cunning love-2

770 13 0
                                    

Aku mengeliat diatas katil. Ermmm..malasnya nak bangun pagi. Aku berpusing-pusing atas katil, rumahku sunyi tiada penghuni.kenapa? aku termangu berfikir sebentar.aku petik jari secara tiba-tiba.

“oh memanglah tiada! semua balik rumah nenek” aku bercakap seorang diri. Aku tersenyum. Oh rumah ini aku yang punya. Aku terus berangan, jam dipandang. ‘pukul 9’ desis hatiku. Aku berjalan mengambil tuala disisi katil dan berjalan keluar bilik terus ke bilik air untuk  membersihkan diri. Seusai mandi, aku berjalan ke almari memilih pakaian. Aku berdiri lama dihadapan almari, jari diletak pada bibir seperti memikirkan sesuatu.

“Nak pakai apa ye” aku menyelak setiap helai baju kasual milikku. Almari aku penuh dengan baju kemeja, well aku bukan ade dress atau baju feminin pun. Kalau ada simpan buat hiasan sahaja. Setelah lama berfikir akhirnya aku mengambil t-shirt biru gelap dan dipadankan kemeja biru muda. Seluar jeans hitam menjadi pilihan dan tudung bawal putih disarung. Setelah aku puas dengan penampilan aku, aku terus bergerak ke motor. Lafaz basmalah diucap dan Kuala Lumpur here I come.

-----------------------------------------________________________-----------------------------------------------

Aku memandang cermin menilik diriku. ‘ hm smart sudah’ desis hatiku sambil membetulkan rambutku. Kot kemeja aku betulkan dan jam tangan aku ambil dan pakai. Aku berjalan turun ke ruang makan. Kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 70-an sedang membaca suratkhabar sambil menikmati minum pagi.

“ Pagi, tok abah.”aku menyapa sambil menarik kerusi duduk.

Tok abah yang ku panggil mengangkat kepala dan meletakkan surat khabarnya di atas meja. “Pagi” balasnya pendek. Aku menghirup teh dan mula mengambil bihun goreng yang telah disediakan untukku.

“ Dah bersedia untuk hari ini?” tok abah memulakan perbualan. Aku mengangguk kepala sambil fokus kepada makananku.

“ oh lupa pula. Hari ini henry ada meeting dengan BOD” sambungnya lagi.

“kenapa mesti hari ini.orang baru nak senang lenang goyang kaki kejap.” Aku bersuara.

“ Banyakla kamu punya senang lenang goyang kaki. Tok abah dah malas nak handle lagi. Ni nak suruh kamu handle pula.”

Aku tercengang. ‘ok aku ingat hanya meeting biasa-biasa sahaja dengan BOD’ aku dah mula merungut.

“ La tok abah. Kenapa nak suruh henry handle pula? Henry baru lagilah dalam bidang ini. Dahlah bagi jawatan paling besar antara yang besar pula itu.” Aku meluahkan tidak puas hati. Tok abah kelihatan  bersahaja minum airnya seperti sudah biasa dengan keadaan ini.

“ atuk nak pergi holiday.”

“ What?” Tercekik aku dengan holiday tu. Dia nak pergi dengan siapa pula? Arwah opah dah lama meninggal. Nak kata makcik pakcik memang tak adalah. Dalam family ini tinggal aku dengan tok abah je.

 “kenapa? Kamu ingat kamu sahaja boleh melancong? Atok pun bolehlah.” Tok abah tersenyum melihat karenahku.

“ Ala tok...” aku cuba memujuk. Tok abah memintas.

“Mohd Azlisyam Henry Iskandar. Atok cakap apa tadi? Sudah jangan mengada. Kamu dah belajar bisnes dekat London kan? Jadi you apply what you learn in here. Habiskan sarapan itu. Dah jom gerak. Mana Hisyam?” tegas Tok abah memberi arahan. Matanya melilau mencari bodyguardku.

“dia tak ada. Hari ini henry gerak sendiri.” Aku menjawab pendek.

“ nak naik dengan atuk ke?”

Aku menggeleng. Tok abah berjalan meninggalkan aku. Aku masih duduk disitu termenung.

“ tak payah nak termenung sangat. Meeting itu tak ada datang rumah. Move now.” Tok abah menjerit memanggilku.

cunning loveWhere stories live. Discover now