ICSY - Episode 20

362 32 1
                                    

Author note ;
Author tahu korang nak malas baca author note dekat bawah sebab author pun macam tu gak. Heol. Author nak bukak QNA untuk cast dalam cerita ni. Komen la apa yang korang pendam. Bagi QNA dekat author ke, nak kecam author or tak puas hati dengan author, haa komen-komen. Saia dan cast amat menantikannya.

"Yoongi, boleh kita bercakap sebentar?" meja belajar Yoongi ditepuk seseorang. Yoongi mendongak.

Ohh, Hae Jin.

"Nae? Cakaplah." Yoongi kembali membaca buku. "Bukan dekat sini." Yoongi memandang Hae Jin pelik. Mengapa perempuan ini? "Kenapa tak boleh cakap dekat sini?" Hae Jin rooling eyes. "Hish! Soalan privasi. Mana boleh tanya dekat sini."

"Privasi?" pipi Yoongi memerah. Jangan cakap yang Hae Jin akan berkata yang dirinya suka Yoongi.

Atau ajak Yoongi keluar minum bir.

Atau tidur bersama--

"Ya privasi. Khaja." tangan Yoongi direntap Hae Jin. Dia hanya mengikuti langkah Hae Jin walaupun dia tak tahu yang Hae Jin membawanya kemana.

.

Tangan Yoongi dilepaskan setelah mereka tiba di taman belakang universiti. Taman ini sunyi setelah kes pembunuhan melibatkan pelajar dan profesor dua tahun lepas. "Kenapa bawa saya ke sini?" tanya Yoongi. Kadang-kadang mata sepet itu akan memandang sekeliling tanda dia turut takut. "Masa awak hilang." mata Yoongi jatuh ke arah Hae Jin yang sedang berdiri di hadapannya. "Ada benda pelik yang bersama dengan awak?" Yoongi berfikir sebentar. Rasanya dia bangun dalam keadaan yang mamai dan kotor dan--

Mahkota?

Yoongi mengangguk. Hae Jin ingin menjerit tapi ditahan. Gembira barangkali kerana mahkotanya bersama Yoongi.

Lelaki vampire yang tak guna kerana telah menghilangkan sesuatu yang sangat beharga. "Awak simpan dekat mana mahkota tu?" Yoongi mendiamkan diri. "Mungkin ada di to--"

"Yah Yoongi hyung!" percakapan Yoongi terhenti. Hae Jin menjeling lelaki tersebut. "Khaja. Professor Lee panggil."

"Kejap! Aku tak habis lagi bercakap dengan dia." hampir sahaja tangan Taehyung meraih tangan Yoongi, tangan Hae Jin terlebih dahulu menahan tangan Taehyung. "Dan kau bukan siapa-siapa yang boleh melewatkan professor untuk berjumpa dengan Min Yoongi." Yoongi bangun lalu meninggalkan Hae Jin dan Taehyung berdua.

"Dan kau bukan siapa-siapa yang boleh sentuh tangan aku!" Taehyung merentap tangannya lalu meninggalkan Hae Jin. Hae Jin mengeluh perlahan. Mungkin balik nanti dia akan diberi hukuman berat.

Yoongi hanya berjalan ke hadapan tapi dia dengar apa yang Taehyung katakan. Mungkin Taehyung dan Hae Jin mempunyai masalah cinta.

Tapi jika Taehyung dan Hae Jin bercinta, adakah Hae Jin juga vampire? Dan mengapa dia kelihatan gembira bila Yoongi berkata bahawa mahkota itu ada bersamanya?

Apa yang ada disebalik mahkota milik Hae Jin?

Serabut Yoongi memikirkan semua ini.

.

VAMPIRE BLOOD + I CAN SEE YOUWhere stories live. Discover now