ICSY - Episode 3

524 39 0
                                    

Lee Bi berjalan di belakang Yoongi. Mengapa lelaki ini menyebut nama Seok Jin tadi? Adakah dia sudah mengingati segalanya? Tiba-tiba Yoongi duduk di atas sebuah bangku lalu menumbuk bahunya. Penat barangkali mengangkut barang-barang yang dibeli. "Biarlah aku angkut bawa rumah. Jap lagi aku datang balik." plastik-plastik pelbagai warna itu diangkut Lee Bi lalu dia hilang. Yoongi termenung sendirian.

Semasa Yoongi mengalami sakit kepala...

Bayang-bayang seorang lelaki yang sedang memasak hadir. Dia turut dilengkapi pakaian tukang masak.

"Seok Jin oppa." lelaki itu berpaling. Orang yang paling dekat dengannya turut berada di situ.

Yoongi mengeluh. Mengapa Lee Bi turut berada di situ? Dan mengapa juga Lee Bi memanggil lelaki tersebut dengan panggilan oppa? Adakah Lee Bi turut mengenali lelaki itu? Tadi, semasa nama Seok Jin terpancul di mulutnya, Lee Bi mempamerkan riak terkejut.

Aku ke yang bunuh Lee Bi?

Yoongi meraup mukanya kasar.

Ingatan Lee Bi dah kembali? Adakah dia nak membunuh aku?

Yoongi mengeluh. Tapi, kalau Lee Bi nak balas dendam mungkin Yoongi dah mati dibelasah dia di sekolah hari itu. "Jauh termenung." Yoongi sedikit terkejut bila bahunya ditepuk. "Yoongi ahh, cantik tak baju nie? Kalau cantik, belikan la untuk aku. Style aku nie." baru Yoongi tahu yang belakang kerusi yang dia duduk adalah kedai baju. Yoongi memandang Lee Bi atas bawah.

Yoongi terpegun seketika tapi cepat-cepat dia membuang perasaan itu. "Tak ada duit." Lee Bi mempamerkan riak sedih. "Arraseo!"

"Jom balik. Mesti kau dah lapar kan?" Lee Bi mengangguk. "Arra! Khaja!"

.

Lee Bi berjalan di atas rooftop sementara Yoongi memasak. "Eo? Unnie!" tubuh Lee Ra didakap. "Unnie, plan kita berjalan dengan lancar kan?" Lee Ra mengangguk. "Dalam 3 minggu lagi, berita akan mempamerkan wajah Lee Bi. Pembunuh ialah Seok Jin." Lee Bi ketawa. "Seok Jin marah ke bila dapat tahu?" Lee Ra mengangguk.

"Namjoon oppa ada kata tak bila memori Yoongi akan balik?" Lee Ra menggeleng. "Tapi unnie, roh akan pergi bila dia dah tahu apa sebab dia mati."

"Aniyo. Saeng tak ingat ke yang saeng sememangnya di hospital sekarang?"

"Huh?"

"Namjoon oppa kan terbagi poison yang vampire tak boleh minum."

"Ehh? Bila masa?"

"10 minggu yang lalu. Jom ikut unnie." mereka sama-sama hilang.

.

"Lee Bi ahhh!" Yoongi menjerit. Dicari Lee Bi pelbagai sudut tapi hampa, Lee Bi tidak ada juga. "Dia nie selalu hilang." Yoongi pergi pula ke ruangtamu. Bibir Yoongi hampir menyumpah bila Lee Bi berada di situ. "Buat aku risau je. Yah!" Lee Bi senyap. Tidur barangkali. "Apa benda nie?"

Dear Lee Bi.
Kalau ini yang kau nak, arraseo. Oppa tak akan apa-apakan Min Yoongi tapi, kau kena mati. Mungkin kau boleh lari dari oppa tapi....

Dahi Yoongi berkerut. "Huh?" Lee Bi menggeliat kecil. "Ehh!" cepat-cepat Lee Bi merampas kertas tersebut. "Kenapa nama aku ada dekat sini?" Lee Bi menunduk. "Lee Bi ahh, apa hubungan kita?" Lee Bi menghilangkan diri. Muka Yoongi merah menahan marah.

"Kurae! Keojyeo!" Yoongi menghempaskan badan pada sofa. Menyebalkan sahaja bercakap bersama hantu yang bernama Lee Bi itu.

Lee Bi memberikan kembali surat tersebut pada Lee Ra. "Unnie, done. Tapi, unnie pasti ke yang dia akan ingat siapa Lee Bi dengan cara ini?"

"Ya. Unnie pasti. Hanya tunggu berapa minggu lagi. Nae?" Lee Bi mengangguk.

Manakala Min Yoongi..

"Omma, Yoongi dalam perjalanan balik." Yoongi menghantar mesej itu kepada Yoongu, adik perempuannya. Yoongi menutup makanan yang terhidang dengan tudung saji. Screen handphone yang bernyala dicapai sementara tangan sebelahnya mula mengikat tali kasut..

"Bwo?!" lonceng rumah mula ditekan. "Yoongi hyung!" bibir Yoongi menguntumkan senyuman. "Omma! Yoongu!" cepat-cepat Yoongi membuka pintu tersebut. "Bogoshipeo!" Yoongi memeluk kedua-dua perempuan yang berada di dalam hatinya. "Rindu je kau kata? Tak nak bagi aku dengan omma masuk ke?" tubuh Yoongi ditumbuk perlahan. Yoongi ketawa. "Kalau boleh, tak payah masuk pun tak apa."

"Mworagu?! Yah!" maka, rumah kecil yang mempunyai 3 buah bilik itu tempat mereka berkejaran.

10 minit selepas itu..

"Aigoo! Banyaknya makanan. Kamu masak ke Yoongi?" pertanyaan Puan Min diangguk Yoongi. "Macam tahu-tahu je kitaorang nak datang." Yoongi menjeling Yoongu. "Siapa nak masak untuk kau? Itu untuk roomate aku." Puan Yoon dan Yoongu sama-sama mengecilkan mata memandang Yoongi. "Roomate Yoongi balik kampung tadi. Tak sempat nak bagi dia sebab Yoongi terbangun lewat. Ingat nak bagi supries tapi dia dah bagi dulu. Omma makan la. Rasa air tangan Yoongi pula. Heee~" Yoongi senyum kambing.

SARANG : teringat nama author yang Suamiku_Kambinghitam tu. Huhuhu

Author : mekasih *bangga diri sekejap sebab ramai masih ingat tentang diriku yini*

"Masinnya Yoongi! Aigoo!" Yoongi blur seketika. "Yah! Kamu letak garam dalam nie berapa senduk huh?!"

"3 senduk."

"Woi! Kau nak membunuh orang ke apa?!" Yoongi tepuk dahi.

Baharu dia ingat yang makanan itu 'dikhaskan' untuk Lee Bi.

Ya, dia sengaja membubuh 3 senduk garam pada setiap makanan. Dan sekarang makanan itu telahpun dibuang Puan Yoon.

Lee Bi! Haishhh! Membazir je!

Yoongi menyumpah serana. Semua ini disebabkan hantu itu.

VAMPIRE BLOOD + I CAN SEE YOUWhere stories live. Discover now