cunning love-23

502 6 0
                                    

Aliyah menangis dibahu Fian. Fian menggosok belakang kawannya memujuk dia agar bertenang. Beberapa minit yang lepas, Aliyah menerjah rumah Fian. Terus dipeluk dia sampailah sekarang.

“ hic..hic..hic Fian.” Tersedu-sedu Aliyah. Mukanya sudah sememeh dengan tangisan dia.

“ ya. Aku ada dekat sini.” Fian memujuk Aliyah lagi.

“ parents aku cakap..dorang cakap...ak..aku kena kahwin hujung bulan ini.” Terkejut Fian mendengar kata Aliyah. woow hebat ingat orang kaya je kena kahwin paksa, orang biasa pun kena juga.

“ ak..aku cakap taknak..tta.ta..tapi ayah cakap itu adalah amanat teakhir arwah kawan ayah dan dia minta aku tunaikan. Aku tak nak!!” sambung Aliyah lagi.

“ lep..lepas itu nenek cakap pula, itu permintaan terakhir dari atuknya sebelum dia akan pergi. Atuk dia tak sampai hati nak tinggalkan cucunya keseorangan ja..jadi dia hendak cepat-cepat tunaikan amanat arwah anaknya se..sebelum terlambat.”

“ nenek cakap lagi.. yang cucunya hanya ada atuknya sahaja. Parent dia sudah meninggal masa dia kecil. Tapi bukan aku peduli. Kenapa aku kena pula? Pandai-pandailah cucu dia nak hidup macam mana. Kalau aku hidup dengan dia, macam mana aku punya kehidupan pula? Lepas itu ayah boleh selamba badak, dia kata yang aku akan kahwin sebab ayah dah terima and that’s final!” Fian diam sahaja mendengar luahan Aliyah. Tak tahu nak memujuk macam mana. Aliyah mengesat matanya dan memandang Fian.

“ dan kau tahu apa yang paling teruk?” Fian hanya mengangkat bahu tidak tahu.

“ bakal tunang aku tu si mamat hantu 3 suku!!” Aliyah kembali meraung. Fian memandang Aliyah meminta penjelasan lagi. Siapa mamat 3 suku?

“ siapa dia?” tanya Fian menghentikan tangisan Aliyah. Aliyah menyepetkan matanya memandang Fian. Ai takkan dah lupa kot?

“ mamat yang kau terjah dulu dah lupa ke apa?” Fian membulatkan mulutnya dan mengangguk kepalanya.

“ habislah aku Fian, kalau aku kahwin dengan dia, lunyailah aku. Dia tu dahlah kaki buli. Buli aku 24 jam, pantang aku senang sikit nanti dia kacau aku.” Fian mengangkat keningnya.

“ kau cerita macam kau selalu jumpa dia aje” Aliyah terhenti seketika. Fian tak tahu yang Aliyah jadi kuli untuk Heny. Henry suruh dia berjanji agar jangan bagi tahu siapa-siapa.

“ taklah. Aku tengok gaya dia pun dah tahu dia kuat membuli. Muka je handsome tapi perangai macam hantu.” Aliyah mula membebel.

“ uhuh” sarkastik nada Fian. Dia membiarkan kawannya membebel.

---------------------------------_______________________________---------------------------------------

Hasyim berlari ke bilik Henry. Dia membuka pintu bilik tuan mudanya, kelihatan tuan mudanya sedang seronok bermain ipadnya. Hasyim termengah-mengah kerana berlari tadi berjalan ke katil tuan mudanya.

“ tuan muda?” Henry berhenti bermain memandang PAnya. Dia melambaikan tangannya agar Hasyim berada dekatnya.

“ Apsal lambat? Aku kata secepat yang boleh bukan selambat yang boleh. Kau salah info ke apa? Lagi satu ada aku kata boleh panggil tuan muda? Tak ada kan? Jadi kau nak kena tanam dengan aku ke?” Henry mula membebel. Hasyim tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“ dah tak payah nak garu kepala sangat.” Sambung Henry lagi.

“ erm, tuan..eh sorry, is kenapa tadi call? Ada emergency ke?”

“ ada.” Henry menunjukkan gambar di meja tepi katilnya. Hasyim mengambil dan melihat gambar itu. Terkejut dia tengok gambar Aliyah disitu. Dia menunjuk kembali gambar itu kepada Henry. Matanya meminta kepastian.

“ tu bakal tunang aku.” Hasyim ternganga tidak memberi sebarang reaksi.

“ erk tahniah?” Henry terus melempar bantalnya kearah Hasyim yang tersengih di tepi katilnya.

cunning loveWhere stories live. Discover now