Dear, Dr. Qayeed : Bab 3

1.4K 47 9
                                    

Hari ini aku terlambat ke klinik gigi memandangkan photoshot aku selesai agak lewat berbanding selalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hari ini aku terlambat ke klinik gigi memandangkan photoshot aku selesai agak lewat berbanding selalu. Tak sangka pula, cerewet photographer kali ini. Macamlah aku buat kerja ni baru setahun dua. Geram aku dibuatnya!

Sampai saja ke klinik, Ira sambut aku dengan senyuman manisnya. "Scaling kan hari ni?"

Aku mengangguk. "Tapi saya dah terlewat dari jam yang ditetapkan."

"Itulah. Sekarang ni Dr. Qayeed tengah ada patient. Cik Medina terpaksa tunggu sekejaplah ya. Tak pun, waktu ni Dr. Khairi tengah available, cik boleh buat scaling dengan dia."

Aku berfikir seketika. Kalau ikutkan hati ini, teringin juga nak jumpa Qayeed tapi bila mengenangkan yang si dia sudah berpunya, aku rasa lebih baik kalau orang lain yang mengambil alih tugas Qayeed itu.

"Boleh juga. Sebab saya pun tak boleh lama sangat. Ada kerja lain lagi yang menunggu," alasanku walaupun sebenarnya aku memang ada shooting petang nanti.

"Okey, sekejap ya Cik Medina. Saya bagitahu Dr. Khairi."

Aku setia menanti di hadapan kaunter reception sehinggalah Ira kembali mendekati aku semula. "Okey, cik dah boleh masuk terus ke bilik nombor empat tu ya."

Kali ini aku melangkah tanpa rasa was-was malah pintu bilik nombor tiga yang tertutup rapat itu juga sempat aku kerling sekilas.

Aku tak pasti apa yang Qayeed fikirkan nanti apabila dia tahu, aku menjalani rawatan scaling dengan doktor lain. Mungkin dia fikir aku nak mengelak dari jumpa dia kut.

Ah, biarlah! Yang aku sibuk fikirkan tentang dia ni kenapa? Macamlah aku dengan dia ada hubungan. Baru dua hari berjumpa, dah fikir yang bukan-bukan. Entah-entah dia tak pedulipun sebenarnya.

Kau ingat, dia syok sangat dekat kau ke, Dina? Kalau betul dia nak usyar kau, mungkin dia setakat nak test market aje kut.

Tanpa aku sedar, aku mendengus geram. Kadang-kadang, kata hati pun boleh memakan tuannya sendiri! Huh!

Pintu bilik nombor empat itu aku ketuk dan terus melangkah masuk ke dalam.

"Assalamualaikum," sapa Dr. Khairi ramah.

"Waalaikumsalam," sahutku bersama pembantu Dr. Khairi yang ada di situ juga.

"Ira kata Cik Medina ada scaling treatment hari ni ya?"

"Aah, betul. Saya terlewat sikit dari jam yang ditetapkan oleh Dr. Qayeed." Aku cuba menjelaskan walaupun sebenarnya aku yakin, Ira sudah pun memaklumkan tentang perkara itu kepada Dr. Khairi.

Entah kenapa, perasaan yang aku alami ketika ini tak adalah kekok sangat walaupun aku rasa Dr. Khairi ni baya-baya Qayeed juga. Mungkin dalam pertengahan tiga puluhan.

"Tak apa. Saya boleh gantikan Dr. Qayeed. Dah nama klinik yang sama, kan? Tak kisah siapapun doktornya."

Aku mengangguk lalu tersenyum. Kenapalah waktu check up hari tu aku tak pilih Dr. Khairi? Tak adalah hati ni rasa terikat dengan lelaki yang bernama Qayeed tu.

Kisah Yang Aku InginkanWhere stories live. Discover now