cunning love -38

253 8 4
                                    

Aku menghentak kaki sejak turun dari kereta malaun tu sampai dekat butik ini. Si malaun ni boleh buat derk je ngan aku. Memang haru betullah dia ni. Dahlah kes kena masak dengan dia tak habis lagi. Sekarang dia seret aku kesini.

" kita buat apa dekat sini?" aku bertanya sambil memeluk tubuh tanda masih lagi protes. Dia memandang aku sambil kening sebelah terangkat.

" kau rasa kita buat apa? Jual ikan?" sindir dia. Dia ni memang terror menaikkan darah kering aku!

"saya tahulah kita dekat butik tapi nak buat dekat butik baju ini." Aku membalas sambil nada tertahan-tahan. Tangan aku dah mula gatal nak ketuk dia ni.

"oo tahu pun kita dekat butik. Lain kali soalan tu bagi detail sikit." Aku lagi sikit sahaja nak hentak dia pada pejalan kaki ni. Huh, buat sakit hati je.

" nak beli baju kahwin kau." Terhenti aku depan pintu masuk. Kaku sebentar. Apa dia cakap tadi, boleh rewind?

" kenapa?" aku bertanya polos

" la takkan kau kahwin nanti pakai seluar jeans dengan t shirt je?" aku dah garu kepala.

" tak boleh ke?" okey Liya itu soalan membunuh diri sendiri. Mesti dia sailang kau lepas ini.

" aku ingat nak buat macam itu. Kita nikah dekat pejabat tok kadi itu pun dah ok. Tak payah remeh temeh semua benda ini." Dia membalas dengan penuh sinis dan sarkastik. Dia terus menarik aku masuk ke dalam.

Aku ditarik dan diduduk di sebuah sudut. Henry mengambil tempat sebelah aku. Seorang wanita berpakaian kasual berjalan kearah kami sambil memeganng beberapa fail. Dia mengambil tempat dihadapan kami.

"hi saya Miya, you mesti Aliya kan?" Mya mengenalkan diri sambil bersalam. Dia berpaling kearah Henry.

" and you her fiancee, Azlysham right?" Henry hanya mengangguk. Mya kembali pandang aku.

" ok. Saya ada bawa beberapa katalog yang boleh kamu berdua boleh tengok. Kamu ada idea atau tema macam mana kamu punya wedding." Mya membuka bukunya seperti ingin mencatat sesuatu. Aku memandang Henry.

" i want something simple yet elegant. And i want it red." Dia mengangguk dan mencatat. Aku memandang Henry. Merah? Dia ni tak ada warna lain selain merah ke? Aku tahu dia sedar aku tengah tenung dia, dan dia boleh buat derk je.

" okey. How about dress? What it will be? " Mya memandang aku pula. Tiba tiba aku blur, nak baju yang macam mana? Pakai T-shirt tak boleh ke? Kang aku buat macam itu confirm Puan Nadirah tetak aku guna pembaris. Pergh sadis.

" saya ada bawa beberapa katalog untuk awak lihat. saya akan ada disana kalau kamu berdua mahu apa-apa lagi." Mya seperti tahu aku yang hilang arah tiba-tiba. Dia bergerak kesatu tempat menyambung kerjanya tapi tidak jauh dari kami.

" henry, apasal warna merah? Saya nak biru." Aku mula protes apabila Mya pergi dari kami.

" tadi tak nak cakap." Aku merenung tajam. Karang jangan tanya kalau aku jadi cyclop dekat sini. Tanya aku pun tak. Main redah je.

" saya nak tema biru, sedap sikit mata memandang." Aku cuba memujuk. Dia menjeling aku dihujung matanya.

" yela. Tapi baju kau aku pilih." Aku buat muka pelik.

" kenapa pula awak yang yang pilih baju saya. Bukan awak yang akan pakai pun."Henry menarik hujung bibirnya keatas.

"kau pilih nak tema semua biru or aku buat semua merah." Dah mula dah sesi ugutan dia. Aku terus diam tanpa berkata apa-apa. Aku ambil buku katalog melihat apa yang ada. Dia pun membelek katalog juga. Aku memandang dia.

