Episode 3

2.4K 181 2
                                    

Jungkook mengambil satu anak panah dam memasangkan anak panah tersebut pada bunsur pemanah dan terus mengacukan pada tangan yang sedang mencekik Kim Bi.

"tak guna kau Jungkook ! Kau guna kuasa pembayangan !" serentak dengan itu anak panah dilepaskan. Kim Bi jatuh apabila queen guardian black mencampak Kim Bi ke dinding. Terbatuk-batuk Kim Bi apabila kehilangan nafas.

Api kemarahan queen guardian black memakin membuak-buak. Nasib dia sempat membaling Kim Bi dan mengelak. Queen guardian black membaca mantera sambil menutup mata.

Dengan tiba-tiba Jungkook dan Kim Bi terapung. Keliling mereka dikepung oleh sekumpulan asap hitam menyebabkan diri mereka tidak dapat bergerak malahan terasa ada tangan yang memegang mereka.

"ha ha ha ! Puak vampire memang puak yang lemah !" queen guardian black kembali mencapai salah-seorang bayi kembar itu.

"tak ! Kau tak boleh ambil dia !!" jerit Kim Bi.

"tunggu la suatu hari nanti, aku jadikan puak vampire sebagai hamba aku. Ha ha ha" queen guardian black mencapai pula bayi kedua diraja.

"Eun Min ! Hentikan kejahatanmu !" seakan-akan baru tersedar sesuatu, raja vampire terus menaiki tangga menuju ke bilik permainsuri.

"siapa kau mahu menentang aku ?"

"apakah kau lupa yang aku salah seorang daripada 3 raja puak yang terkuat ? Aku boleh menyedut darah kau bila-bila masa sahaja"

"itu semua tidak penting ! Kau sudah mengambil darah anakku untuk menjadikan kau kuat ! Kini, aku ingin membalas dendam. Aku akan merobek hatinya dan mengeluarkan jantungnya untuk menjadikan aku kuat. Kuat daripada 3 raja puak yang lain"

Dengan sikap yang marah, raja vampire mula menggigit hujung jari telunjuk sebagai tanda dia sudah menyerap masuk darah queen guardian black ke dalam badan raja vampire.

Queen guardian black jatuh terjelopok sambil menggigil.

Tiba-tiba datang 2 orang anak kepada queen guardian black.

"omma !" mereka terus mendapatkan queen guardian black.

"tolong omma. Baca mantera yang berada di dalam kocek baju omma. King vampire akan menjadi lemah" salah-seorang anak queen guardian black meraba isi poket baju yang dipakai queen guardian black.

Setelah menjumpai mantera itu, dia membacanya.

Tali pemindahan darah yang tidak boleh dilihat melalui dengan mata kasar terputus.

Cahaya hitam menolak raja vampire dan menyebabkan badan raja vampire terhentak kuat pada dinding.

Raja vampire kehilangan nafas.

Queen guardian black segera mendekati raja vampire dengan senyuman yang banyak maksud tersirat.

"kau patut mati !" serentak dengan itu, queen guardian black nencucuk jantung vampire dengan sebilah pisau bewarna perak.

"oppa !!!!!" queen vampire mencampai tangan king vampire yang berada di sebelah katil yang sedang dia baring.

King vampire mencapai tangan isterinya dan tersenyum dan dia menjadi debu.

"auchh" Jungkook dan Kim Bi pula terjatuh daripada terapung.

Awan menjadi gelap. Langit berterusan mengeluarkan petir.

Queen vampire merangkak turun daripada katil tanpa pengetahuan queen guardian black. Dia menggunting segenggam rambutnya dan meletakkan di atas kotak lalu mulutnya terkumat-kamit membaca mantera supaya menghidupkan matahari.

"sial ! Siapa yang berani kacau aku ?!" kelihatan matahari terbit di sebelah barat. Puak vampire sudah berlari lintang-pukang menyelamatkan diri.

Kim Bi dengan berhati-hati menolak queen guardian black yang sedang memegang kembar itu daripada belakang.

Buk.

Salah-seorang bayi yang tercampak dari pegangan queen guardian black apabila ditolak oleh Kim Bi terus ditangkap Jungkook lalu dibawa lari.

To Be Continue_

VAMPIRE BLOOD + I CAN SEE YOUWhere stories live. Discover now