Part 7

55 2 0
                                    

#BAYANGAN
#CraezyBlack_Rose
#ChapterSeven

"Abang, abang, cuba tengok ni." Kata Alia yang melulu masuk ke bilik wad Zafuan. Zafuan yang pelik melihat Alia segera mencapai kertas yang dihulurkan.

"Saya dapat dari barang-barang Airiena tadi. Airiena..." Alia terdiam seketika.

"Airiena mana Alia?" Zafuan bertanya dengan nada tegas. Dia seperti dapat merasakan sesuatu dari nada suara isterinya. Alia tertunduk menahan airmata yang ingin jatuh.

"Airiena kemalangan tadi, dia ada dekat wad kecemasan sekarang." Ujar Alia perlahan. Airmata yang ditahan tetap mengalir tanpa diminta. Zafuan tergamam mendengar berita itu.

"Saya nak pergi tengok anak saya."

"Abang... Abang belum pulih betul lagi."

"Saya tak peduli. Anak saya lebih penting." Zafuan hampir jatuh saat turun dari katil. Dia memegang kepalanya yang masih terasa sakit.

"Abang..." Alia memanggil seakan merayu namun Zafuan tidak mengendahkannya. Zafuan berlalu ke wad kecemasan dan terus masuk ke dalam mencari Airiena.

"Airiena..." Zafuan terkedu melihat tubuh Airiena yang di pasang bermacam wayar serta oksigen.

"Maaf, encik ni siapa untuk pesakit?" Tanya doktor yang merawat Airiena pada Zafuan.

"Ini anak saya, doktor. Macamana dengan keadaan anak saya." Tanya Zafuan tanpa menunggu Alia tiba.

"Begini encik. Akibat dari hentakan kuat di kepala pesakit, kami belum dapat lagi menyatakan 100% bagaimana keadaan pesakit. Kami sedang menunggu laporan X-Ray dan MRI untuk menyatakan keadaan sebenar anak encik. Buat masa ini kami dapat menghentikan pendarahan di kepalanya dan telah memberikan ubat untuk dia beristirehat sementara kami dapat keputusan MRI." Terang doktor panjang lebar.

"Jadi untuk sementara waktu anak saya tidak akan sedar ke doktor?" Tanya Alia yang dari tadi diam berada di belakang Zafuan. "Saya ibunya." Tambah Alia bila doktor itu memandangnya pelik.

"Ubat yang diberikan akan berkesan sehingga esok tengahari dan laporan kesihatan akan sampai sebentar lagi untuk kita tahu tahap kecederaan Cik Airiena. Buat sementara waktu ini, kita terpaksa tunggu hingga esok untuk mengetahui bahawa Cik Airiena akan sedarkan diri atau tidak." Cerita doktor itu lagi. Zafuan dan Alia hanya mengangguk dan memandang lemah pada Airiena.

"Saya minta diri dulu." Tambah doktor itu apabila melihat Zafuan dan Alia terdiam sambil menangisi keadaan Airiena.

"Baik doktor. Terima kasih." Kata Zafuan dan Alia serentak sambil memandang doktor tadi berlalu.

"Airiena kena kuat. Airiena tak boleh tinggalkan ayah dengan ibu." Kata Zafuan sambil menggenggam tangan Airiena.

'Ayah... Airiena janji Airiena akan bangun esok ayah. Airiena akan lawan ayah. Airiena janji.' Kata Airiena yang berupa roh. Dia berdiri di sebelah jasadnya.

'Teruskan bermimpi. Hahahaha.' Ketawa Eiriana sambil merenung ke arah Airiena, Zafuan dan Alia.

'Aku masih tak faham dengan kau ni. Nama je keluarga kami. Tapi kau jugalah punca aku jadi macam ni. Punya ayah sakit. Apa yang kau nak sebenarnya?'

'Aku nak apa? Hahahaha aku memang tak harapkan kau mati. Sebab kalau kau mati... Aku takkan dapat gantikan tempat kau. Aku takkan dapat semua yang kau punya.'

'Kau dah gila ke apa? Aku adik kau kot.' Marah Airiena sambil menolak Eiriana. Dia sudah pun menjadi roh seperti Eiriana dan itu telah pun menghilangkan rasa takutnya pada Eiriana.

'Gila? Yer memang aku gila. Aku gila sebab mereka. Mereka yang buat aku jadi macam ni. Dan kau. Kau yang rampas semua yang aku punya.' Airiena terdiam mendengar kata-kata Eiriana. Dia memandang ibu dan ayahnya silih berganti.

BAYANGAN [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now