleh tersesat sampai sini? Dahlah, lepas ni aku bawak kau balik dewan. Lepas aku dah dapat pastikan kawasan tu selamat". Baru sekejap sahaja ayat itu berlalu, tiba-tiba kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan di kawasan berdekatan.

Melihat Evelyne yang hendak menjerit, terus dia tekup mulut budak itu sambil beri isyarat senyap.

"Bahaya dekat sini. Kau pergi masuk lif, tekan nombor 3. Dan bagitau ada bunyi tembakan dekat bumbung. Kalau takde siapa yang percaya, kau bagitau mak bapak kau. Pergi cepat!" budak lelaki itu menolak tubuh Evelyne setelah dia berjaya cam arah tembakan itu.

Dia dan Evelyne berada di tingkat paling atas hotel. Dan, di tingkat atas pula adalah bumbung hotel. Sebab tu dia hairan macam mana gadis kecil itu boleh berada di kawasan sejauh ini?

Evelyne gelengkan kepala dengan wajah ketakutan. Ini kali pertama dalam hidupnya mendengar bunyi tembakan yang begitu jelas pada pendengaran telinga. "Takut," adunya sambil berpeluk tubuh. Matanya sudah berkaca sambil anak mata memandang ke kiri dan ke kanan berkali-kali.

Budak lelaki itu mengeluh. "Takde siapapun dekat lif tu. Diorang dah berkumpul dekat atas. Dah, meh sini aku temankan," sambil dia merungut, dia pun memimpin Evelyne yang jelas tangannya terasa sejuk dan berpeluh.

Punat lif ditekan dan apabila terbuka, dia pun menolak Evelyne masuk ke dalam. Evelyne yang kelihatan masih enggan masuk, membuatkan dia terpaksa melangkah masuk juga.

Kemudian, dia pun menekan butang nombor tiga. "Bagitau yang lain," pesannya sambil segera melangkah keluar apabila pintu lif dilihat ingin tertutup. Nasibnya agak malang apabila sebelah seliparnya tersangkut di dalam lif apabila dia tergesa-gesa keluar.

Belum sempat Evelyne menghalang langkah budak lelaki itu, pintu lif pun tertutup. Mata bulat yang kebasahan kerana air mata itu terkebil-kebil melihat sebelah selipar budak lelaki tadi tertinggal di dalam lif. Nak kembalikan, dia tak tahu macam mana.

Selipar itu dicapai dengan senyuman. "Cinderella?" soalnya seorang diri sambil tersengih.

Berdiri di depan lif yang sudah tertutup lalu memandang sebelah kaki yang bebas tanpa selipar. Rungutan kecil dilepaskan. "Niat nak jadi Detective Conan, dah kenapa pulak nak jadi Cinderella pulak ni?" rungutnya sendiri.

Tak lama kemudian, satu das tembakan sekali lagi dilepaskan membuatkan budak itu hiraukan tentang seliparnya.

"Aku harap kau jangan lupa bagitau yang lain, budak". Omelnya seorang diri sambil kaki tak henti melangkah. Apabila langkahnya melalui kawasan tangga, giliran dia pula ditarik dari belakang dan mulut ditekup.

'Aku kena culik ke?' soalnya cemas.

#Semoga terhibur 😊

Permulaan sentiasa membosankan. Insya Allah minat korang akan ditarik di bab2 pertengahan. Hehe.

Selamat membaca. Assalamualaikum dan selamat malam.

Pemandu Cik EvelyneWhere stories live. Discover now