BLM 17

11.4K 619 8
                                    

Splash

Alyssa yang elok sahaja merendamkan kakinya di tepi kolam terus ditolak jatuh oleh Rayden ke dalam kolam renangnya.

Alyssa timbul di permukaan air. Mukanya diraup.

"HANZ" jeritnya.

Rayden yang berpuas hati hanya tersenyum sinis.

"Come. Let me help you" kata Rayden lalu menghulurkan tangannya.

Alyssa mula memikirkan sesuatu yang boleh memuaskan hatinya. Tanpa menunggu lama, dia terus menyambut huluran Rayden.

Splash

"CLARA!"

Habis menyinga Rayden. Alyssa terus berenang menjauhi Rayden.

"Not so fast my dear" Rayden terus menangkap tubuh kecil itu. Baginya tubuh Alyssa itu kecil walaupun isterinya itu tinggi.

"No" Alyssa menggeleng lalu memercikkan air ke muka Rayden.

"Kau dah heret aku dalam ni jangan mimpi kau nak keluar" ujar Rayden.

Tubuh ramping Alyssa ditangkap lalu dirapatkan ke dinding kolam itu. Badan mereka bersentuhan.

"You can't never run from me" bisik Rayden. Tiba-tiba dia terpandang sesuatu di sebalik kemeja putih yang telah basah itu.

'Okay aku pula yang rasa menyesal'

Allysa sinis memandang Rayden.

'Let me test you'

Alyssa sengaja merapatkan lagi tubuhnya ke badan Rayden. Tangannya merangkul leher Rayden.

"You're naughty, girl" kata Rayden.

Alyssa memanjangkan lehernya. Bibirnya dirapatkan ke wajah Rayden. Rayden hanya statik. Sengaja dia ingin melihat sejauh mana kekejaman perempuan seperti Alyssa dapat menggodanya.

Bibir mereka semakin hampir.

Prak

Kedua-dua mereka berpaling.

"Sorry" ucap suara itu. Lutfi dan Niel memadang tajam Fad.

Baru sahaja mereka ingin menonton drama romantik itu tetapi akibat kesilapan Fad terus terhenti drama itu.

Alyssa melepaskan leher Rayden. Rayden berundur beberapa tapak ke belakang.

"Tak ada kerja ke nak ceroboh tempat privacy aku?" sindir Rayden panas.

Niel dan Lutfi hanya menayangkan senyuman mereka. Sebenarnya bukan ingin menganggu pasangan pengantin baru itu namun ada berita yang perlu disampaikan.

Rayden naik ke atas kemudian membantu Alyssa. Sebaik sahaja Alyssa naik ke atas, mereka bertiga ibaratkan dipukau.

Rayden yang sedar rakan-rakannya itu memandang Alyssa tidak berkelip-berkelip terus mengambil tuala yang berada di atas meja kaca berhampirannya dan menutup badan Alyssa menggunakan tuala itu.

"Mantén tus ojos alejados de su cuerpo. Ella es mi esposa" kata Rayden dengan nada yang keras.

Niel, Lutfi dan Fad terus membuang pandangan mereka ke tempat lain. Alyssa hanya menjeling mereka bertiga lalu segera berlari masuk ke dalam rumah bersama dengan tuala yang diberikan oleh Rayden.

"Apahal datang rumah aku tiba-tiba?" soal Rayden hairan.

T-shirt tanpa lengan itu dibuka lalu diperah.

Bloody Love, Mafia✔Where stories live. Discover now