"Saya dah lama nak cakap tapi muka Youngbin macam awak. Orang tak percaya kalau kita cakap yang dia ni anak angkat" Haera pukul peha Johnny dengan kuat sebab Johnny melamun sampai ke angkasa untuk tahu bumi ni sfera atau flat.

"Hah apa dia? Biasa lah dia ikut muka orang yang jaga dia. Orang selalu cakap macam tu " Johnny letakkan tangan di dagu. Fikir tentang antivaksin dan doula douli cikebum pula.

"Tak adil lah, muka anak-anak dah ikut awak. Muka Nayoung pun sama. Entah-entah awak ada skandal selain kami berdua ni. Ya kan bener kan?? Ehek siapa orang tu! Bener kan?" Haera gesa Johnny supaya beritahu semuanya.

"Sumpah demi apapun gue enggak bohong sama lu. Agak-agak lah, saya ni berkepit dengan awak macam kepit ketam setiap hari. Saya pun kerja ja memanjang" Johnny membalas dengan malas.

"Dasar anak Bahenol" Haera cemberut.

"HUWARGHG UH UWEKK! " Mereka bertiga menangis serentak tiba-tiba tanpa amaran ribut taufan.

"Aigoo ya, kenapa korang semua menangis dikala daddy nak 'terkam' mommy ni?" Johnny cuba memujuk mereka bertiga sedangkan Haera sudah bangun untuk cari puting susu bagi mereka diam.

"YOUNGHO! INGAT LAWAK KE?!" Haera mendengus geram dan sambung pencarian di seluruh bilik.

"MANA PUTING SUSU DIORANG NI!?" Haera mengamuk sampai sepahkan barang kerana stres dengan tangisan yang tidak henti-henti.

"Putera-putera daddy, comelnya kamu  semua ni. Berhentilah menangis nanti mommy jadi raksasa Mamazila karang. Daddy pun takut kalau dia dah berubah. Daddy bukan Papazola yang boleh tenangkan dia " Johnny tepuk badan mereka silih berganti-ganti sedangkan kepala Haera seperti mahu meletus keluarkan lawa.

"HUWARGHHH! " Youngjin menangis lebih kuat dari adik-adiknya dan tendang muka Johnny.

Johnny terasa di awang-awangan dan rasa diri terapung seperti Rose di MV Whistle, Jinyoung di MV FLY sebelum jatuh di lantai.

BBUKK! 

Haera berhenti mencari bila tangisan berhenti. Dia menoleh kebelakang dan terkejut bila Johnny jatuh dari katil dan pengsan.

"Hehehe aku dah balik aku mabuk" Johnny sempat meracau dan ada bintang-bintang sedang mengelilingi kepala Johnny.

"Abang, di saat genting pun nak pengsan kenapa?" Haera mengoncangkan badan Johnny tapi dia berhenti bila mendapati sesuatu yang pelik.

"Eh, mata kiri dia lebam. How?" Haera pandang ke arah katil dan Youngbin senyum sambil gigit jari.

"Do Bongsoon versi lelaki?" Haera juga pengsan di sebelah Johnny dengan dramatik.

Younghee yang baru balik sekolah masuk ke dalam bilik mereka dan lari dapatkan ibubapanya.

"Takkan petang ni nak tidur! " Younghee ambil ambil air dalam bilik air dan renjiskan pada muka Haera serta Johnny.

"Apa yang terjadi ni?" Johnny dan Haera bangun serentak dan pegang kepala masing-masing kerana pening.

"Younghee tak tahu mommy dengan daddy tidur atau pengsan. Sebab itu Younghee renjis air" Younghee keluarkan cermin kecil dari dalam beg dan berikan kepada Johnny. "Tengoklah mata daddy tu"

Johnny ambil dan terkejut melihat mukanya sudah tidak kacaks seperti dulu.

"Mmu-muka kacaks ku.. " Sekali lagi Johnny pengsan. Haera dan Younghee berpandangan sesama sendiri.

"Kita nak buat apa dengan daddy sekarang ni?" Tanya Younghee dengan menyilang tangan.

"Kita buang dia kat tempat pembuangan sampah" Balas Haera sambil mencucuk-cucuk badan Johnny.

"Atau kita kebumikan saja dia"

"Kejamnya mommy"

"Atau bakar, senang sikit nak lupuskan bukti"

Uri savageu Choi Haera.