" Henry, nak ada bunga tulip dalam wedding tu nanti boleh?" Dia mengangguk.

" nanti kita ada pelamin ke? " dia mengangguk lagi.

" tak payah bersanding terus ke meja makan tak boleh ke?" dia menggeleng.

" ramai ke nanti?" dia mengangguk lagi. Aku yang bengang. Dah kenapa mamat ni bisu pula.

" kita buat dekat dewan ke?" aku tanya lagi. Kali ini dia memandang aku.

" kau rasa kita buat dekat mana? Kubur ke?" dah keluar dah ayat sarkastik dia.

Sebelum sempat aku membalas dia gerak jauh dari aku. Aku melihat dia berjalan kearah Mya. Aku melihat mereka tengah berbincang sesuatu. Baru sahaja aku baru nak melangkah, Henry berpaling dan memberi isyarat datang kepadanya. Aku berjalan kearahnya dan tiba Mya berdiri dihadapaku.

"ok i nak ambil ukuran you." aku hanya membiarkan sahaja. Kemudian aku mengikut dia. Dia berjalan keluar dan masuk kedalam keretanya. Ketika kereta hendak bergerak, aku teringat.

" kejap, baju tak tengok lagi."

" dah design dah. Nanti kau tengok aje."

" hmmm, yelah." Henry memandu terus ke kedai Bakery. Aku mengikut sahaja belakang dia. Kang aku tanya lagi ada yang jawab korek kubur dekat sini pula.

Kami disambut oleh kawan Henry, aku rasa Andrew kot rasanya.

" Henry my man. Come sit here. " lepas mereka buat bro hug. dia membawa kami duduk disuatu sudut.

" okay, do you want to drink?"

" chocolate milkshake" selamba Henry membalas.

" do you think this is cafe?" Andrew membalas.

" well you asked." Henry senyum kearah kawannya. Aku rasa senyuman dia tu sangat menyakitkan hati.

" urgh..wait here." Andrew meninggallkan kami berdua. Dia kembali membawa dua air tin.

" so what do want?" Andrew bertanya setelah mengambil tempat dihadapan kami.

" kau nak pe Fiya?" Henry tanya aku. Aku dah blur kembali. Ergh otak sila berfikir sekarang.

" what shape do you want? Circle usual type or square? Creme or fondant? Single, double or triple layer?" Andrew cuba membantu.

" erm, square shape." Aku mencuit Henry meminta bantuan. Aku rasa memang dia sengaja nak kenakan aku.

" square shape with fondant. I think triple will look nice." Henry menjawab..

" fondant quite sweet you know." Andrew balas

" it's okay." Lepas itu kami terus berbincang kek itu perisa apa, macam mana designya. Ketika Andrew berjalan pergi dari kami, aku mencuit Henry.

" awak kawan awak tauke kedai ni ke?" aku bertanya.

" yup." Aku memandang pelik. Kak Aqilah pernah bagitahu dia ni sama pangkat macam si Henry ni.

" bukan ke dia CEO macam awak juga."

" mana kau tahu?" Henry tanya aku balik.

" kak Qilah pernah bagitahu dulu." Dia hanya mengangguk. Andrew kembali kepada kami.

" okay man anything else?" Andrew bertanya kepada Henry. Henry memandang aku. Aku hanya menggeleng.

" nothing i guess."

" okay then. Remind me, when your wedding?"

" 2 weeks later." Aku ternganga. 2 minggu lagi. Cepatnya!!

" okay, i'll take note. Now shuhh" selamba je dia menghalau kami. Henry hanya tergelak dengan perangai kawan dia. Aku dan henry berjalan kembali ke kereta.

" kenapa cepat sangat tarikh kahwin tue?" aku bertanya pelik.

" kenapa tak boleh ke?" dia tanya kembali

"tak terasa cepat sangat ke?"

"nope." Akuhanya mampu mengeluh. Cakap dengan dia suka buat sakit jiwa je. 


*yeahhhh finallly me  upload.....

*sorry for any error o klo bosan...


cunning loveTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang