cunning love 37

315 13 2
                                    

Alarm berdering nyaring. Aku berpusing menjauhi alarm. Ye bukan nak matikan siap tutup telinga tak nak dengar bunyi dia. Alarm berhenti berdering. aku kembali tenang nak tidur semula. Tiba —tiba alarm kembali bunyi. Lagi nyaring dari yang pertama. Aku terus mencapai handphoneku dan matikan alarm. Aku masih lagi bersantai atas katil, mata terbuka tapi badan rasa tak nak gerak. Aku tengok jam 5.45 pagi. Aku capai handphone aku kembali dan menelefon seseorang.

" hello." Suara serak garau menjawab panggilan.

" pukul 6 ambil aku." Ringkas arahan aku.

" awalnya. Nak pergi mana tuan muda."

" tak payah bising. Dah bangun. Jangan lupa ambil aku pukul 6 nanti." Aku matikan panggilan sebelum dia membalas. Aku bangun untuk bersiap solat subuh dan mulakan operasi aku.

Tepat pukul 6, Hasyim sudah terpacak dihadapan rumah. Mukanya jangan katalah sememeh habis.  Dia membuka pintu dan aku masuk. Dia kembali ketempat pemandunya dan menunggu aku memberi arahan.

" kita pergi rumah Aliyah. Tapi jangan berhenti dekat depan rumah dia. " hasyim memandang aku menggunakan  cermin belakang. Muka yang penuh persoalan. Aku mengabaikannya. Dia bergerak selepas aku tak beri apa —apa lagi arahan.

Aku berada berdekatan rumah Aliyah. Aku dan Hasyim masih lagi dalam kereta. dah rupa stalker pun ada. Seketika itu, aku nampak Aliyah keluar dari rumah dan berjalan ke bus stop. Aku mengarahkan Hasyim untuk mengikutinya dari belakang. Aku sempat tengok sekeliling. Ok line clear. Bila dah dekat, aku menyuruhnya berhenti dan aku berpesan datang kepadanya setelah aku  memberi signal. Aku berjalan perlahan dibelakang Aliyah. Dia tidak sedar kehadiran aku walaupun aku ada terpijak daun kering dan ranting kayu. Itu kerana dia memakai earphone. Setelah aku betul dibelakang dia, aku menekup mulut dia dan menarik dia kebelakang. Aku memberi signal kepada Hasyim suruh mendekati kami. Aku terus membuka pintu kereta dan menolak Aliyah kedalam. Hasyim terus bergerak dari situ.  Aliyah berpaling dan melihat siapa punya angkara. Bulat mata dia melihat aku yang tersenyum disisi kereta.

" orang nak kerjalah." Marah Aliyah.

" dah berhenti dah." Selamba aku menjawab. Dia buat muka pelik. Comel pula tengok. Nak kiss boleh.

" siapa kata berhenti?"

" aku dah faxkan notis berhenti kau dekat bos kau." Bulat lagi mata. Mukanya mula merah. Tangannya digenggam kemas.

" siapa suruh awak pergi hantar notis berhenti saya?" Aliyah memukul lengan aku melepaskan geram.

" dah kau taknak berhenti, aku ambil tindakan drastik. " aku menggosok lengan aku yang dipukul Aliyah. Sakit woo. Gila ganas tunang aku.

Dia berpaling dari aku. Mulut dia muncung sedepa. Ada yang aku buat ampaian nanti.


***sori busy ngan klas..krja thun akhir..**

**sori idea kering.. TT-TT..**

cunning loveWhere stories live. Discover now