chapter 37 pt2

240 11 1
                                    

Aku mengetuk bawang dalam batu lesung. Walaupun dia ada blender, batu lesung juga aku cari. Ada ke patut mamat hantu aka tunang bawa aku balik pergi rumah dia. Bila aku tanya, dia nak aku masakkan sarapan untuk dia. Sesedap ABC je dia ni.

" dah siap ke belum? Aku dah lapar dah ni." Henry berjalan masuk ke dapur. Aku menjeling tajam kearah dia. Dia berpakaian t-shirt kasual dengan seluar khakinya.

" tu gi makan cornflakes. Orang dah sediakan dekat meja tu." Terbeliak mata dia mendengar jawapanku.

" wei aku bawa kau kesini pagi-pagi buta bukan suruh kau bagi cornflakes kat aku. Aku nak proper breakfast."

" makan tu jela dulu. Tak siap lagi masak."

" dari pukul 7 sampai pukul 9 takkan lama lagi kot. Aku dengar kau mengetuk berjam jam. Pe yang kau ketuk? Dinding dapur aku ke?"

'haah aku ketuk dinding rumah kau sampai pecah.' Kalau aku jawab macam itu ok tak?

Henry berjalan kearah tempat aku membuat kerja. Kening dia terangkat melihat betapa banyaknya bawang aku tumbuk tadi. Memang aku betul betul lepas geram tadi.

" ni bawang untuk tiga hari ke? Kau nak buat kenduri keapa?" aku abaikan dia.

" wei aku tanya jawablah!" Henry mula naik angin.

" pergilah sarapan. Saya nak masak tengah hari."

" masak tengah hari pe bendenya. Baru pukul berapa? Aku nak sarapan! Kau masak." Aku buat tak layan lagi. Lantak dialah.

" fiya kau dengar tak aku cakap pe?" dari hujung mata aku melihat terkebil menahan geram. tiba-tiba aku terasa terapung. Dah apahal pula aku terbang? Henry meletakkan aku diatas bar. Dia berada diantara kedua belah kaki aku. Jarak kami terlalu rapat. Mata melilau pandang tempat lain. Gila mamat ni!

" fiya....lapar." Henry dah mengadu seperti budak kecil. Mata dikedip-kedip seperti budak minta simpati. Ala jangan buat muka macam ni. Aku dah mula tak tenang. Badan kami bergerak rapat. Aku melihat mata hazel Henry. Cantiknya sehingga aku tidak sedar.

" fiya...aku lapar. Kau masak e.." lembut sahaja aku dengar. Aku seperti kena pukau mengangguk setuju.

" ok. Dah pergi masak. Nanti aku datang." Henry menjarakkan dirinya dari aku. Aku memandang dia tertanya. Dia tersenyum dan terus berjalan meninggalkan aku. Aku tersedar. Naik merah muka aku. OMGEEE..pe dah aku buat!



okkkkk mlm nnt smbg.....

cunning loveWhere stories live. Discover now