BLM 15

11.2K 612 5
                                    

Sepasang mata memandang pasangan yang berada di atas pentas itu dengan pandangannya yang penuh dendam.

'Aku akan dapatkan dia. Tapi kalau aku tak dapat dia bermakna kau pun tak boleh dapatkan dia Hanz'

Selepas acara menjamu selera, Alyssa turun ke ballroom setelah menukar busana pengantinya.

Alyssa mengambil tempat di sebelah Ethan di meja yang dihuni oleh kedua-dua belah keluarga. Manakala yang lain sudah berlegar-legar di dalam dewan. Ada yang berbual-bual dengan kawan mereka.

"Ugh menyusahkan betul dress tadi" rungut Alyssa.

"Siapa suruh you pilih dress tu?" balas Ethan yang sibuk menghadap skrin telefon pintarnya.

"Mummy la siapa lagi" balas Alyssa lalu meletakkan kepalanya di atas meja. Dia benar-benar penat.

Kejadian tadi pula sudah sampai ke telinga Mark apabila terlihat kesan calar pada lengan anak gadisnya.

Rayden yang sedang bersembang bersama rakan kerjanya yang datang dari Canada, terus terpandang ke arah meja yang diduduki Alyssa dan Ethan.

Dua adik-beradik itu kelihatan sama padan dan sama cantik. Bezanya Ethan lebih kelihatan seperti Britain style dengan mata green emerald-nya manakala Alyssa mungkin mewarisi genetik Maire yang ke arah American yang berkulit putih dan berambut dark blonde dan bermata light green.

"Where is your wife dude? I want to meet her" soal Wu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Where is your wife dude? I want to meet her" soal Wu.

Rayden tersedar daripada lamunannya.

"Entah kau. Pergi la bawa Clara tu datang sini" sokong Lutfi.

Rayden memandang tajam kawan-kawannya. Tahu lah ingin cuci mata lagi-lagi dengan pakaian Alyssa yang terdedah pada bahagian bahu.

Rayden melangkah menghampiri meja VVIP.

"Ehem" dia berdeham.

Serentak itu, Ethan dan Alyssa memandang ke arahnya.

"Follow me for awhile" kata Rayden.

Alyssa menunjukkan ke arah dirinya. Rayden mengangguk. Dengan malasnya Alyssa bangun lalu berdiri sebelah Rayden.

"Where?" soal Alyssa malas.

Rayden memeluk kemas pinggang isterinya. Gadis itu memandang Rayden pelik.

'Buang tebiat ke?'

Mereka berjalan ke arah sekumpulan lelaki.

"She's nice" tutur Xandre.

Alyssa hanya memandang Xandre sepi. Sikit pun tidak cair.

"Meet my wife, Clara Evans"

"Croizer?" ujar Xandre. Alyssa terus memandang Xandre. Tidak sangka dia jejaka kacak itu juga mafia.

Bloody Love, Mafia✔Where stories live. Discover now