ONE

308 37 6
                                    


Pagi yang tidak berapa indah. Seorang perempuan yang sibuk berjalan dengan kedua tangan dipenuhi beg beli-belah. Awal pagi lagi sudah berada di mall.

"Apa?! Tak kan lah, aish tak ke terlalu awal??". Seorang lelaki yang berdiri tak jauh darinya membebel di corong telefon pintarnya.

"Bwoya..". Kata perempuan itu perlahan. Terkejut kerana lelaki itu agak menengking sehingga menyakitkan gegendang telinganya. Kepala digeleng, tidak mengendahkan.

"Ahh laparnyaaa. Hm, patutke isi perut ni?? Sayang, awak lapar sangat ke?". Perempuan itu berhenti dan pegang perutnya.

Ya, dia bercakap dengan perut sendiri. Tidak dihiraukan pandangan pelik orang yang lalu lalang.

Grurrrr...

Perempuan itu tersenyum.

"Aigoo.. kalau macam tu kita pergi makan ya?". Dia atur langkah semula mencari mana-mana cafe untuk megisi perut.

"Aha, itu dia!".

Langkahnya terhenti apabila seorang lelaki memegang pergelangan tangannya.

"Jom.. ikut aku cepat". Lengannya terus ditarik mengikut langkah lelaki itu. Terlepas segala beg shopping nya.

"Eh Ehhh". Perempuan itu masih terkejut. Sampai di tempat parkir kereta, mereka pergi ke sebuah kereta hitam yang agak mewah.

Pintu kereta dibuka lelaki itu.

"Masuk".

"H-ha??". Tidak tunggu masa lama, lelaki itu menolak kepala perempuan itu supaya tunduk dan masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup dan lelaki itu masuk ke seat pemandu.

Perempuan itu masih terpana.

Enjin kereta dihidupkan dan kereta terus dibawa laju keluar dari kawasan mall.

"Apa nama kau?"

"Mwo?"

"Nama"

"Jeon- Jeon Rinhye".

Lelaki itu mengangguk. Kereta terus dibawa sampai di satu rumah agam besar. Rinhye membuka mulutnya namun cepat dipotong lelaki itu.

"Dengar sini, berlakon macam kau dah lama kenal aku. Jangan bagi diorang rasa ragu-ragu tentang kita. Dah jom".

Taehyung keluar dari kereta, manakala Rinhye masih terpaku.

Berlakon..

Tentang Kita???

"Yah, palliwa". Tahu-tahu saja Taehyung sudah membuka pintu untuknya. Dia keluar dan terus tangannya digenggam Taehyung.

"Ingat apa yang aku cakap tadi". Mereka berjalan seiring sehingga sampai di pintu rumah. Pintu dibuka dan terpampang seorang perempuan dewasa.

"Eh, dah sampai? Mari masuk!". Pelawa perempuan itu dengan senyuman. Taehyung dan Rinhye masuk mengikut langkah wanita itu.

"Duduklah, buat macam rumah sendiri". Lagi bertambah rasa pelik dalam diri Rinhye. Mereka berdua duduk bertentangan dengan wanita itu.

"Jadi, nama apa? Umur? Kerja apa? Tinggal kat mana?"

"Huh, oh J-Jeon Rinhye.. 21. Saya tak bekerja. Dan.. saya tinggal di S-". Jawab Rinhye perlahan.

"Dia tinggal dekat taman sebelah". Sampuk Taehyung tiba-tiba. Puan Kim angguk faham.

"Jadi, dah berapa lama Rinhye dengan Taehyung?"

Rinhye terkedu. Dia pandang Taehyung disebelah. Mereka berpandangan. Taehyung mengangkat kening. Serentak mereka pandang Puan Kim semula.

"3 tahun!"

[C] For You | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now