THREE

218 35 9
                                    

Pagi itu Rinhye bangun tanpa Taehyung disisi. Mungkin lelaki itu sudah ke kerja. Dekat seminggu juga dia bekerja dengan Auntie Yul. Tapi semua itu tidak diketahui Taehyung.

"Ark..". Perutnya dipegang apabila terasa sesuatu. Jam dikerling.

9.48 a.m.

"Omo, dah lambat nak pergi check up". Terus dia bangun dari katil. Namun langkahnya terhenti apabila badannya tak seimbang.

Nasib saja dia sempat berpaut pada almari. Kalau tak, jatuhlah dia menyembam lantai.

Dipandang ke bawah, ada baju kemeja Taehyung. Terus dia membongkok dan baju tersebut diambil. Keningnya bertaut melihat kesan gincu pada kolar kemeja lelaki itu.

Hatinya terasa sakit seperti sesuatu sudah menusuk tepat padanya. Kemeja itu terus dicampak dalam bakul pakaian. Langkah diatur ke tandas.

***

"Awww, you ni baik sangat lah. Tak rugi I dapat boyfie macam you—". Lengan Taehyung dipeluk dari tepi buatkan Taehyung tersengih.

"Of course. Kita memang ditakdirkan bersama. Kan?"

Suly sengih menampakkan giginya. Pipi Taehyung dicium sekilas. Mereka terus berjalan sambil memerhati kedai-kedai di dalam mall.

"You dan I, memang padan each other. Tak ada yang boleh curi hati I macam you curi Tae"

"Jinjja? Woah bertuahnya I. Jadi you pun bertuah sebab you dah curi hati I Sue".

Mereka bergelak sakan menampakkan yang mereka sangat mesra. Sudah macam pasangan suami isteri.

"I janji, lepas je I tamat kontrak, kita terus kahwin!". Sebut Suly teruja. Taehyung hanya senyum. Alah senang nanti dia ceraikan je lah Rinhye lepastu kahwin dengan Suly. Tak susah.

"You, kalau kita kahwin ambik anak angkat nak?". Soal Suly.

"Eh kenapa?"

"Emmm sebab I tak nak mengandung. Nanti lepas bersalin I nampak gemuk. Tak suka—"

Taehyung balas dengan anggukan kecil. Walaupun dia sedikit kecewa. Sekurang-kurangnya dia mahu waris darah dagingnya sendiri. Bukan orang lain.

Dari jauh, Rinhye sekadar memerhati pasangan itu. Sakit? Ya, hatinya sakit. Walaupun dia tak ada perasaan pada Taehyung tapi bila terkenangkan cara lelaki itu, seolah dia tu perempuan simpanan.

Sampai hati awak Taehyung.

***

"Keadaan kandungan Puan sihat seperti selalu. Banyakkan minum susu untuk ibu mengandung. Jangan terlalu bekerja keras kerana ia akan jejaskan kandungan Puan"

Rinhye tersenyum. Perutnya diusap, teringat detik saat dia bertemu dengan doktor pagi tadi. Gembira kandungannya sihat sahaja.

Walaupun sudah mencecah empat bulan, perutnya tidak terlalu besar. Mungkin bayi di dalam perutnya itu kecil.

Dengar bunyi kod pintu dibuka terus Rinhye bangun dari sofa. Niatnya mahu lari dari bersemuka dengan Taehyung namun lain jadinya bila matanya bertembung dengan mata lelaki itu yang berada di depan pintu.

Mereka diam seketika, biarkan mata berbicara.

Gruukk~

"Ehem—". Taehyung alihkan pandangan sambil pegang perutnya. Kepala acah menjenguk ke ruang dapur.

[C] For You | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now