MVSL : OM 14

21 2 0
                                    

Everyday HyperMarket

"Hana.. Ni buah apa?" Soal seorang wanita kepada seorang kanak-kanak perempuan yang berada di dalam trolley yang ditolak olehnya.

"오렌지 (Olenji)" Balas kanak-kanak itu sambil tersenyum.

"Bukan sayang. Ni buah oren.."

"Olen?" Tawa terus meletus dari mulut wanita itu.

"Ok.. Ni pula buah apa?" Sesikat pisang ditayangkan di depan mata kanak-kanak itu.

"바나나! (banana!)"

"말레 이어? (In malay?)"

"몰라.. (Don't know..)" Mulut kanak-kanak itu sudah dimuncungkan ke hadapan.

"Mulai sekarang, mama janji yang mama akan pastikan Hana fasih bahasa melayu yerr sayang" Ujar wanita itu sambil tersenyum.

'And you don't keep your promise..'

Embun Resort

Aku membuka mata perlahan-lahan apabila terdengar dengkuran kecil. Aku sekarang berada di dalam khemah sendiri, tetapi bukan bersendirian. Izzaty yang dibuai mimpi dipandang lama sebelum pandangan aku teralih ke kaki yang sudah berbalut. Keluhan kecil dilepaskan.

'Nasib terseliuh je..'

Pintu khemah dibuka perlahan-lahan agar tidak mengejutkan Izzaty. Telefon pintar dicapai terlebih dahulu sebelum aku membuka langkah ke sebuah pondok yang tidak jauh dari tapak khemah. Nombor seseorang dicari sebelum aku menghantar mesej kepadanya.

Agent A

Report

Nothing curious at all.
We'll keep an eyes on them

Keep in touch with me

Yes miss!

Don't dissapoint me.

Telefon ditapak tangan digenggam erat. Aku termenung seketika sebelum aku memandang ke belakang.

"Show yourself" Ujar aku sambil memandang ke sebuah pokok yang berdekatan dengan pondok itu.

"Ni aku.." Satu figura keluar dari belakang pokok lalu menghampiri aku.

"Apa kau nak?"

"Malam ni aku on duty" Aku hanya menganggukkan kepala lalu memalingkan semula wajah ke depan.

"Kaki kau macam mana?"

"Ok je. Ahh, thanks for earlier"

"My pleasure" Aku hanya mengangkat kening sebelah.

"Can I ask you some favour Zain?" Soal aku sambil memandangnya.

"Tengoklah macam mana. Kalau aku boleh tolong tu.. Aku tolong"

"Kau punya team selalu awal dari team yang lain. Aku nak masa aktiviti night walk nanti.. Kau tolong perhatikan WB" 

"For what?"

"Just do it" Aku mula mendesak Zain.

Mission VS Love : Our MissionsWhere stories live. Discover now