LCN 1

17.6K 584 4
                                    

∴━━━✿━━━∴
ʟᴀ ᴄᴏsᴀ ɴᴏsᴛʀᴀ

Sebuah kereta BMW meluncur masuk ke dalam kawasan bangunan itu.

Seorang lelaki keluar dari tempat pemandu dan berlari anak ke tempat duduk belakang di sebelah kiri.

Pintu kereta dibuka.

Keluar seorang lelaki sambil membetulkan kot yang berada di badannya.

Lelaki yang keluar dari tempat pemandu itu mencampakkan kunci kereta sport itu ke arah valet yang setia menunggu di hadapan.

"Park at VVIP parking" tutur Charlie.

Valet itu hanya mengangguk.

Dia segera masuk ke dalam kereta sport itu dan meluncur masuk ke tempat parking VVIP.

Mereka masuk ke dalam bangunan itu. Lif dituju. Charlie menekan punat 20.

Dia memandang ke arah lelaki yang berada di belakangnya.

"Lepas habis this meeting kau nak pergi lunch dulu ke or terus pergi Master Club?" soal Charlie.

Dia menutup mulut apabila hendak menguap.

"Master Club dululah. Lepas habis tu baru lunch, ajak yang lain sekali. Kumpul kat tempat biasa" balas lelaki itu dengan malas.

"Yelah Ayden"

Charlie hanya mendiamkan diri. Malas mahu bertanya lagi apabila Ayden yang disoalnya tadi menjawab dengan malas.

Ting

Ayden berjalan mendahului Charlie. Bilik yang berada dihujung dituju. Charlie menghulurkan sekeping kad berwarna biru kehitaman ke arah Ayden.

Ayden mengambil kad tersebut. Kad di scan. Mereka melangkah masuk apabila pintu besi itu terbuka.

Kelihatan meja panjang itu sudah diduduki ramai orang. Hanya tersisa dua tempat duduk sahaja lagi. Mereka menuju ke tempat duduk itu.

Sebaik sahaja mereka melintasi meja panjang itu, semua yang berada di meja panjang itu mula berdiri.

Serentak itu mereka menunduk.

Ayden hanya mengangguk. Mereka semua kembali duduk.

Di hadapannya sudah tersedia skop projek, tentatif dan juga sebuah plan yang akan dibincangkan pada meeting pagi ini.

Dia akan berbincang untuk berkerjasama dengan lima buah syarikat perindustrian terbesar termasuk syarikatnya untuk melancarkan projek baharu. Yang pastinya projek baharu ini akan menguatkan lagi hubungan kerjasama syarikat mereka.

"Ladies and gentleman we will start this meeting right now" tutur seorang perempuan yang sedang berdiri di hadapan sebuah skrin besar.

Semua yang berada di dalam bilik itu mula menumpukan perhatian.

10:55 AM

Ayden keluar daripada bilik itu diikuti Charlie. Mereka segera menuju ke bahagian lobi dan keluar daripada bangunan itu.

Enjin kereta dihidupkan.

Kereta BMW itu mula meluncur membelah jalan.

Master Club

Ayden memerhati club di hadapannya.

Dari luar lagi dia dapat dengar muzik rancak yang kuat.

La Cosa Nostra Where stories live. Discover now