cunning story- 14

620 15 1
                                    

Aliyah dan Hasyim duduk di meja yang terpisah jauh dari Henry. Henry sedang melayan clientnya dari tadi. Aliyah menghirup minumannya dan Hasyim kelihatan sibuk bermain handphonenya. Main game kot.

“ lama ke dia meeting?” Aliyah memecah kesunyian. Hasyim memandang dia dan hanya mengangguk. Dia kembali bermain dengan handphonenya. Aliyah memandang Henry yang sedang khusyuk berbincang dengan clientnya.

“ tak bosan ke?” Aliyah cuba bertanya lagi. Hasyim memandang lalu sahaja pertanyaan Aliyah. Pertanyaan Aliyah dibiar sepi.

“ dia meeting pasal apa?” cuba Aliyah lagi. Hasyim hanya mengangkat bahu sahaja.

Lama-kelamaan Aliyah berasa bosan. Game handphone habis dimainnya. Sampai habis bateri handphone dia. Nak ajak orang depan berborak memang tak dilayan dari tadi.

Kerusi disebelah Aliyah ditarik dan Henry duduk diseblah Aliyah. Aliyah memandang Henry yang selamba sahaja duduk disebelahnya.

“ dah habis?” Aliyah menghirup airnya. Henry mengangguk. Dia memanggil pelayan. Pelayan perempuan itu datang kearahnya. Matanya tidak lepas memandang Henry. Senyumannya jangan cakaplah. Sampai kebelakang dia menarik bibirnya. Aliyah mencebik. Henry melihat Aliyah dihujung matanya, tersenyum dihujung bibirnya. Ai jeles ke? Aliyah perasan jelingan sinis Henry, cepat-cepat dia pandang tempat lain. Jangan ingat aku jealous ye. Henry memandang kembali kearah pelayan tadi.

“ saya nak nasi goreng cili padi dan air anggur.” Pelayan itu mengangguk.

“ ada lagi?”

“itu sahaja. oh lupa saya nak nombor telefon awak sekali.” Selamba sahaja Henry. Aliyah tersedak dan pelayan sudah merah muka. Hasyim hanya tersengih melihat kejadian itu. Pelayan mengundur diri dan pergi membuat pesanan Henry.

“ playboy.” Sindir Aliyah perlahan.  Henry memandang Aliyah tersenyum.

“ kenapa jealous? Ala aku bukan ngurat awak tapi dia”  Aliyan memutarkan matanya keatas.

“urgh please. Tak ada masa nak jealous. Nguratlah dia ada saya kisah.” Hasyim memandang sahaja gelagat Aliyah dan Henry. Henry perasan akan renungan Hasyim berpaling.

“ oh ya, kau pergi office bagi fail ini dekat secretary aku and  satu jam kemudian datang sini ambil aku.” Henry menghulurkan fail kepada Hasyim menerimanya.  Hasyim mengangguk mendengar arahan dan berlalu pergi.

“ kita nak buat apa dekat sini lagi.”

“ makan.” Tepat pada masanya makanan Henry sampai. Pelayan perempuan menghulurkan nota kecil kepada Henry dan tersenyum. Henry mengambil dan membaca nota tersebut.

“ thanks.” Pelayan tadi hanya menganguk dan berlalu. Aliyah mencebik melihat apa yang berlaku. Pantang ada perempuan cantik saja terus usha. Buaya emas perak gangsa betul.

Henry menghulurkan sudu garfu kepada Aliyah. Aliyah mengambil dan memandang pelik.

“ suapkan aku.” Arah Henry.

“ tak nak.” Bentak Aliyah.

“ kau dah lupa ke. Tangan aku ada orang cederakan?” sinis sahaja suara Henry. Aliyah menggigit bibirnya.

“ ala bukan teruk sangat sampai kena suapkan.”

“ ha’ah. Itu yang aku suruh kau suapkan aku.”

“gedik. Mengada-ada macam budak kecik. Harap muka je handsome tapi perangai macam tongkang”perlahan sahaja bebelan Aliyah. Harap Henry tak mendengar apa yang dia cakap. Henry memandang Aliyah dengan tajam. Aliyah mula berasa tidak sedap hati.

cunning loveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang