BLM 28

10.1K 613 15
                                    

Rayden menurunkan hoodie hitam yang melindungi bahagian kepalanya.

"What are you doing here?" soal Alyssa pelik lalu memejamkan matanya buat seketika.

"Aku—" kata-kata Rayden terhenti apabila terlihat tompokan darah yang banyak pada bathrobe yang dipakai oleh Alyssa.

Alyssa terus duduk bersandar pada dinding sambil menahan darah yang keluar dengan banyak pada bahagian bahunya.

Manakala Rayden terus mengeluarkan telefon pintarnya.

"Sediakan kereta and cover aku dekat tingkat 10"

Jaket pada tubuhnya ditanggalkan lalu dia berlari ke dalam bilik air dan mencapai tuala.

"Tepi" tangan Alyssa ditolak lalu luka itu ditekan dengan tuala.

"Tahan" arahnya.

Kemudian dilihat muka Alyssa yang semakin memucat.

"1 2 3"

Dalam kiraan tiga dia terus membuka pintu itu. Tepat pada masanya Lutfi muncul dan melepaskan beberapa das tembakan di tingkat itu untuk melindungi Rayden yang cuba membawa Alyssa keluar.

Akhirnya mereka berjaya meloloskan diri ke dalam lift.

Alyssa terus memegang dinding konkrit lift itu untuk menyokong tubuhnya yang semakin lemah walaupun Rayden setia memaut pinggangnya.

Perlahan-perlahan matanya tertutup dan semuanya bertukar gelap.

"Clara Clara" panggil Rayden.

Ting

Lift itu tiba di tempat letak kereta bawah tanah. Tubuh isterinya diangkat gaya bridal style. Kemudian sebuah Range Rover berhenti di hadapan mereka.

Cermin kereta diturunkan. Jelas terpampang wajah Niel dan Karl.

Dirinya dan Alyssa segera masuk ke dalam kereta itu.

"She's injured?" soal Niel dengan melihat wajah Rayden melalui rear mirror.

Mendengar soalan Niel, Karl terus memusingkan kepalanya ke belakang.

"Where?" soal Karl.

"Her shoulder" balas Rayden ringkas tetapi masih menahan kain putih yang sudah dipenuhi darah.

Manakala wajah Alyssa semakin lama semakin pucat sepertinya gadis itu sudah kehilangan banyak darah.

Karl memandang Niel. Tanpa berkata apa-apa lelaki itu menekan pedal minyak sehingga ke bawah. Kereta mewah itu terus memecut laju. Kesah apa dia. This is Japan not Malaysia.

Villa

Rayden membaringkan Alyssa di atas meja bedah manakala Karl sudah bersedia dengan sarung tangan serta alatannya.

"Mana kain tu?" soal Rayden.

Niel tiba dengan sehelai kain di tangannya seperti yang diminta oleh kawannya.

"Oh yea kita perlukan dua pack darah O" arah Karl tika Niel mahu beredar.

Lelaki itu hanya mengangguk tanda mengerti. Manakala Rayden meletakkan kain itu menutupi tubuh Alyssa yang hanya berbalut dengan bathrobe.

04:00

Karl mencuci tangannya di singki selepas 3 jam bertungkur-lumus mengeluarkan sebutir peluru perak dari bahu isteri kawan baiknya.

Langkah diatur menapak ke tingkat satu villa mewah milik mereka. Kelihatan Rayden sedang memejamkan mata sambil sebelah tangan mengurut pelipisnya perlahan.

Lutfi pula kelihatan mengisi pistolnya dengan peluru. Baru sahaja lelaki itu pulang selepas menyelesaikan perang sebentar tadi. Manakala Fad tidak dapat mengikuti mereka ke sini.

Tetapi bagaimana pula mereka boleh ke Japan. Ini semua kerana mata-mata anak buah Rayden yang senyap-senyap memerhati Alyssa. Ke mana sahaja perempuan itu pergi, di situ jugalah mereka berada.

"Kau rehat lah" tegur Karl lalu meneguk rakus air mineral yang tersedia di atas meja.

Rayden spontan membuka matanya selepas mendengar suara Karl.

"Aku nak maklumat tu by the end of this morning" ujar Rayden lalu beredar.

Lutfi hanya mengangguk. Tahulah dia itu satu arahan yang ditujukan buat dirinya.

Manakala Karl hanya memandang kosong pemergian kawannya itu dari ruang tamu.

"Kau rasa Clara tahu yang Ad dah balik?" soal Karl.

Lutfi memandang kawannya itu.

"I don't know. Maybe yes" hanya itu sahaja tanggapan Lutfi terhadap soalan yang dilontarkan oleh Karl sebentar tadi.

Sejujurnya dia juga berminat ingin tahu bagaimana isteri Rayden itu boleh terjebak dengan musuh utama mereka, Martin Andrew. Pandai lelaki itu berlakon.

"Happy birthday my sunshine"

Seorang gadis berpaling dengan riak terkejut tetapi diselitkan dengan senyuman menghiasi wajahnya.

"Thank you" jambakan bunga ros merah itu diambil lalu dibawa mendekati rongga hidungnya.

"Smell nice" tuturnya lalu membetulkan spek bulatnya.

"My pleasure Alyssa"

Alyssa hanya tersenyum memandang lelaki itu.

Sungguh dia berasa sangat bahagia sekarang hanya dengan insan bernama Martin Andrew yang melengkapkan kepingan puzzle dalam hidupnya.

"Let's breaking up"

"WHAT?!" Alyssa terkejut kecil.

"What is my fault?" soal Alyssa sambil menahan air matanya.

Andrew hanya memilih untuk mendiamkan diri.

"I can't be with you. Maybe we're destined to be together. I— I found someone else that better that you" jelas Andrew.

PAP

Tangan gadis itu menghempas meja.

"Enough. Screw it Ad. You just used me. I hate you" tengking Alyssa.

Jadi segala moment mereka bersama selama ini hanya palsu. Lakonan semata-mata Martin Andrew untuk bermain dengan perasaannya.

Cincin di tangannya dibuka lalu dicampak ke arah lelaki itu.

"Go die" katanya buat kali terakhir lalu beredar.

Dia keluar dari cafe itu lalu melintas tanpa memandang ke kiri dan kanan. Tanpa disedari sebuah kenderaan memecut laju ke arahnya.

BUM

Badan kecil itu melambung tinggi di udara.

'Thank you for everything'

Matanya tertutup. Badannya terhempas ke atas jalan tanah dengan darah yang banyak menghiasi tubuh itu.

HUH HAH

Alyssa terjaga. Hembusan nafasnya jelas kedengaran berat. Dadanya sesak.

"Clara are you okay?" terkejut Karl melihat figura itu sudah sedar dengan posisi duduknya.

Alyssa memejamkan matanya kejap. Dadanya dipegang. Digeleng-geleng beberapa kali.

Tiba-tiba dia merasakan ada sesuai yang ingin melepasi tekaknya. Terus tangannya menekup mulut.

Tidak sempat menahan rasa itu, dia terus mengeluarkannya.

Karl terkejut.

TBC

Bloody Love, Mafia✔Where stories live. Discover now