MVSL : OM 11

38 7 1
                                    

Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang mengangis teresak-esak di samping seorang wanita yang terbaring lemah. Di perut wanita itu terdapat sebilah pisau yang menembusi organ dalamannya.

"Mama.. Mama.. Bangunlah mama.." Kanak-kanak perempuan itu menggoncangkan badan wanita tersebut.

"M-maaf sayang.. Mama tak dapat bersama dengan sayang lagi.."

"Mama..."

"Janji dengan mama bila besar nanti jadi seorang perempuan yang kuat dan berguna. Jangan susahkan papa. Faham tak sayang?" Suara wanita itu mula tenggelam. Kanak-kanak perempuan itu hanya menganggukkan kepala beberapa kali.

"Sayang!" Seorang lelaki meluru masuk ke dalam bilik yang berada di hujung bangunan yang hampir musnah itu.

"B-bawa dia pergi sekarang.."

"Tak.. Tak.. Kalau abang sampai cepat tad-"

"Now abang.. I don't have much time left" Air mata lelaki itu mula mengalir.

"Maafkan sayang sebab tak dapat jaga dia sampai dia besar. Sayang amanahkan dia dekat abang. Jaga dia baik-baik.." Lelaki itu mengucup dahi wanita itu untuk seketika. Isterinya dipandang sayu sebelum dia mendukung kanak-kanak perempuan itu.

"Lepaslah papa! Nak mama! Nak mama!" Pekik kanak-kanak perempuan itu. Wanita itu menghantar pemergian suami dan anaknya melalui ekor mata.

'Mama sayangkan Hana..'

Matanya mula berasa berat sebelum semuanya menjadi gelap untuk selama-lamanya.

"Semoga tenang di sana sayang.."

2 Star Light

Aku terjaga dari tidur setelah bermimpi sesuatu yang ngeri. Muka diraup beberapa kali sebelum aku menoleh ke sekeliling.

"Kelas?" Aku mula menghadam kembali bagaimana aku boleh sampai ke dalam kelas.

"Tak guna kau Noah.." Penumbuk dikepal.

Flashback

"Aku tunggu kau dekat arah barat"

"Roger"

Aku bergerak dengan pantas melepasi semua bangunan kilang. Sesekali, aku akan memandang ke belakang untuk memastikan tiada sesiapa mengetahui kehadiran aku ke sini.

Aku lebih suka menjalankan misi dengan keadaan yang aman dan tenang. No war. Kadang kala aku terpaksa meragut beberapa nyawa yang cuba untuk menghalang aku. Ya, aku TERPAKSA.

"Where the hell are you?" Aku mula merungut apabila tidak menjumpai kereta yang dipandu oleh Noah.

"Sinilah setan" Lampu kereta diangkat dari sebalik semak. Aku berdecit perlahan sebelum melangkah ke arah kereta Subaru WRX.

"Ada korban?" Soal Noah seusai aku memasuki ke dalam perut kereta.

"Tak" Balas aku dengan bosan.

"Aikk. Lama juga kau tak bunuh oran-"

"Sebelum aku bunuh kau.. Better kau jalan" Ugut aku sambil bersandar lalu memejamkan mata. Penat. Letih. Lesu. Hanya perkataan itu sahaja yang bermain di fikiran aku. Seusai sampai di Malaysia, banyak misi yang aku perlu handle.

"Besar kecil besar kecil je aku tengok kau ni. Apalah nasib dapat partner perempuan" Bebel Noah sambil menghidupkan kereta. Kereta itu membelah jalan dengan kelajuan yang sederhana.

"Ehh, sekarang dah pukul 5. Kau nak aku hantar kau ke sekolah terus ke apa?" Sambungnya lagi.

"Rumahlah. Awal lagi.." Aku mengeluh perlahan.

Mission VS Love : Our MissionsWhere stories live. Discover now