++++

Yuta membutangkan baju tidur didepan cermin. Sesekali dia menguap sebab mengantuk kerana selesai habiskan kerja.

Yuta pandang Alessia membaca buku cerita dongeng di atas katil. Yuta tersenyum melihat anak gadisnya.

"Dah besar anak dara aku seorang ni" Yuta menyikat rambut supaya nampak lebih kemas sebelum tidur. Yuta baring disebelah anaknya dan berikan ciuman malam di bibir.

"Papa~" Alessia letakkan buku di sebelah dan peluk ayahnya. Yuta membalas pelukkan kemudian berikan ciuman sekali lagi di seluruh muka.

"Mesti penat kan tunggu papa habis kerja. Kenapa tak tidur dulu?" Yuta matikan lampu dan naikkan selimut hingga paras dada.

"Alessia tak boleh tidur tanpa papa. Alessia suka bau peluh papa, bagi Alessia kita ni macam isi dengan kuku" Alessia meletakkan kepala di dada Yuta.

"Tapi sekarang dah masuk pukul 12 malam. Alessia tak boleh tidur lewat-lewat nanti jadi panda macam Appa Youngho" Yuta mengganguk.

"Aku dengar lah dari bilik sebelah! " Jerit Johnny dari arah kanan. Dah bangun dari pengsan rupanya orang muda tapi ada uban ni.

"Alessia pernah tak tidur sampai pukul 3 bagi sebab asyik batuk tanpa henti. Nak makan ubat takut terlebih dos pula" Balas Alessia dan berpegangan tangan dengan Yuta.

"Sayang nak tahu sesuatu tak?" Yuta teringat kisah lama sebelum Alessia lahir dan memeluknya dengan lebih erat.

"Apa dia papa?" Balas Alessia sambil peluk patung beruang hadiah dari Sooman.

"Masa papa baru kahwin dengan mendiang mama kan, hari-hari kitaorang macamni.
Sebelum tidur kena peluk-peluk cium-cium baru nak tidur.
Macam papa dengan kamu juga sekarang ni, situasinya sangat sama. Papa rasa seperti Dejavu, papa masih lagi dapat hidu bau minyak wangi yang mama selalu pakai sebelum tidur"

Yuta menitiskan airmata kerana teringat detik-detik manis mereka berdua. Mereka berusaha gigih untuk mendapatkan Alessia kerana mereka masih lagi belum ada zuriat meskipun telah lama berkahwin.

Shannon sendiri yang memilih nama Alessia Lee Yoonra. Yuta tidak sangka yang dia dan Shannon akan berpisah buat selama-lamanya hanya kerana disebabkan Shannon tergelincir di bilik air.

Yuta ingat lagi ketika Shannon masuk kerja pada hari pertama. Yuta sudah jatuh hati pada pandangan pertama.

Hidungnya yang mancung seperti orang arab, rambut yang ikal keperangan. Shannon orang korea tapi tiada nama korea.

Yuta pada mulanya takut untuk meluahkan perasaan kerana satu perkara. Jarak umur.

Yuta 30 tahun pada waktu itu dan Shannon pula 19 tahun. Jarak umur mereka adalah 12 tahun. Tapi disebabkan semangat dan sokongan yang diberikan oleh ahli keluarga.

Yuta memberanikan diri.

Yuta juga tidak lupa ketika baru berkahwin. Shannon asyik tersasul panggil Yuta sebagai 'Tuan' bukannya 'Abang' kerana telah terbiasa disebabkan kerja.

"Kalau mama ada lagi, mesti papa akan sakat dia kan?" Soal Alessia yang sedarkan Yuta yang termenung.

Yuta mengganguk perlahan.

"Papa tak mahu carikan mama baru untuk Alessia? "

Yuta menggeleng perlahan dan bersihkan sisa airmata.

"Dia lah cinta hati papa yang pertama. Papa tak pernah bercinta dengan sesiapa tapi kehadiran dia melengkapkan hidup papa yang sunyi sebelum ni" Yuta ambil bantal dan tutup muka.

-TBC

sometimes, aku rasa dah tak nak menulis lagi. Aku ni bukannya pandai tatabahasa dengan karangan pun.

Aku tulis cerita ni untuk suka-suka tapi tak sangka boleh popular juga.
Aku terfikir dah taknak update lagi tapi mesti ramai yang ternanti-nantikan chapter baru.

Oh ya, happy 3K

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now