TWO

222 38 7
                                    

"Yes I am. And you, such a bad actor". Balas Rinhye berani. Taehyung tolak pipi dalamnya dengan lidah. Perempuan dihadapannya itu memang bijak berdebat.

"Jangan berani nak mengadu pada omma"

Rinhye tersenyum sinis dan memeluk tubuh.

"Kenapa? Awak takut?"

Taehyung balas senyuman sinis Rinhye. Matanya tepat menusuk bebola mata perempuan itu. Tajam sahaja pandangannya.

"Not at all. Aku cuma nak nasihatkan je. Mana tahu ada rahsia orang tu terbongkar, lagi meroyan dia-". Terus hilang senyuman pada bibir Rinhye.

"Awak-". Rinhye ketap giginya. Rahang bergerak menahan amarah yang kian meletus dalam badan.

"Aww kenapa? Gentar? Tak pe, jangan risau. Aku tak sejahat itu lagi. Selagi kau, pandai jaga mulut manis ni.. aku tak akan malukan kau.. ya?". Pantas Rinhye menepis apabila jari Taehyung naik menyentuh bibirnya.

"Pergi-". Kata Rinhye dengan suara agak bergetar. Taehyung berdiri seperti biasa. Kedua tangannya kini berada di dalam poket seluar.

"My pleasure". Taehyung melangkah pergi meninggalkan Rinhye dipintu bilik. Itu.. bukan apa yang nak dikatakannya.

***

Tanpa mengetuk pintu bilik, seorang perempuan melangkah masuk selamba. Pakaiannya ketat seketat getah yang baru dibeli.

"Hai baby". Tegur perempuan itu dengan intonasi gediknya. Taehyung mengangkat muka dan tersenyum.

"Hai Suly. Lama tak nampak". Balas Taehyung mesra. Suly melangkah dan duduk diatas meja kerja Taehyung.

"I busy. Lagipun I akan ke Canada untuk photoshoot khamis ni. Kena lah buat persiapan". Suly memuncungkan bibir.

"Seriously? Aw, kesian sayang I ni. Kerja model lepastu kena terbang sana sini. Mesti penat kan?". Taehyung bangun menuju ke arah Suly. Pinggang ramping perempuan itu dipeluknya.

"Hm". Angguk Suly. mata dikelip beberapa kali.

"Kalau macam tu kita pergi shopping lepas ni nak? You minta je apa yang you nak. I belanja-"

"Jinjja?!"

Taehyung angguk dan senyum.

"Yelah, buat hilang stress"

"Nak nak. Aw you ni tahu-tahu je apa yang hilangkan stress I"

"Of course lah. I tak ambil gelaran namchin kepada Suly untuk saja-saja". Taehyung dekatkan wajahnya dengan Suly sambil tersenyum manja. Suly tepuk dada Taehyung, tergelak kecil.

"Ada-ada je lah you ni kan"

Taehyung tersenyum bahagia. Sayang sungguh dia pada Suly itu. Macam tak boleh berpisah!

***

Tok! Tok!

Bunyi pintu diketuk kedengaran. Rinhye atur langkah ke pintu sebelum membuka sehingga menampakkan matanya sahaja. Lantas senyumannya melebar dan pintu dibuka luas.

"Oppa!!". Jeritnya riang lalu memeluk lelaki dihadapannya. Pelukan dibalas erat. Melepaskan rindu masing-masing.

"Bila oppa balik?! Tak bagitau Rin pun!". Soalnya tanpa lepaskan pelukan. Jungkook tersengih. Bahu Rinhye ditolak perlahan.

[C] For You | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now