"Jaemin kira Jeno hyung tadi. Tapi tak boleh tidur juga, dengar mommy cerita pun best juga" Jaemin jadikan tangan sebagai bantal dan pandang mereka berdua sambil membulatkan mata.

Minyoo menarik nafas terlebih dahulu kerana bila dia bercerita dia akan cakap laju mengalahkan Joy Park dan Cardi C.

Rasanya orang dah tahu macamana Taeyong dan Johnny boleh rap laju tanpa henti macam takde paru-paru.

Ini semua nuruni (tiber jawa) mak diorang yang dulu pernah jadi juara debat antara sekolah.

"Sebab dulu mama asyik bersalin je dan masa tu mommy ikat peranakan sebab masa tu daddy yang suruh. Kemudian dah buka dan makan ubat, ada satu minggu tu mommy terlupa nak makan ubat dan tiba-tiba rasa nak muntah je memanjang dan doktor sahkan mommy mengandung lagi dan dapat lah kamu yang dah besar hencem ni"
Minyoo mencubit hidung dan pipi Jisung lalu sambung bercerita lagi mengenai Jaemin pula.

"Masa tu tak terfikir pun yang mommy akan mengandung si Jaemin ni. Yelah, masa tu mommy pun macam nak menghampiri monopous kemudian masa tu ikut bercuti dengan mama dan daddy pergi ke luar negara.
Mommy tak larat bangun dan asyik muntah je, kemudian doktor kat sana dah sahkan yang mommy hamil 3 bulan.
Masa tu memang tak tahu nak kata, gembira ada, sedih pun ada juga. "

Minyoo mengambil udara kerana cakap terlalu laju dan dia terpandang dua anaknya telah tidur semasa dengar cerita.

Minyoo mencium dahi mereka dengan lama dan masuk tidur juga walaupun esok cuti dan takde apa yang perlu dibuat.

++++

Yuta gendong Alessia keluar dari bilik air selepas selesai mandi.
Yuta cari baju didalam rak dan berikan kepada dia untuk pakai sendiri.

"Nak pergi mana hari ni?" Yuta ratakan bedak talkum di tangan dan sapu pada muka anaknya yang sedang sikat rambut sendiri.

"Ikut papa lah" Dia cuba menyikat rambut lagi tapi tidak boleh kerana rambutnya jenis kasar.

"Taman? " Yuta tahu satu tempat saja kerana mereka selalu pergi ke sana bila ada masa.

"Papa bukan tahu ke mana Alessia suka pergi? " Dia pandang Yuta dan buat muka monyok semasa ayahnya cuba mengingat semula.

Yuta tersenyum bila teringat dan tolong anaknya sikat rambut yang dari tadi tidak boleh.

"Papa, rambut Alessia rosak ke?" Dia bermain dengan rambutnya dan Yuta cepat-cepat menggeleng kepala.

"Rambut kamu bukan rosak tapi dia memang jenis agak kasar kalau tak pandai jaga. Rambut kamu macam, mendiang mama" Yuta ambil minyak zaitun dalam meja dan sapukan ke rambut Alessia untuk senang disikat.

"Papa boleh tak tocangkan rambut macam Appa Tae buat tu?" Alessia alihkan kerusi ke belakang dan pandang Yuta.

"Ikat biasa boleh lah, kalau macam tu papa tak pandai" Yuta ambil getah rambut berwarna merah dan ikat rambutnya.

Belakang kembang hahaha!

"Papa cepatlah nanti kita terlambat! " Alessia letakkan tuala pada penyangkut dan keluar dari bilik tanpa menunggu Yuta.

Yuta ambil kunci kereta dan dompet kalau anaknya minta sesuatu macam makanan atau patung beruang.

Mereka berhenti didepan satu kedai runcit dan Alessia buka tali pinggang keselamatan tapi Yuta tak buka kerana malas.

Alessia ambil sejambak bunga ros segar yang diletakkan depan kedai dan berikan duit kepada pemilik kedai.

"Papa bagi duit tadi ingatkan beli coklat rupanya beli bunga ros. Kenapa anak papa pelik sikit hari ni? " Yuta hanya menggeleng dan teruskan pemanduan seperti biasa.

"Eomma Yesung kata pipi Yoon dah tembam sangat macam buah tembikai. Lepastu Appa Haechan pun sama kata kena diet" Dia membalas dan menghidu bau wangi yang keluar dari bunga ros itu.

Yuta letakkan kereta dan buka kunci kereta. Alessia terus keluar dan buka pagar sedangkan Yuta baru matikan enjin.

"Mama! " Alessia berlari dengan laju dan Yuta semput kejar dari belakang.

Mereka berhenti di satu kubur yang baru dibersihkan dan rumput disekililing dipotong.

"Sayang, hari ni kami datang melawat awak lagi" Yuta rendahkan diri dan mengusap batu nisan itu.

"Mama, Alessia rindu sangat dekat mama walaupun papa dah bawa minggu lepas" Alessia letakkan bunga ros yang dibeli tadi kemudian memeluk batu nisan itu dan mencium tanpa menghiraukan kotoran dan kuman yang bahaya.

"Papa pun rindukan mama juga" Yuta dan Alessia duduk dan mengusap batu nisan itu.

Mereka akan datang setiap minggu kalau tidak sibuk. Yuta juga akan bersihkan sekeliling bagi tidak terlalu kotor.

Alessia keluarkan gambar graduasi tadikanya dan pulang kerana telah masuk tengahari dan cuaca akan menjadi lebih panas.

Yuta bawa dia pergi ke KFC Khalifah Fried Camel untuk makan luar sekali-sekali.

Alessia meminta izin kepada dia untuk ambil telefon dan Yuta benarkan.

Alessia membuka galeri dan peluk gambar Shannon ketika sedang bekerja dengan syarikat milik mereka. Airmatanya jatuh ke lantai dan ada yang bertanya kerana prihatin.

Yuta mengusap mukanya dengan perlahan dan suapkan dia makan sebelum balik ke rumah.

-TBC


[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now