Disember 2013.
Hati membuat pilihan seiring dengan harapan ia akan membawa kepada sebuah pengakhiran yang diidamkan. Tetapi selalu juga pilihan yang dibuat membawa kita kepada sebuah kesudahan yang tidak kita inginkan.
Perlahan-lahan Danny mendongak memandang langit yang semakin gelap, menandakan sebentar lagi hujan akan turun membasahi bumi. Disember kembali lagi, bulan yang pasti akan membuatkan Danny berfikir, jika pilihannya berbeza, adakah kesudahannya turut akan berbeza?
Disember 2010.
Tutttutt...
Danny memandang kosong skrin laptop yang terpasang dengan telefon masih setia di telinga. Menunggu panggilan dijawab oleh pihak di sebelah sana.
Tutt... Tutt...
Mata Danny tidak lepas daripada memandang skrin laptop yang terpapar wall Facebook si gadis. Walaupun begitu, matanya hanya memandang kosong, seolah-olah jiwanya tidak ada bersamanya.
Tutt... Tutt...
Kepala disandar ke kerusi, kemudian didongak memandang siling pula. Danny sedikit kurang sabar apabila panggilan yang sudah berdering banyak kali tidak dijawab.
Tutt... Tutt...
Panggilannya masih juga tidak dijawab.
Akhirnya Danny menarik telefon daripada telinga, berura-ura ingin mematikan talian sementelah panggilan tidak dijawab pihak di sana. Baru sahaja jari mahu menekan skrin telefon, tiba-tiba dia terdengar gemersik suara di sana menjawab panggilan.
"Helo... Helo..." Seperti tercungap-cungap sahaja suara di sana. Mungkin tergesa-gesa berlari mendapatkan telefon jadi dia sedikit termengah, telah Danny.
Nafas panjang dihela sebelum membuka bicara.
"Helo... Assalamualaikum."
"Err... Waalaikumusalam."
"You tahu I siapa?" Tenang Danny menyoal. Suaranya mendatar sahaja, seperti tiada perasaan.
"Err... Kejap ea."
Kerana tergesa-gesa untuk menjawab panggilan tadi, Irdine langsung tidak meneliti nama pemanggil di skrin telefon. Terus pakai jawab sahaja. Namun, terasa rahangnya seperti mahu jatuh ke lantai tatkala melihat nama pemanggil di skrin, memang Irdine terlopong tidak terkata. Tidak menyangka sama sekali dia akan menerima panggilan ini daripada si jejaka.
"Helooo... Are you still there?" Sedikit kurang sabar Danny memanggil. Nanti ada juga dia letak macam tu aje karang.
Dengar sahaja suara garau itu berbunyi Irdine cepat-cepat melekapkan kembali telefon bimbit ke telinganya.
"Ya... Ya... I ada ni."
Debaran di dada yang semakin menggila cuba dikawal, suaranya yang bergetar juga cuba dikawal sebaik mungkin. Gila tak cuak, Mr Crush tiba-tiba sahaja telefon ni!!! Sumpah tidak pernah terlintas dalam fikiran yang hari ini, saat ini akan menjelma.
"So I guess you know who am I?"Soal Danny sedikit sinis. Alah, dia berani kerat jari lah kalau si gadis cakap dia tidak tahu. Seratus peratus yakin si gadis ada menyimpan nombor telefonnya.
"Tomorrow... Are you free?" Suara garau bertanya lagi tanpa menunggu jawapan si gadis. Tidak perlu lah dia menunggu jawapan Irdine, jawapan yang memang dia sudah pasti, buang masa sahaja menunggu!
Irdine dah rasa macam nak terbang sampai bulan. Ya Allah! Hari yang diimpi-impi kan sudah menjelma. Thank You Ya Allah!!!
"Yaa... I'm free... Why?"
YOU ARE READING
Miracles In December
Teen FictionKau, satu keajaiban tak tak pernah ku duga! Tiba-tiba crush kau datang, dan cakap "JOM COUPLE", what will you do?
