FIVE

222 34 10
                                    

Taehyung bangun dari duduknya. Memberi penghormatan buat kali terakhir buat gadis yang sudi menjadi teman sementara hidupnya.

Walaupun sekejap, kebahagiaan yang dirasai sangat bermakna baginya. Tidak disangka, gadis itu sudah pergi. Rasa seperti baru semalam dia berjumpa dengan gadis itu di pusat membeli-belah.

Gadis yang dipilihnya secara rawak untuk dijadikan bukti kepada orang tuanya bahawa dia sudah berpunya. Tidak disangka bahawa gadis itu juga yang membawa dia keluar dari kegelapan hidup, memberi cahaya dalam hidupnya.

Jeon Rinhye.

Tiada yang sempurna, tapi pada matanya gadis itu adalah segala-galanya. Akibat hanya satu kesilapan kecilnya, menunding jari tanpa mendengar penjelasan dari pihak kedua.

Tiada guna untuk menyesal.

Takdir yang sudah terjadi tidak boleh diubah. Masa dicipta bukan untuk diputar, tetapi untuk dihargai.

"Aku beri kau sepenuh kepercayaan untuk jaga dia. Aku letakkan tanggungjawab aku pada kau. Itu kesalahan aku. Tidak jalankan tanggungjawab sebagai seorang abang, itu salah aku juga. Jadi manusia yang tidak tahu erti perubahan, itu salah kau—"

Jungkook berkata tiada nada. Hidupnya kosong.

Taehyung hanya diam, menahan rasa perit dihati.

"Hidup bukannya memberi beban. Ujian yang datang itu tanda kau harus harungi dengan apa yang kau ada. Salah aku tersilap fikir yang kau ingin tebus kesalahan kau—"

Flashback

Pintu dibuka. Wajahnya terserlah senyuman.

"Awak datang,"

Rinhye tersenyum gembira melihat kekasih hatinya yang berdiri dihadapan pintu. Dahinya sedikit berkerut melihat perangai pelik teman lelakinya.

Berhoodie penuh menutup sebahagian muka. Terhuyung-hayang lagak seperti orang mabuk.

"Awak okay?". Soal Rinhye risau.

Lelaki itu terus menolak Rinhye masuk ke dalam. Tanpa sengaja, dia melakukan perkara yang tidak sepatutnya pada gadis itu yang tidak bersalah.

Pada malam itu, Rinhye sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran teman lelakinya bersama. Tetapi lain yang terjadi. Dirinya pula dinodai.

Dengan lelaki yang dianggap teman lelakinya.

"Rin—". Pintu bilik dibuka, teman lelakinya yang datang agak lewat pada malam itu merasakan hatinya retak. Melihat teman wanitanya tidur bersama lelaki lain.

Dia beredar tanpa Rinhye sedari. Dia pergi bersama hati yang sudah hancur. Yang tahu perkara itu hanya Jeon Jungkook seorang.

"Tae..hyung..?". Dengan kadar segera Jungkook membawa rakannya yang separuh sedar itu keluar dari rumah. Pergi ke apartment lamanya.

"Yah Taehyung, sedar". Kejut Jungkook sebaik meletakkan Taehyung ke atas sofa. Taehyung yang agak pening membuka mata.

"Kau mabuk?". Soal Jungkook. Taehyung hanya mengenyitkan mata beberapa kali. Kepalanya agak sakit ketika itu.

"Apa kau buat dekat rumah adik aku?". Soal Jungkook lagi. Taehyung menggeleng. Masih mamai.

"Bukan itu rumah kau ke?"

Jungkook menghela nafas berat. Lupa pula  nak beritahu alamat rumah barunya. Sudahlah kawannya itu selalu singgah rumahnya jika mabuk. Adiknya pula tidak tahu apa-apa.

[C] For You | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now