ICSY - Episode 15

408 32 7
                                    

Hari ini dia sakitkan hati aku lagi. Ya, seperti biasa kami akan bergaduh.

"Berambus! Keluar dari rumah aku!"

Buku yang aku pegang aku tatap. Yoongi marah aku kerana menyentuh barang peribadinya iaitu kasut kanak-kanak perempuan.

Diulangi, kasut kanak-kanak perempuan.

Aku mengeluh. Rasa macam dah fade up dengan semua nie. Sentuh pun tak boleh, tersalah cakap pun tak boleh. Habistu? Takkan aku nak berdiam diri?

"Kenapa termenung?" aku mendongak.

Yoongu.

"Tak ada apa la." Yoongu duduk di sebelahku. "Kasut tu kasut Lee Ra semasa kecil. Sebab tu Yoongi marah kalau sesiapa pegang barang-barang Lee Ra."

"Huh? Mana dia dapat? Dan dia ingat Lee Ra unnie siapa?" aku bertanya. "Dia kan kawan Lee Ra masa kecil. Yoongu yang simpankan semua barang Lee Ra dekat kotak tu selepas Yoongu datang ke rumah oppa. Yoongi tak ingat Lee Ra siapa tapi dia jumpa banyak benda dan itu buatkan dia tertarik. Sebab tu dia marah jika barang dia disentuh." adakah ini bermakna Lee Ra unnie harus menggantikan aku supaya Yoongi dapat semua ingatan dia kembali?

Ya, Lee Ra unnie harus membuat Yoongi seperti sedia kala.

Yoongi pov

Tok! Tok! Tok!

Aku bangun dari tempat tidur. Aman satu hari tak ada hantu tu. "Na--" belum sempat aku membuka pintu besar-besar, malah belum sempat aku membuka mata besar-besar, seorang memelukku. "Nuguya?!" aku menolak tubuh perempuan ini. "Yah! Asal kau peluk aku huh?!" hantu nie spoil mood betul la. "Yoongi! Tak ingat saya ke?" apa hantu nie merepek? Aku membuat poker face.

"Min Yoongi!"

"Apa dia? Kau nie aku dah halau kau still balik rumah kan? Tak tahu malu ke?!" dia agak terkejut. Okay, bukan terkejut tapi nampak nak menangis. Dah kenapa pula hantu jadi cenggeng macam nie?

"Selama kita berkahwan awak tak pernah tengking saya." dia menangis. "Saya susah-susah datang dari Canada sebab nak jumpa awak tapi macam nie awak layan saya? Hati saya patah." aku tak silap dengar kan? Canada? Maknanya nie bukan hantu tu! "Erkk.. Kau siapa?" lagi kuat dia menangis. "Sampai hati awak guna kau-aku?"

"Sampai hati juga awak tak ingat saya!" aku mengusutkan rambut. Serabutnya perempuan nie. "Ak-- saya minta maaf. Tapi awak siapa? Saya amnesia 6 bulan yang lepas jadi saya tak boleh tahu awak siapa." aku menepuk-nepuk bahu perempuan ini. "Kenapa awak tak bagitahu yang awak amnesia?" dia mengelap air matanya. Nak je aku jawab kau-datang-tiba-tiba-terus-peluk-aku-macam-mana-aku-nak-explain? Tapi ayat itu macam kurang ajar jadi aku hanya bercakap di dalam hati. Takut hati tisu perempuan ini akan menangis lagi. Tak pasal-pasal aku viral sebab buat perempuan menangis. "Jom masuk dalam." aku memimpin tangannya lalu dia duduk di atas kerusi.

"So--"

"Annyeong! Lee Ra imnida." dia menundukkan kepala. Lee Ra? Ahh, my childhood friend! Tapi kenapa muka dia sama dengan muka Lee Bi?

Senyap.

Dia berdeham. "Saya rasa saya kena balik kut. Lagipun dah malam dan awak takkan pernah ingat saya." ucapnya sedih. Aku pula yang rasa bersalah. "Awak tak nak bermalam di sini?" ada sinaran dalam matanya. "Boleh ke?"

"Kalau kecil-kecil kita boleh tidur sekatil tapi takkan bila dah besar kita tak boleh tidur serumah?" tiba-tiba Lee Ra memelukku. "Gumawo! Yeyyy!" dia berlari terus ke dalam bilik aku. Muka sama dengan Lee Bi. Perangai pun hampir sama.

VAMPIRE BLOOD + I CAN SEE YOUWhere stories live. Discover now