Part 11

42 2 0
                                    

BAYANGAN
#CraezyBlack_Rose
#ChapterEleven

'Bahagiakan. Semua ini tak akan lama Aizat. HAHAHAHA.' Aizat tercari-cari dari arah mana suara itu.

'Kau tunggu. Masanya akan tiba.' bisik Eiriana lagi. Aizat cuba mengawal keresahan. Seboleh mungkin dia cuba berlagak biasa dan berlakon seolah-olah tiada apa-apa.

"Ayah, saya ke tandas sekejap. Kalau ada apa-apa telefon saya ya." Pinta Aizat. Zafuan mengangguk faham.

***************************
"Apa lagi yang kau buat hah! Tak cukup yang kau kena tadi?" Marah Lucas.

"Apa lagi? Apalagi salah aku?" Eiriana berkata di balik cermin.

"Kenapa kau tunjukkan diri pada Aizat tadi? Tak cukup apa yang kau terima pagi tadi? Kau nak terus hilang ke?" Marah Lucas lagi. Eiriana terdiam.

"Haa jawablah! Tadi tanya sangat apa salah kau. Kenapa diam pula? Pergilah lawan dengan Aizat tu." Tambah Lucas.

"Ok ok aku salah. Aku geram sangat tadi. Aku marah sangat sebab tu aku buat macam tu." Luah Eiriana.

"Tolonglah faham. Sekarang kau cuma boleh awasi Airiena. Kau itu roh yang aku ikat. Tanpa aku, kau tak boleh buat macam-macam." Lucas.

"Ya, aku faham." Eiriana.

"Sekarang kau kena pantau adik kau. Bila dia sendirian, kau cuba lagi masuk dalam badan dia tapi kau kena biarkan dia selesa dan tak sedar kau ada dalam badan dia." Lucas.

"Sampai bila aku kena diam dalam badan dia? Aku kena hadap si Aizat tu?" Eiriana mendengus tidak puas hati.

"Sabarlah sayangku. Sementara sahaja. Aku akan buat sesuatu untuk menguatkan roh kau. Kemudian kau boleh menguasai tubuh dia sesuka hati kau." Pujuk Lucas. Eiriana tersenyum dan mengangguk dan menghilang.

**********************
"Ibu, Aizat kena pergi sekejap. Boleh ibu temankan Airiena dahulu." Pinta Aizat di luar wad rawatan. Alia mengangguk dan tersenyum.

"Mestilah boleh. Ibu rasa kamu patut balik rehat. Biar ibu jaga Airiena. Kalau ada apa-apa ibu akan bagitahu kamu." Pujuk Alia.

"Betul tu, kamu baliklah berehat dahulu. Kami ada untuk tengokkan Airiena." Tambah Zafuan menyokong isterinya. Dia memeluk dan kemudian menepuk bahu Aizat.

"Terima kasih ayah, ibu. Aizat terpaksa pergi jumpa seseorang sekarang. Maaf yaa." Ujar Aizat kemudian pergi setelah Alia dan Zafuan mengangguk.

"Hello, saya sampai dalam 15 minit lagi. Baik, jumpa disana." Aizat memutuskan panggilan dan mula memandu keluar. Selang 15 minit dia sampai di sebuah kedai mamak yang di janjikan.

Dia berhenti di tepi kedai sambil menunggu seseorang. Tidak lama kemudian masuk seseorang ke dalam kereta.

"Aizat, tak sempat buat pendinding. Kita kena terus cari pokoknya." Aizat terkejut mendengarnya.

"Kenapa Pak Lang? Jangan kata dia berjaya masuk lagi?" Kata Aizat sambil memandu ke arah yang di tunjukkan oleh pak ciknya.

"Hampir, mereka ada ikatan yang kuat sebab mereka kembar. Lagipun Pak Lang dah tak dapat melihat berdekatan dengan Airiena. Jadi ada kemungkinan dia sudah dapat masuk semula ke dalam tubuh Airiena." Terang Pak Lang panjang lebar. Aizat mengangguk faham dan terus memandu ke arah yang di berikan.

"Jadi apa yang kita boleh buat sekarang?" Aizat.

"Roh Eiriana di ikat dengan bahagian tubuhnya dan dipuja untuk bangkit. Kita kena cari bahagian itu dan bakar." Pak Lang.

"Jadi Pak Lang dah dapat kesan bahagian tubuh Eiriana?" Aizat.

"Ya, tapi kamu kena kuat dan lebih berhati-hati. Sebab yang menjaganya tak kurang hebatnya." Pak Lang.

BAYANGAN [ COMPLETE ]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant