ICSY - Episode 25

77 10 2
                                    

Lee Bi pov.

Aku masuk ke dalam perpustakaan bersama Yoongi lalu menuju kedalam bilik yang sudah dikhaskan untuk membuat group research. Dalam bilik ini, nak nyanyi dan jerit pun tak apa sebab orang luar tak dengar jadi perpustakaan pun tak bising. Yoongi mengeluarkan buku. "Dah bersedia ke?" Aku mengangguk sambil telan air liur. My first and last exam. Aku study hard tau untuk date dengan Yoongi nanti. "Kalau kau dapat 85% ke atas, aku tunaikan semua permintaan kau. Tapi kalau kau dapat 84% dan kebawah, maaf ehh." Aku hanya mengangguk. Yoongi mengeluarkan kertas dan sebatang pencil. "Nasib Yoongu masih ada buku latihan sekolah menengah. Okay, peperiksaan satu mula sekarang." Aku mula menjawab. Peperiksaan ini mula dengan matematik.

2 jam kemudian.

"Yoongi aku dah siap." Yoongi yang sedang membaca buku memandangku. "Aikk. Baru 2 jam. Confident ke tak ada yang salah?" Aku mengangguk. "Tersangat confident."

"Kau tak guna apa-apa kuasa untuk dapatkan jawapan?" Aku menggeleng. "Hello aku tak main dirty thing okayyy." Aku menggeliat kecil. "Kau nak sambung exam seterusnya harinie atau esok?"

"Harinie. But bagi aku rehat satu jam dulu. Nak ulangkaji balik."

"Hai Lee Bi!" Kami memandang kearah pintu bilik. Taehyung--- tak Hansung? Jungkook pun ada sekali? "Ohh hai hyung." Masam mencuka muka Yoongi. "Apa yang korang buat dekat sini? Maaf bilik nie aku dah tempah dulu." Taehyung menarik kerusi lalu duduk di sebelah Yoongi manakala Jungkook sebelah aku. "Alaaa relax la Yoongi hyung. Kenapa? Kitaorang kacau date korang ke?"

"Date my ass." Mataku membulat. Apa Yoongi cakap tadi?! Dia mencarut?!! "Wow hyung. Senjak bila pandai mencarut?"

"Senjak aku nampak muka korang yang tak handsome nie." Yoongi garu hidung. Acah dia yang paling handsome dekat situ. Eeee menyampah aku tengok. "Lee Bi, boleh tak kau duduk dekat luar? Aku nak meluahkan perasaan dekat dorang nie." Aku mengangguk. "Nak duit. Lapar laa..."

"Ehh kau nie! Ingat aku bank bergerak kau?"

"Alaa boleh laaaaaa."

"Arraseo. Jangan beli makanan dalam universiti. Nanti kalau Dongwoo nampak kau, aku juga yang susah." Yoongi bagi 10000 won kepadaku. Heheee mari kita tengok apa yang boleh kita buat dengan 10000 won nie. Aku keluar dari bilik tersebut.

Dan aku muncul kan diri dihadapan pelajar.

Yoongi kata jangan munculkan diri tapi aku kisah apa.

Keluar sahaja dari perpustakaan, ramai jejaka memandangku. Yang tengah date pun menjeling kearahku. Eee lelaki zaman sekarang kan.

Mereka mengikuti ku ke cafe. Adalah dalam 10 orang macam tu. Tak tahu pula aku ni cantik hiks. Kata manusia vampire kan hodoh.

Aku beratur di kaunter. Disebabkan hanya ada satu cafe di universiti ini, memang panjang la jadinya. Aku rasa satu jam pun tak habis. Lelaki-lelaki tadi disebelahku bersama handphone. Mengambil gambarku senyap-senyap.

"Angel?!"

Angel?

Bukan ke yang panggil aku angel Dongwoo seorang je? Tak kan kot.

"Angel!" Aku memandang ketepi. Kelibat seseorang berlari kearahku. Ahh aku tak gila.

Dia memang Dongwoo!

Dia terus dakap aku. Aku pula termanggu.
"Saya memang tahu awak wujud. Saya tak gila!" Kata Dongwoo. Ermm macam nak nanges pula aku dengar suara dia. "Ehh hello!" Badan Dongwoo direntap kasar dengan lelaki-lelaki yang mengikuti aku tadi. "Kau siapa?"

"Kau tanya aku siapa? Aku boyfriend angel!"

Erk...

"Orang cantik macam bidadari nie bercinta dengan lelaki macam kau? Heh! Perasan apa kau ni?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 12, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

VAMPIRE BLOOD + I CAN SEE YOUWhere stories live. Discover now